Ads

Pro Honda Rasmi Jadi Penaja Utama LCR Honda untuk MotoGP 2026

Honda Umum Penajaan Pro Honda Bersama LCR Honda untuk MotoGP 2026

Honda secara rasmi mengumumkan penajaan bersama Honda LCR bagi musim MotoGP 2026, menyaksikan pasukan itu akan beraksi dengan dua jentera sepanjang musim di kelas perdana Kejuaraan Dunia Grand Prix FIM.

Pro Honda Jadi Penaja Utama, Satu Jentera Baharu Diperkenalkan

Bermula musim 2026, LCR Honda akan mengekalkan jentera CASTROL Honda LCR yang ditunggang oleh Johann Zarco, selain memperkenalkan satu lagi penyertaan baharu dikenali sebagai Pro Honda LCR. Pro Honda, jenama minyak dan bahan kimia tulen Honda, akan berperanan sebagai penaja utama bagi jentera kedua ini.

Pro Honda Rasmi Jadi Penaja Utama LCR Honda untuk MotoGP 2026
Kredit Foto : Website crash.net

Diogo Moreira Naik ke MotoGP Bersama Pro Honda LCR

Tempat pelumba bagi Pro Honda LCR akan diisi oleh Diogo Moreira, juara dunia Moto2 musim 2025. Pelumba muda dari Brazil itu bakal membuat penampilan sulung sepenuh musim dalam kelas MotoGP bersama jentera Honda RC213V.

Sebenarnya, Pro Honda bukan nama asing dalam paddock MotoGP. Jenama ini pernah membuat kemunculan sulung pada penghujung musim 2024 di perlumbaan Solidarity Grand Prix, apabila Stefan Bradl beraksi sebagai pelumba wildcard bersama Honda HRC Test Team menggunakan livery Pro Honda.

Ads

Enam Penampilan Wildcard Sepanjang Musim 2025

Pada musim 2025 pula, Honda meneruskan penggunaan livery Pro Honda menerusi penyertaan wildcard oleh Aleix Espargaro dan Takaaki Nakagami. Kedua-duanya mencatat enam penampilan keseluruhan bersama Honda HRC Test Team, sekaligus mengukuhkan kehadiran Pro Honda di pentas MotoGP.

Pro Honda merupakan jenama global minyak dan bahan kimia tulen Honda yang dibangunkan bagi memaksimumkan prestasi kenderaan Honda. Teknologi yang diuji dalam persekitaran ekstrem perlumbaan akan disalurkan terus ke produk komersial, dengan penekanan terhadap prestasi, ketahanan dan kebolehpercayaan.

Pro Honda Rasmi Jadi Penaja Utama LCR Honda untuk MotoGP 2026

Ads

Menurut Kotaro Shimizu, Pegawai Eksekutif Bahagian Operasi Customer First Honda Motor Co., Ltd., kerjasama ini adalah langkah penting buat jenama ini dalam menyokong cabaran baharu bersama LCR Honda dan Diogo Moreira. Honda komited untuk menyumbang sepenuhnya kepada pasukan dan pelumba, sambil terus menyampaikan nilai serta teknologi jenama ini kepada pengguna di seluruh dunia.

LCR Honda Anggap Kerjasama Ini Satu Pencapaian Besar

Ketua Pasukan dan CEO LCR Honda, Lucio Cecchinello, menyifatkan kerjasama dengan Pro Honda sebagai satu pencapaian penting dalam projek pasukan. Menurutnya, kedua-dua pihak berkongsi nilai yang sama dalam mengejar keseimbangan antara prestasi kompetitif dan kebolehpercayaan jentera.

Ads

Untuk musim 2026, Honda LCR akan mempertaruhkan dua jentera RC213V dalam MotoGP. Johann Zarco akan meneruskan saingan bersama CASTROL Honda LCR, manakala Diogo Moreira bakal menggalas cabaran baharu bersama Pro Honda LCR sebagai juara dunia Moto2 yang dinaikkan ke kelas perdana.

Baca Juga : Honda Dash 125 Tampil Dengan Empat Warna Baharu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Lambretta X300 Casa Tiba di Malaysia, Semua Unit Habis Terjual

Edisi Terhad Global, Malaysia Dapat 99 Unit Pengedar rasmi Lambretta di Malaysia, Bike Continent Sdn Bhd, secara rasmi melancarkan Lambretta X300 Casa ke pasaran tempatan. Model...