Porsche Carrera Cup Asia 2025 (PCCA) bakal membuka tirainya hujung minggu ini, sekali lagi bergandingan dengan perlumbaan ikonik Grand Prix Formula 1 China di Litar Antarabangsa Shanghai.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut PCCA menjadi perlumbaan sokongan kepada acara F1 tersebut.
Acara ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para peminat untuk menyaksikan aksi sengit kereta Porsche 911 GT3 Cup yang penuh prestij.
Sebanyak 24 pelumba akan berentap sepanjang musim ini, dibahagikan kepada empat kelas berbeza iaitu Pro, Pro-Am, Am, dan Masters.
Kelas baharu Masters diperkenalkan khas buat pelumba berusia lebih 50 tahun, menambah variasi kepada persaingan di litar.
Perlumbaan pembukaan di Shanghai ini dianggap sebagai acara ‘rumah sendiri’ buat kejohanan ini dan dijangka menghangatkan kalendar yang padat dengan aksi mendebarkan.
Menjelang perlumbaan sulung, sesi Ujian Rasmi telah berlangsung awal bulan ini di Litar Antarabangsa Shanghai.
Juara Porsche Mobil 1 Supercup 2022, Dylan Pereira, mencuri tumpuan apabila mencatat masa terpantas sepanjang hujung minggu tersebut.
Pereira akan bersaing dalam kelas Pro bersama Li Zhicong dari pasukan 610 Racing dan tujuh lagi pelumba muda berbakat dari program Porsche Carrera Cup Asia Talent Pool yang ditaja oleh Michelin.
Antara tumpuan ialah pelumba tempatan, Dylan Yip, yang akan mewakili Phantom Global Racing buat musim kedua berturut-turut.
Dua pelumba berpengalaman, Bao Jinlong (Phantom Global Racing) dan Eric Kwong (Bergwerk Motorsport), masing-masing akan mempertahankan gelaran juara bagi kelas Pro-Am dan Am.
Sementara itu, terdapat pertukaran pemandu dari barisan Ujian Rasmi, termasuk Francis Tjia yang kini mewakili OpenRoad Racing dengan jentera bernombor #21.
Christian Chia mengambil alih Porsche #88 untuk skuad yang sama.
Piala Pengedar (Dealer Trophy) bakal menyaksikan penyertaan enam pasukan yang berpangkalan di China.
Pasukan ini termasuk TORO Racing, Team Shanghai Yonda BWT, Team Betterlife, Team Jebsen, dan Porsche Own Retail 69 Team.
Mereka bakal berentap dengan pasukan antarabangsa seperti Sime Motors Racing dan Porsche Team New Zealand untuk menuntut kejuaraan.
Team Jebsen, juara Piala Pengedar 2024, menyambut ulang tahun ke-70 kerjasama mereka bersama Porsche dengan menghiasi kereta Rodrigo Dias Almedia bernombor #55 dengan livery khas sempena sambutan bersejarah ini.
A Night with Porsche Motorsport Asia Pacific’ akan dianjurkan pada malam Jumaat, berlayar menyusuri Sungai Huangpu di tengah kota Shanghai.
Majlis ini akan memberi penghargaan kepada para juara musim lalu dan meraikan kejayaan bersama para peminat dan rakan industri.
Juara PCCA 2024, Alessandro Ghiretti dari Perancis, baru-baru ini diberikan peluang bertanding dalam Porsche Carrera Cup Australia sebagai hadiah kejayaan musim lalu.
Beliau mencatat keputusan memberangsangkan dengan mengutip mata dalam dua perlumbaan awal dan menamatkan perlumbaan terakhir dengan kemenangan gemilang di acara sokongan Grand Prix Australia.
Litar Antarabangsa Shanghai yang mula dibuka pada tahun 2004.
Lita ini direka bentuk berdasarkan karakter Cina ‘shang’ (atas), menampilkan 16 selekoh mencabar, termasuk kombinasi selekoh perlahan dan laju.
Selekoh 1 hingga 4 yang sempit dan berliku menuntut ketelitian tinggi.
Manakala zon membrek keras di penghujung strait 1.170 kilometer bakal menjadi lokasi utama untuk aksi memotong yang dramatik.
Aksi trek bermula dengan sesi latihan pada hari Jumaat, diikuti sesi kelayakan pada jam 09:10 pagi Sabtu.
Perlumbaan pertama akan berlangsung jam 4:55 petang Sabtu, manakala perlumbaan kedua dijadualkan tengah hari Ahad.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan pasukan Sime Motors Racing beraksi dalam Pusingan 1 dan 2 secara langsung di laman web Porsche Carrera Cup Asia.
Ikuti perkembangan lanjut dan sorotan eksklusif di media sosial Porsche Malaysia di Facebook dan Instagram.
Baca Juga : Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025 Kembali!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.