PLUS Malaysia Berhad memperkenalkan penambahan 18 lorong ‘Smart Lane’ di sepanjang jaringan lebuh raya mereka untuk mengatasi kesesakan trafik yang dijangka meningkat sempena musim perayaan.
Inisiatif ini diharapkan dapat menampung peningkatan trafik sehingga 15 peratus daripada biasa, dengan angka pengguna lebuh raya yang di anggarkan mencecah 2.1 juta pengguna pada waktu puncak.
PLUS meramalkan tarikh puncak trafik iaitu pada 5, 6, 8, 9, 12, 13, dan 14 April 2024, dan penggunaan ‘Smart Lane’ sangat diperlukan. Untuk memastikan pengguna peka dengan penggunaan lorong tambahan ini, PLUS telah memasang ciri-ciri baru seperti Lampu Hijau Berkelip dan papan tanda elektronik mudah alih, yang memudahkan pengguna untuk mengenal pasti dan mengakses ‘Smart Lane’.
Penggunaan ‘Smart Lane’ memerlukan pengguna untuk mematuhi beberapa peraturan ketat, termasuk mematuhi had laju maksimum 60km/j dan kekal di dalam lorong ‘Smart Lane’ sepanjang pemanduan. Lorong ini hanya untuk kegunaan kenderaan ringan dan sedikit sebanyak dapat membantu menurangkan kesesakan trafik pada lorong utama lebuh raya.
Untuk memaksimumkan penggunaan lorong ‘Smart Lane’, PLUS juga menambah papan-papan tanda peringatan sebelum dan sepanjang lorong tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan pengguna tahu bahawa penggunaan lorong “Smart Lane” telah bermula dan berakhir.
Sebagai tambahan, PLUS telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan tidak berlaku kesesakan trafik yang luar biasa dengan menghentikan sementara semua kerja naik taraf atau penambahbaikkan dan menempatkan kren serta trak tunda di lokasi strategik untuk memastikan bantuan akan segera hadir pada waktu kecemasan. Selain itu, larangan terhadap kenderaan berat akan dikuatkuasakan untuk memastikan kelancaran aliran trafik.
Pengguna boleh mengakses informasi terkini mengenai status dan jadual penggunaan lorong ‘Smart Lane’ melalui laman web dan media sosial PLUS, atau dengan menghubungi PLUSLine.
Aplikasi PLUS juga menyediakan jadual perjalanan digital untuk memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih efektif selama musim perayaan ini.
Berikut adalah senarai 18 lokasi lorong “Smart Lane” di lebuhraya PLUS :
1. KM108.0 Arah Selatan (Sg. Petani Selatan) – KM112.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Tikam Batu).
2. KM150.4 Arah Utara (Bukit Tambun Utara) – KM146.4 Arah Utara (Plaza Tol Juru).
3. KM155.5 Arah Selatan (Bandar Cassia – KM157.2 Arah Selatan (Hentian Sebelah Sg Bakap)
4. KM303.2 Arah Utara (Gua Tempurung) – KM297.0 Arah Utara (Gopeng).
5. KM367.3 Arah Utara (Slim River) – KM354.0 Arah Utara (Sungkai).
6. KM354.0 Arah Selatan (Sungkai) – KM356.0 Arah Selatan.
7. KM439.5 Arah Utara (Kawasan Rehat & Rawat Rawang) – KM435.5 Arah Utara (Sg. Buaya).
8. KM437.1 Arah Selatan (Hentian Sebelah Rawang) – KM443.3 Arah Selatan (Persimpangan Rawang).
9. KM3.3 Arah Utara (Setia Alam) – KM9.0 Arah Utara (Shah Alam).
10. KM11.2 Arah Utara (Susur Keluar Petron, NKVE) – KM13.3 Arah Utara (Subang).
11. KM280.0 Arah Selatan (Nilai) – KM276.0 Arah Selatan (R&R Seremban).
12. KM6.1 Arah Utara (OBR USJ) – KM8.1 Arah Utara (Seafield).
13. KM260.0 Arah Utara (P. Dickson) -KM263.1 Arah Utara (Seremban).
14. KM194.5 Arah Selatan (Air Keroh) – KM184.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Kg. Bemban).
15. KM27.0 Arah Selatan (Kulai) – KM19.0 Arah Selatan (Senai).
16. KM19.0 Arah Utara (Senai) – KM27.0 Arah Utara (Kulai).
17. KM4.5 Arah Selatan (Dato Onn) – KM1.9 Arah Selatan (Pasir Gudang).
18. KM0.4 Arah Utara (Pandan) – KM6.0 Arah Utara (Kempas).
Sumber Artikel : Awani
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.