Automotif

Pesawat Qantas Lakukan Pendaratan Dengan Satu Enjin

Share

Dalam sebuah kejadian di Perth, sebuah pesawat milik Qantas Airways terpaksa mendarat hanya dengan menggunakan satu enjin yang berfungsi. Insiden ini terjadi ketika pesawat tersebut, dalam penerbangan dari Melbourne menuju Perth.

Menurut laporan yang disampaikan oleh Qantas kepada Reuters pada hari Selasa, juruterbang pesawat telah mengambil keputusan  untuk memberhentikan salah satu dari dua enjin pesawat Airbus A330-200, dan puncanya tidak dijelaskan dengan lebih lanjut. Walaupun situasi seperti itu menimbulkan keadaan cemas, tindakan cepat dan terlatih daripada anak kapal memastikan pendaratan dapat dilaksanakan dengan baik dan tanpa insiden.

Syarikat penerbangan terbesar di Australia itu memaklumkan bahawa pesawat tersebut telah mendarat dengan selamat, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang atau kru.

Kredit Foto : Website medium.com

Penumpang yang berada di dalam penerbangan tersebut berkongsi situasi cemas tersebut apabila mereka mendengar bunyi yang kuat, seakan-akan bunyi dentuman, dari salah satu sisi pesawat.

Sebaik sahaja mendarat jurutera dari Qantas langsung bertindak untuk memeriksa keadaan pesawat, sebagai sebahagian daripada operasi standard. Qantas, dalam sebuah kenyataan, mengzahirkan penghargaan mereka terhadap kerjasama daripada semua yang terlibat dalam insiden tersebut.

Kegagalan enjin merupakan insiden yang jarang terjadi dalam dunia penerbangan. Namun, pesawat seperti Airbus A330-200, yang telah beroperasi selama 21 tahun menurut ch-aviation, masih mampu untuk dikawal walaupun hanya dengan satu enjin yang berfungsi. Pujian harus diberikan kepada juruterbang kerana berjaya mengedalikan pesawat tersebut sehingga selamat untuk mendarat.

Sumber Artikel : Website hmetro

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi