Automotif

Perjalanan ETS Kuala Lumpur – Ipoh akan Disingkatkan Mulai Ogos

Share

Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh bakal menikmati perjalanan yang lebih singkat bermula Ogos ini dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres. 

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha, memaklumkan bahawa masa perjalanan untuk sektor KL Sentral-Ipoh akan dikurangkan kepada dua jam berbanding dengan kira-kira 2 jam 40 minit sebelum ini.

Penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada projek menaik taraf sistem. Serta infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 yang sedang disiapkan secara berperingkat.

Perkhidmatan ETS Ekspres Baru

Mohd Zain menyatakan, “Ini adalah penambahbaikan yang kita buat untuk penumpang dari KL ke Ipoh selaras dengan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 yang siap secara berperingkat.”

Beliau menyampaikan perkara ini kepada pemberita semasa Majlis Pelancaran Pakej Promosi Maklumat Produk dan Tempat Pelancongan di Bandaraya Ipoh melalui ETS. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Keretapi ETS – Gambar Hiasan

Jadual dan Stesen Utama

KTMB juga akan memperkenalkan enam perkhidmatan ETS Ekspres daripada 32 perkhidmatan sedia ada bagi beberapa sektor. Ini termasuk sektor KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral, dan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral.

Tren ekspres ini hanya akan berhenti di stesen-stesen utama, dengan masa perjalanan yang dianggarkan dua jam untuk sektor KL Sentral-Ipoh. Tiga jam 30 minit untuk sektor KL Sentral-Butterworth, dan empat jam 50 minit untuk sektor KL Sentral-Padang Besar.

Promosi Pelancongan Ipoh

Dalam usaha mempromosikan bandar Ipoh sebagai destinasi pelancongan, Datuk Rumaizi Baharin berkata bahawa pengiklanan melalui ETS adalah inisiatif terbaharu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama KTMB. 

Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Ipoh. Perjalanan ETS yang merangkumi laluan dari Kuala Lumpur hingga Padang Besar di sebelah utara dan dari Kuala Lumpur hingga Gemas di sebelah selatan.

Pada Disember tahun lalu, MBI melancarkan Tahun Melawat Ipoh 2023 sebagai showcase kepada Tahun Melawat Perak 2024. Ini adalah langkah persediaan untuk meletakkan Ipoh dalam peta pelancongan sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Keretapi ETS – Gambar Hiasan

Segmen 3H: Hipster, Heritage, and Health

Produk pelancongan Ipoh telah disegmenkan kepada 3H (Hipster, Heritage and Health). Ini meliputi pertumbuhan kafe-kafe hipster. 27 bangunan bersejarah yang dibina sejak zaman British. Fasiliti hospital yang canggih yang sedia menerima pesakit luar negara untuk mendapatkan rawatan. 

Dengan segala inisiatif ini, diharapkan lebih ramai pelancong akan datang untuk menikmati keindahan dan keunikan bandaraya Ipoh.

Dari Astro Awani

Baca Verne Teksi Pandu Sendiri Daripada Rimac

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan