Antara soalan yang selalu ditanya untuk kereta baru adalah penjagaan cat kereta. Nak buat polish, wax atau coating, semuanya terpulang pada anda. Jadi apa perbezaan polish, wax dan coating ni?
Tugas-tugas mengilatkan kenderaan anda adalah langkah awal dan paling asas. Polish bertujuan untuk mengilatkan kereta di samping cara membuang kotoran yang tidak dapat ditanggalkan dengan cara cucian biasa.
Selalunya jika ada calar-calar halus, polish cukup untuk menutup tanda-tanda yang tidak diingini tersebut. Kekurangan polish adalah ia tidak memberikan apa-apa perlindungan ke atas cat kereta.
Wax merupakan suatu lapisan yang melindungi permukaan cat selepas dikilatkan. Walaubagaimanapun, lapisan wax akan habis dalam jangka masa sekitar 3 bulan. Bergantung kepada keadaan. Kelebihan wax adalah ia lebih murah berbanding coating namun hanya bertahan 3 bulan akibat terhakis dengan panas dan kelembapan.
Coating juga merupakan satu lapisan untuk melindungi cat kereta. Walaubagaimanapun, proses melakukan coating lebih lama dan lebih rumit. Pembetulan warna cat dan tambahan sinar dilakukan sebelum lapisan coating ini dilakukan. Coating juga mampu bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul.
Antara mitos yang selalu digembar-gemburkan oleh peniaga spa kereta atau yang seangkatan dengannya selalu mendakwa bahawa kereta akan tahan calar selepas coating. Tak perlu selalu basuh kereta dan sebagainya.
Perkongsian daripada Lawrence Tey, pemilik Finest Auto Detailing Centre mendakwa sebaliknya. Anda perlu lebih kerap mencuci kereta selepas melakukan coating kerana selepas lapisan coating diletakkan.
Ia memudahkan kotoran untuk dicuci kerana kotoran tidak mudah ‘melekat’ pada permukaan kenderaan. Hal ini kerana pori-pori mikro pada permukaan cat telah ditutup oleh lapisan coating. Lapisan coating maksimum yang disyorkan adalah sekitar 2 hingga 3 lapisan sahaja. Satu lapisan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau lebih dari 3 lapisan, ia akan jadi membazir.
Aspek | Penggilapan | Waxing |
Fungsi | Membetulkan kecacatan cat. | Melindungi cat daripada kerosakan. |
Proses | Menggunakan mesin dan bahan penggilap khas. | Menggunakan lapisan wax dan digilap manual. |
Kesan Terhadap Cat | Menghilangkan lapisan nipis salutan bening. | Menambah lapisan pelindung pada cat. |
Kekerapan | 1-2 kali setahun bergantung pada keadaan cat. | Setiap 2-3 bulan untuk perlindungan optimum. |
Dari ikleens / fresh-layer
Baca Juga Apakah Kesan Penggunaan “Chemical” Ketika Mencuci Motosikal?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.