Automotif

Pengurangan Kompaun Trafik Sehingga 50% Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Share

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pelaksanaan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan dari 8 hingga 10 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, tawaran pengurangan kompaun ini tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan, dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun.

“Pembayaran kompaun hanya boleh dilakukan di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada waktu operasi dari 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember (Jumaat), serta dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi memudahkan proses pembayaran, orang ramai digalakkan untuk menyemak saman yang dikenakan terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM sebelum menghadiri kaunter pembayaran saman. Langkah ini diambil untuk mengelakkan kesesakan serta mempercepatkan proses pembayaran saman trafik.

Program pengurangan kompaun trafik ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelesaikan kompaun saman dengan kadar yang lebih berpatutan, sekali gus membantu dalam memajukan keselamatan jalan raya di negara kita.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan