Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan pencapaian membanggakan dengan pengeluaran unit ke-1,000 GWM HAVAL H6 HEV. Kilang pemasangan EP Manufacturing Berhad (EPMB) bertempat di Melaka.
Kejayaan ini memperlihatkan usaha berterusan GWM dalam menyediakan kenderaan berkualiti tinggi yang mesra alam sekaligus memenuhi permintaan tempatan terhadap mobiliti hibrid.
Dengan pengumuman ini, penghantaran model ke-1,000 kepada pelanggan seluruh negara telah pun bermula.
Kombinasi Lengkap Sebuah SUV
SUV hibrid ini semakin menjadi pilihan pengguna Malaysia yang prihatin terhadap kelestarian alam. Dengan kombinasi prestasi, kecekapan bahan api, dan harga yang kompetitif.
GWM HAVAL H6 HEV membuktikan dirinya sebagai pilihan ideal bagi pemandu yang mahukan teknologi inovatif serta mesra alam. Pencapaian ini juga mencerminkan peralihan gaya hidup rakyat Malaysia ke arah penggunaan kenderaan hijau.
Proses pengeluaran model ini melibatkan standard ketat dan kepakaran jurutera berpengalaman dari GWM Global. Rekaan HAVAL H6 HEV bukan sahaja memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa tetapi juga memberikan prestasi yang luar biasa kepada pengguna.
Dengan langkah ini, GWM terus menunjukkan komitmen terhadap pematuhan piawaian global dalam usaha menyokong pasaran tempatan yang semakin berkembang.
Ads
Pengarah Urusan GWM Malaysia
Cui Anqi, “Kejayaan ini adalah bukti dedikasi kami terhadap kualiti. Kami pastikan setiap unit HAVAL H6 HEV memenuhi standard antarabangsa untuk menawarkan kebolehpercayaan dan kepuasan kepada pelanggan.”
Ciri dan Teknologi Unggul GWM HAVAL H6 HEV
HAVAL H6 HEV hadir sebagai SUV segmen C dengan enjin hibrid turbo 1.5L yang menggabungkan kuasa petrol dan elektrik. Menghasilkan kuasa maksimum 243 PS serta tork 530 Nm.
Dengan teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), SUV ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 7.7 saat. Kecekapan bahan api juga mengagumkan, iaitu 5.8L/100 km, membolehkan perjalanan sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh.
Untuk menambah keselesaan, model ini dilengkapi jarak roda 2,738 mm. Memberikan ruang lebih luas dan pengalaman pemanduan premium untuk semua penumpang. GWM HAVAL H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800.
Ads
Dengan pilihan warna menarik seperti Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black.
Pakej Waranti Eksklusif
Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pakej waranti menarik kepada pemilik HAVAL H6 HEV:
Waranti Enjin 10 tahun atau 1,000,000 km.
Waranti Sistem HEV 8 tahun atau 1,000,000 km.
Waranti Penuh Kenderaan 7 tahun atau 200,000 km.
Tertakluk kepada terma dan syarat, eksklusif untuk pemilik pertama.
Ads
Jika anda berminat untuk menerokai teknologi hibrid ini, kunjungi bilik pameran GWM terdekat atau layarilaman web rasmi untuk maklumat lanjut. Tempah pandu uji sekarang dan alami sendiri kehebatan pemanduan masa depan!
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM, telah melancarkan kempen promosi baharu yang dikenali sebagai “Next Level Trade-In: Unlock RM888 Extra!”.
Kempen ini memberikan peluang luar biasa kepada peminat motosikal untuk menukar motosikal lama mereka dengan tambahan tunai RM888 apabila membeli model Modenas ZX-25R SE atau ZX-25R R baharu.
Kelebihan Kempen Next Level Trade-In
Kempen ini disasarkan kepada penunggang motosikal yang ingin beralih ke model Kawasaki yang lebih canggih.
Tawaran ini sah untuk tempoh masa terhad sahaja, bermula dari 11 November 2024 hingga 31 Disember 2024.
Ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman naik taraf ke motosikal yang lebih berkuasa dengan penjimatan menarik.
Antara sorotan kempen ini adalah:
Tambahan RM888 pada nilai tukar beli untuk motosikal jenis kapcai (110cc–200cc) daripada sebarang jenama.
Tawaran sah untuk pembelian model Modenas ZX-25R SE dan ZX-25R R sahaja.
Tukar beli perlu diselesaikan sebelum 31 Disember 2024.
Syarat-Syarat Penyertaan Kempen
Untuk melayakkan diri, pelanggan perlu menukar motosikal lama mereka dalam tempoh promosi yang ditetapkan.
Tawaran ini terbuka kepada semua jenama motosikal jenis kapcai dengan kapasiti enjin 110cc hingga 200cc sahaja.
Bagaimanapun, motosikal jenis skuter tidak layak untuk kempen ini.
Kawasaki ZX-25R: Gabungan Teknologi dan Prestasi
Kempen ini mencerminkan komitmen Kawasaki Malaysia dalam menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan.
Model ZX-25R SE dan ZX-25R R direka dengan gabungan teknologi inovatif dan prestasi mendebarkan, menjadikannya pilihan utama bagi penunggang yang ingin menikmati pengalaman menunggang yang lebih dinamik dan berkualiti tinggi.
Informasi Tambahan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen “Next Level Trade-In: Unlock RM888 Extra!”, pelanggan boleh melawat https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop atau mengunjungi pengedar Kawasaki All-star mulai hari ini.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menaik taraf ke motosikal impian anda dan nikmati tambahan RM888 semasa tempoh promosi ini.
Dengan Kawasaki ZX-25R SE dan ZX-25R R, anda kini bersedia untuk menguasai jalan raya dengan gaya dan prestasi yang luar biasa!
Harmony Auto, pengedar kenderaan terkemuka dari China, kini memperkenalkan pusat BYD pertama mereka di Malaysia. Majlis perasmian tersebut telah berlangsung pada 26 Jun 2024 bertempat di Hartamas Shopping Centre.
Pusat BYD yang Canggih dan Serba Lengkap
Dengan keluasan 3,230 kaki persegi, pusat ini direka dengan pelbagai kemudahan premium untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Antara fasiliti yang disediakan termasuk ruang pameran kenderaan yang luas, ruang menunggu yang selesa, bilik rundingan eksklusif, serta ruang serahan kenderaan.
Bagi kemudahan selepas jualan, ruang menyambut pelanggan yang menggabungkan reka bentuk moden dengan proses servis yang efisien, terhubung terus dengan tempat letak kereta pusat beli-belah.
Kemudahan Tempat Letak Kereta dan Pengecas Kenderaan
Menambah keselesaan pelanggan, pusat ini menyediakan enam tempat letak kereta dengan empat pengecas setiap satu untuk kegunaan pemilik kenderaan ini.
Reka bentuk pusat ini bukan sahaja memudahkan akses pelanggan, tetapi juga menegaskan komitmen mereka terhadap penyelesaian mobiliti hijau yang mapan.
Lokasi Strategik dan Potensi Pasaran
Lokasi strategik pusat ini membolehkan pelanggan menikmati kemudahan membeli-belah sambil mendapatkan perkhidmatan kereta mereka.
Dengan pembukaan pusat baharu ini akan menarik lebih ramai pelanggan di Hartamas dan kawasan sekitar yang mencari kenderaan mesra alam.
Sebagai peneraju global dalam kenderaan tenaga baharu, BYD komited untuk menyediakan penyelesaian mobiliti hijau yang termaju di seluruh dunia.
Dengan sokongan dasar kerajaan Malaysia yang menggalakkan, potensi pasaran kenderaan tenaga baharu di sini amat besar.
Kerjasama dengan Harmony Auto ini dijangka akan mempopularkan lagi penggunaan kenderaan tenaga baharu di Malaysia, selaras dengan matlamat negara untuk pengangkutan mapan.
Model Kenderaan BYD di Malaysia
Model-model BYD yang kini dijual di Malaysia termasuk Atto 3, Dolphin, dan Seal. Pusat BYD Harmony Auto ini juga akan menampilkan Pusat Servis dan Alat Ganti yang dijadualkan siap pada suku keempat tahun ini.
Dengan kemudahan 3S (Sales, Service, Spare Parts) sepenuhnya, pusat ini akan menjadi pusat 3S pertama yang beroperasi dalam pusat beli-belah.
Pada masa akan datang, kedua-dua pihak merancang untuk membuka lebih banyak cawangan BYD di seluruh Malaysia, memperluaskan lagi pasaran kenderaan EV di negara ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Dalam satu inisiatif terkini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menerima tambahan 20 unit motosikal pengiring berkuasa tinggi. Motosikal-motosikal ini akan dilengkapi dengan pelekat reflektif PDRM khas dan bertujuan untuk digunakan sebagai pengiring rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Dari segi reka bentuk, motosikal yang dipilih untuk tugas istimewa ini adalah model BMW R1250RT. Model yang terkenal dengan prestasi tinggi dan kestabilan semulajadi ini akan menjadi pilihan utama dalam menjalankan tugas pengawalan.
Kredit Foto: FB Armorblaze
Salah satu ciri utama yang menarik perhatian adalah kelengkapan standard motosikal pengiring yang disematkan ke dalam BMW R1250RT ini. Ia dilengkapi dengan pelekat reflektif khas PDRM, menonjolkan identiti rasmi pasukan keselamatan negara kita.
Keputusan untuk melibatkan sebuah syarikat tempatan dalam penghasilan motosikal ini adalah langkah positif. Armorblaze, sebuah syarikat berpengkalan di Ampang, menjadi pilihan untuk menjalankan tugasan ini. Kecekapan dan kebolehpercayaan syarikat tempatan ini memberikan keyakinan kepada PDRM bahawa motosikal yang dihasilkan akan memenuhi standard keselamatan dan prestasi yang diperlukan.
Kredit Foto: FB Armorblaze
Dengan gabungan kecanggihan motosikal BMW R1250RT dan sentuhan tempatan melalui Armorblaze, diharapkan motosikal pengiring baru ini akan menjadi penyeri dalam siri pengawalan rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...