Dalam usaha mempertingkatkan pengalaman pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, EVC Connection (EVC) hari ini melancarkan ciri AutoCharge secara rasmi melalui aplikasi JomCharge mereka.
Inovasi ini menawarkan kemudahan pengecasan yang lebih lancar dan efisien di lebih 200 lokasi pengecasan yang menyokong fungsi AutoCharge.
Sebelum ini, beberapa pengguna Chery Omoda telah diberi peluang untuk mencuba ciri ini, namun pendaftaran adalah secara manual dan terhad kepada beberapa pengecas ujian sahaja.
Dengan pelancaran rasmi ini, semua pengguna kini boleh mengaktifkan AutoCharge melalui aplikasi JomCharge di mana-mana lokasi pengecasan yang menyokong fungsi ini.
Ads
AutoCharge membolehkan pengguna EV hanya perlu memasukkan pengecas ke dalam kenderaan mereka tanpa perlu menggunakan telefon bimbit atau mengimbas kod QR.
Pengecas akan secara automatik mengenali ID kenderaan dan memulakan proses pengecasan. Pembayaran akan dikenakan secara automatik kepada kad pembayaran yang didaftarkan pada aplikasi JomCharge.
Ads
Permintaan tinggi daripada pengguna EV mendorong pasukan R&D EVC untuk mengembangkan kemampuan ini ke rangkaian pengecas JomCharge mereka. Pada masa ini, ciri ini hanya terbuka kepada pengguna Chery dan GAC Aion, namun EVC sedang giat berusaha untuk menjalin kerjasama dengan lebih banyak pengeluar kenderaan bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati kemudahan ini.
Pengarah urusan EVC, Ir. Lee Yuen How, menyatakan, “EVC berbesar hati memperkenalkan ciri AutoCharge kepada pengguna EV di Malaysia. Sebagai pengguna EV sendiri, saya percaya AutoCharge oleh JomCharge adalah langkah tepat ke arah pengecasan yang lebih mudah dan lancar.”
Pengarah teknikal EVC, Dr. Che Hang Seng, menambah, “Maklum balas daripada pengguna menunjukkan keperluan untuk kaedah pengecasan EV yang lebih automatik dan mudah, terutama dengan jumlah aplikasi pengecasan EV yang semakin banyak. Kami bangga dapat memperkenalkan ciri baharu ini yang memastikan pengalaman pengguna yang lebih baik.”
Ads
Bagi pengguna EV yang ingin mengaktifkan ciri AutoCharge, mereka boleh mencari pengecas yang menyokong fungsi ini melalui AutoCharge filter dalam aplikasi JomCharge.
Setibanya di lokasi pengecas, pengguna hanya perlu mengklik aktifkan pada bahagian Akaun dalam aplikasi JomCharge mereka dan mengikuti arahan di skrin. Panduan langkah demi langkah yang lebih terperinci juga boleh didapati di laman YouTube rasmi EVC.
Dengan pelancaran rasmi ini, EVC terus komited dalam mempertingkatkan kemudahan pengecasan EV di Malaysia, menjadikan pengalaman pengguna lebih mudah dan efisien.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
BMW telah melancarkan edisi terhad M4 CS Edition VR46 sebagai penghargaan sempena ulang tahun ke-46 Valentino Rossi.
Legenda lumba Itali ini kini merupakan pemandu rasmi BMW M Works dan baru-baru ini mencatatkan pencapaian podium di perlumbaan Bathurst 12 Hour endurance di Australia.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Penglibatan Ikonik Valentino Rossi
Rossi turut terlibat dari peringkat awal dalam proses reka bentuk kereta ini.
Penglibatan beliau dalam dunia perlumbaan telah menyaksikan beliau meraih sembilan gelaran juara dunia Grand Prix, menjadikan penglibatannya sebagai satu penghormatan istimewa kepada beliau.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Ciri-ciri Eksklusif Edisi VR46
Model ini akan dihasilkan dalam jumlah terhad sebanyak 46 unit dalam dua varian iaitu ‘Sport’ dan ‘Style’.
Ia merupakan satu penghormatan kepada nombor kegemaran Rossi dalam dunia perlumbaan.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Pemilik bertuah juga akan berpeluang untuk bertemu secara peribadi dengan Rossi di VR46 Motor Ranch di Tavullia, Itali.
Selain itu pemilik bakal berpeluang menikmati pengalaman memandu di litar perlumbaan Misano pada hari berikutnya.
Prestasi Luar Biasa dan Rekaan Menarik
M4 CS Edition VR46 dikuasakan oleh enjin enam-silinder tiga liter dengan teknologi twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 543bhp.
Prestasi kereta ini dibuktikan dengan kemampuan mencapai 0-62mph dalam masa 3.4 saat.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Reka bentuk luaran menonjol dengan warna ‘Marina Bay Blue’ metallic disepadukan dengan ‘Tanzanite Blue’ yang lebih gelap untuk mempamerkan logo ‘46’ yang besar di kedua-dua sisi.
Keunikkan kereta ini ditambah dengan aksen kuning terang sebagai penghormatan kepada warna lumba khas Rossi.
Sentuhan Peribadi di Dalam Kabin
Di dalam kabin, elemen-elemen reka bentuk turut mencerminkan identiti Rossi.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Antara elemen penting adalah paparan logo VR46 berwarna kuning yang besar di atas bumbung serat karbon, menonjolkan lagi keperibadian dan kecanggihan kereta ini.
Sokongan Penaja dan Warisan Motorsport
Selain daripada kerjasama eksklusif ini, penampilan istimewa sempena ulang tahun Rossi turut disokong oleh penaja lama seperti Dainese dan AGV.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Mereka turut menghasilkan edisi terhad helmet kolektor dan pakaian perlumbaan, sekali gus menyemarakkan lagi semangat dan warisan dalam dunia motorsport.
Konklusi
Pelancaran M4 CS Edition VR46 bukan sahaja menandakan komitmen BMW dalam meneruskan tradisi kecemerlangan di arena motorsport.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Selain itu ia juga merupakan penghargaan kepada salah seorang ikon terbesar dalam sejarah lumba jalan raya, Valentino Rossi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Dalam dunia kereta sukan berprestasi tinggi, Tidak banyak model kereta yang mendapat penghormatan seperti Nissan GT-R. Diberi julukan “Godzilla” kerana prestasi dan keupayaannya yang luar biasa, GT-R telah menjadi simbol kuasa, kemewahan, dan kecemerlangan kejuruteraan sejak ia dilahirkan.
Siapa sangka untuk tahun 2024, Nissan GT-R masih lagi menghasilkan varian terbaharu mereka dengan sedikit perubahan serta hadir dengan 3 varian yang menarik sudah pasti menjadi pilihan peminat jentera ikonik ini.
Salah satu tambahan yang paling dinanti-nantikan kepada barisan 2024 adalah pengenalan semula model T-Spec. Seperti model T-Spec sebelum ini, ciri yang ada masih kekal sama dengan sistem brek ceramic daripada Brembo serta warna fabrik di bahagian dalam kereta yang lebih menarik dengan warna yang unik. Terletak di antara varian Premium dan NISMO, T-Spec menawarkan peminat keseimbangan antara prestasi dan kemewahan, menjadikannya pilihan yang mengasyikkan bagi mereka yang mencari pengalaman GT-R yang sebenarnya.
Walaupun intipati GT-R kekal tidak berubah, Nissan telah melaksanakan penyempurnaan reka bentuk yang halus namun signifikan bagi tahun model 2024. Dengan memanipulasi bahagian hadapan dan belakang, termasuk grid yang lebih nipis dan spoiler yang direka bentuk semula, Nissan telah berjaya meningkatkan “down force” tanpa mengorbankan kecekapan aerodinamik.
Pengenalan spoiler gaya leher angsa, yang mengingatkan kepada sebuah kereta perlumbaan berprestasi tinggi, lebih meningkatkan imej Nissan GT-R tersebut. Selain itu, varian NISMO menerima differential hadapan yang terhad dan pakej penampilan serat karbon, mejadikan nya sebagai sebuah model “limited edition” yang bakal dicari oleh “collector” jenama ini .
Dengan harga bermula dari $122,985 (anggaran RM 578,582.93) untuk model Premium dan meningkat hingga $222,985 (anggaran RM1.1 Juta) untuk NISMO, GT-R mewakili pelaburan yang signifikan bagi peminatnya.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menghargai prestasi melebihi segala-galanya, harga bukan menjadi isu besar, kerana pengalaman memiliki “Godzilla” ini sudah pasti menjadi sesuatu yang menarik.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Bermula 27 Ogos ini, sebanyak 21 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan. Penutupan ini dijadualkan dari jam 5 pagi hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.
Antara jalan-jalan yang terlibat dalam penutupan ini adalah Laman Perdana, Lebuh Wawasan, dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), serta Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B, dan Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana).
Penutupan ini adalah sebahagian daripada persiapan untuk acara sambutan yang akan diadakan di Putrajaya. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan semasa hari bersejarah tersebut.
Selain Itu
Selain itu, pada 30 dan 31 Ogos, terdapat tambahan 10 jalan utama di Putrajaya yang juga akan ditutup. Penutupan ini akan bermula dari jam 7 petang dan berterusan sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai.
Laluan-laluan yang terlibat termasuklah Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana). Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan). Serta Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menghubungkan Laman Perdana.
Selain itu, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari). Jalan Presint 18. Lebuh Setia. Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein), dan Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana) juga akan mengalami penutupan.
Sentiasa Up-to-date
Untuk memastikan perjalanan anda lancar dan selamat, pengguna jalan raya diingatkan agar berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Merdeka360 di www.merdeka360.my atau mengunjungi laman media sosialnya di Facebook, Twitter, dan X untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan Hari Kebangsaan.
Penutupan jalan ini merupakan langkah penting dalam memastikan raptai dan acara sambutan Hari Kebangsaan berlangsung dengan sempurna.
Diharapkan kerjasama dan kesabaran dari semua pengguna jalan raya dapat membantu menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...