Thailand Super Series (TSS) adalah siri perlumbaan kereta touring yang telah ditubuhkan sejak tahun 2013 dan disahkan oleh Fédération Internationale de l’Automobile (FIA).
TSS merupakan siri perlumbaan utama di Thailand dan terkenal di peringkat antarabangsa, dengan penyertaan pasukan dan pemandu bertaraf tinggi, termasuk pemandu berlesen Platinum dan Emas.
Perlumbaan ke-3 dalam jadual perlumbaan Thailand Super Series (TSS) di Litar Antarabangsa Petronas Sepang menutup tirai perlumbaan dengan kemenangan berprestij pasukan Racing Aurora dari Malaysia bagi perlumbaan TSS The Super Series GT4.
Pasukan Racing Aurora menampilkan gandingan hebat antara pelumba Australia, Peter Hackett, dan pelumba muda dari Malaysia, Hayden Haikal.
Mereka berjaya mencuri perhatian dengan persembahan cemerlang mereka.
Mereka berjaya menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 5 saat di hadapan pesaing terdekat dalam perlumbaan 1 jam + 1 pusingan, yang menguji kemahiran dan ketahanan mereka dalam mengendalikan Mercedes-AMG GT4.
Hackett memulakan perlumbaan dengan penuh keyakinan untuk pasukan Racing Aurora dengan mempamerkan prestasi konsisten selama 25 minit sebelum menyerahkan steering kepada Hayden.
Dengan kemahiran luar biasa, Hayden berjaya merapatkan jurang dengan pesaingnya sebelum melonjak ke hadapan dengan penuh gaya, memastikan kemenangan menjadi milik mereka.
Baca Juga : Apa Maksud AMG Dalam Mercedes-Benz?
Prinsipal Pasukan, Sanjay Pattis, dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota pasukan yang telah berusaha keras.
“Kejayaan ini adalah hasil daripada dedikasi dan usaha keras semua yang terlibat dalam pasukan kami. Ia benar-benar satu pencapaian yang luar biasa, terutamanya bagi pasukan yang masih agak baharu ini,” kata Pattis.
Sebelum ini, Racing Aurora juga mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan pertama mereka di Buriram pada 4 Mei semasa Pusingan 1.
Dengan sokongan daripada penyedia rangkaian 5G terkemuka Malaysia, U Mobile, Racing Aurora bersiap sedia untuk menghadapi dua pusingan terakhir kejohanan.
Perlumbaan tersebut termasuk satu lagi perlumbaan yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang bermula 6 – 8 September 2024.
Pattis turut menekankan pentingnya kerjasama strategik antara Racing Aurora dan Mercedes-AMG.
Beliau akui peranan penting Hackett selaku pemandu rasmi AMG dan Ketua Pengajar AMG untuk Asia Pasifik untuk membimbing bakat muda seperti Hayden.
“Kolaborasi antara Hackett dan Hayden menonjolkan komitmen kami dalam membangunkan bakat muda dan mendorong kecemerlangan dalam sukan permotoran,” tambah Pattis.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.