Jika anda ingin meningkatkan keselamatan dan kecerahan kawasan kejiranan anda atau laluan utama ke rumah anda terlalu gelap, permohonan untuk lampu jalan tambahan mungkin diperlukan.
Panduan ini akan memberikan anda semua maklumat yang anda perlukan untuk memohon lampu jalan, memahami caj dan tarif yang berkaitan, mengetahui jenis-jenis lampu jalan, dan apa yang perlu dilakukan jika terdapat lampu jalan yang rosak.
Cara Memohon Lampu Jalan
Untuk memohon lampu jalan, anda perlu membuat permohonan melalui pihak berkuasa tempatan.
Jika pihak berkuasa tempatan bersetuju, mereka mungkin akan menanggung caj bulanan untuk lampu jalan tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda ingin memohon lampu jalan atas nama anda sendiri, caj sambungan akan dikenakan, bersama dengan yuran bulanan sebanyak RM10.00.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai caj sambungan, anda boleh melawat Pusat Khidmat Pelanggan yang terdekat.
Kedai Tenaga. Kredit Foto Facebook TNB CareLine
Permohonan oleh Individu dan Pihak Berkuasa Tempatan / Kerajaan
Untuk pemohon individu, pemasangan lampu jalan pada tiang TNB sedia ada boleh dibuat sekiranya tiang tersebut berada di luar pagar rumah.
Anda juga boleh merujuk kedai tenaga terdekat untuk permohonan lampu jalan tersebut.
Ads
langkah-langkah berikut harus diikuti:
Pemasangan pada Tiang TNB Sedia Ada: Hantar borang permohonan di Pusat Khidmat Pelanggan.
Pemasangan pada Tiang Baru / Tambahan: Pemohon mesti menanggung kos penuh pemasangan.
Dokumen untuk permohonan Lampu Jalan Individu adalah seperti berikut:
1. Borang permohonan Lampu Jalan Individu yang lengkap diisi
2. Salinan bil terkini untuk premis berkenaan
3. Salinan Kad pengenalan pemilik berdaftar (depan dan belakang dipalangkan “Kegunaan TNB sahaja” ).
Ads
Mengenal Pasti Lampu Jalan Bukan Milik TNB
Adalah penting untuk membezakan antara lampu jalan yang dimiliki oleh TNB dan yang bukan.
Lampu jalan bukan milik TNB biasanya diselenggara oleh majlis tempatan atau entiti swasta. Mengenal pasti lampu-lampu ini dapat membantu mempercepatkan permintaan penyelenggaraan dan memastikan pembaikan dilakukan dengan cepat.
Caj dan Tarif
Walaupun tiada caj untuk mengemukakan permohonan lampu jalan tambahan, caj yang berbeza dikenakan bergantung kepada jenis permohonan.
Ads
Untuk permohonan individu, anda perlu membayar caj sambungan dan yuran bulanan sebanyak RM10.00.
Pemaju dan pihak berkuasa tempatan mungkin mempunyai perjanjian yang berbeza bergantung kepada persetujuan mereka dengan TNB dan peraturan tempatan.
Secara kesimpulan, sekiranya anda tinggal di kawasan kampung dan ingin memohon lampu jalan di hadapan rumah anda, terus sahaja ke pejabat TNB berhampiran untuk mengemukakan borang permohonan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sentiasa rujuk dengan TNB atau lawati Pusat Khidmat Pelanggan yang terdekat.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka peluang kepada peminat nombor pendaftaran istimewa (NPI) dengan pengenalan siri GOLD melalui Sistem JPJeBid pada Khamis ini, 1 Februari 2024. Langkah ini diambil sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50, memberikan peluang kepada orang ramai untuk memiliki nombor pendaftaran istimewa yang eksklusif.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pro-rakyat, termasuklah bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar, dan subsidi FlySISWA.
Pendaftaran bagi NPI siri GOLD akan dibuka pada 1 Februari 2024, bermula jam 12.00 pagi, dan akan ditutup pada 5 Februari 2024, jam 10.00 malam. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024, memberikan masa kepada peserta untuk menantikan nombor pilihan mereka.
Harga bidaan untuk NPI siri GOLD bermula dari RM300.00 untuk nombor biasa. Peminat yang berminat dengan nombor popular perlu menyediakan RM800.00, manakala untuk nombor menarik, harga bidaan adalah sebanyak RM3,000.00. Bagi mereka yang mengidamkan nombor bernilai utama, harga bidaan adalah sebanyak RM20,000.
Inisiatif ini menawarkan peluang kepada peminat nombor pendaftaran untuk memiliki sesuatu yang istimewa dan unik, serta turut menyokong program-program pro-rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Pastikan anda sedia untuk menyertai bidaan dan miliki NPI siri GOLD yang istimewa pada kali ini!
Pada 22 hingga 23 Jun 2024, KL Base Kuala Lumpur akan menjadi pusat tumpuan penggemar permotoran dengan penganjuran program BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024.
Acara ini akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam. Dianjurkan oleh Kelab MUSC Motorsports yang berdaftar dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk acara drag racing, autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, karnival makanan dan konsert turut diadakan.
Poster rasmi Core Autofest
BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024 akan menjadi perhimpunan gergasi permotoran terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, menggabungkan elemen sukan dan rekreasi yang sihat.
Antara segmen menarik yang akan diadakan termasuk acara drag racing, “test n tune”, CORE Autofest bagi autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, Brew & Camp Autofest untuk peminat Camper Malaysia. Tidak ketinggalan, akan diadakan juga perhimpunan kelab-kelab kereta dan motosikal serta konsert kumpulan rock terkenal, XPDC.
Program ini menyasarkan penyertaan 1,000 peserta dan dihadiri sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung dari seluruh negara dan luar negara. Ini termasuk peserta dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Pameran motosikal pelbagai kelas
Selain menyediakan ruang promosi dan jualan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan. Program ini juga diharapkan dapat membantu merancakkan sektor pelancongan domestik melalui kehadiran ribuan pengunjung dari luar Kuala Lumpur dan negara-negara jiran.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan menyaksikan festival permotoran terbesar di Malaysia ini!
Apabila berbicara tentang Rowan Atkinson, ramai mungkin terbayangkan Mr. Bean dengan aksinya yang lucu atau agen rahsia Johnny English yang serba kelam-kabut.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa pelakon ini juga seorang petrolhead yang tegar.
Beliau memiliki koleksi kereta yang mengagumkan, dan kini salah satu daripadanya, sebuah Peugeot 205 GTI, bakal dijual.
Kredit Foto : Website topgear
Dan percayalah, kereta ini sememangnya satu permata yang menarik perhatian!
Keadaan Hampir Sempurna, Meskipun Sudah Berusia
Peugeot 205 GTI ini merupakan model ‘Phase 1.5’, pernah dimiliki oleh Atkinson yang hanya memandunya sejauh 300 batu sahaja sejak beliau membelinya.
Kredit Foto : Website topgear
Walaupun odometer kereta ini menunjukkan angka 71,000 batu, Atkinson menjaga kereta ini dengan begitu rapi seolah-olah baru keluar dari kilang.
Kredit Foto : Website topgear
Dengan warna Alpine White yang masih berkilau, rim aloi ‘pepper-pot’ yang klasik, dan keadaan keseluruhan yang seakan-akan baru, kereta ini tampak seperti koleksi tuxedo Johnny English yang sentiasa dalam keadaan tip-top.
Prestasi yang Mengagumkan Bagi Peminat ‘Hot Hatch’
Di bawah hudnya, terdapat enjin 1.6 liter empat silinder yang berkemungkinan besar masih mampu menjana kuasa hampir 115bhp.
Enjin ini juga mempunyai daya pecutan 0-62mph dalam 9.8 saat dan kelajuan maksimum sekitar 121mph.
Kredit Foto : Website topgear
Nombor-nombor ini mungkin kedengaran biasa bagi standard kereta moden.
Namun dengan berat hanya sekitar 850kg, tidak sukar untuk memahami mengapa Peugeot 205 GTI ini dianggap sebagai salah satu ‘hot hatch’ terhebat sepanjang masa.
Interior Seperti Baharu
Namun, tarikan utama kereta ini adalah di bahagian dalamannya.
Kredit Foto : Website topgear
Ruangan dalaman hadir dengan tempat duduk kain berjalur merah yang klasik, permaidani velour yang mewah, konsol tengah dengan butang yang masih utuh.
Dengan Stereng yang begitu mengancam, anda mungkin tersilap sangka kereta ini baru sahaja dikeluarkan dari bilik pameran Peugeot.
Kredit Foto : Website topgear
Keadaan dalamannya yang terjaga rapi menambah nilai estetika dan nostalgik bagi sesiapa yang menghargai reka bentuk klasik.
Setakat ini, harga panduan bagi kereta ini belum lagi dikeluarkan, tetapi kebanyakan model Peugeot 205 GTI yang berada dalam keadaan baik di pasaran cenderung untuk berada dalam lingkungan £20,000 hingga £30,000.
Kredit Foto : Website topgear
Jadi, tidak mustahil untuk kereta milik Atkinson ini mencapai harga yang sama, jika tidak lebih tinggi.
Bagi peminat kereta klasik dan penggemar Atkinson, ini adalah peluang untuk memiliki secebis sejarah automotif yang unik.
Kredit Foto : Website topgear
Sebuah Peugeot 205 GTI dengan kisah dan pemilik yang istimewa – satu kombinasi yang pasti menggoda hati ramai peminat kereta di luar sana.
Punca Utama Aircond Kereta Berbau Yang Ramai Tak Tahu
Ramai pemilik kereta pernah alami situasi yang agak mengganggu: sebaik sahaja aircond dihidupkan, muncul bau kurang...