Ola Electric, pengeluar motosikal elektrik terkemuka India, telah melancarkan S1 Pro ‘Sona’ Limited Edition.
Model terbaharu ini hadir degan kemasan elemen emas tulen 24-karat.
Reka bentuk edisi khas ini tidak hanya menyerlahkan kemewahan tetapi turut menjadi lambang inovasi teknologi automotif buatan India.
Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran, model ini juga bertujuan memperluaskan rangkaian jualan dan perkhidmatan Ola Electric ke 4,000 cawangan menjelang 25 Disember 2024.
Edisi ‘Sona’ tampil istimewa dengan tema warna dwi-tona putih mutiara dan emas, disempurnakan dengan kemasan emas 24-karat pada beberapa komponen utama.
Ini termasuk footpegs, tongkat sisi, grab rail, tuil brek, dan batang cermin sisi (ORVM).
Bahagian atas handlebar cowl, cermin sisi, front fender, serta panel sisi bawah turut diberi kemasan emas, menyerlahkan aura eksklusif yang membezakan model ini daripada yang lain.
Bukan itu sahaja, lengan ayun belakang dan bahagian bawah front telescopic forks
juga menerima sentuhan emas.Manakala bahagian roda aloi hadapan dan belakang juga diberikan kemasan emas yang lebih terang.
Sebagai pelengkap, tempat duduk dilapisi kulit napa mewah berwarna beige gelap dengan sulaman benang emas, menambah keanggunan keseluruhan reka bentuk motosikal ini.
Ola S1 Pro ‘Sona’ bukan sekadar tentang rupa; ia juga dilengkapi perisian MoveOS dengan ciri-ciri eksklusif yang menjadikan pengalaman pengguna lebih personal.
Dashboard yang disesuaikan dengan tema emas dan interface pengguna yang unik menambahkan lagi daya tarikan model ini.
Sebagai model edisi khas, S1 Pro ‘Sona’ tidak akan dijual secara komersial.
Sebaliknya, ia hanya boleh dimiliki melalui peraduan #OlaSonaContest.
Gabungan reka bentuk mewah dan teknologi canggih, menjadikan ia sebagai simbol kehebatan motosikal buatan India.
Ola S1 Pro ‘Sona’ Limited Edition adalah manifestasi kemewahan dan inovasi.
Berbeza pula di Malaysia, ramai pengguna motosikal elektrik lebih gemar untuk modifikasi yang dapat menambah kelajuan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Kongsi “Roadtax”, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Digital Melalui Aplikasi MyJPJ