Berita baik buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada kenderaan elektrik. Sepanjang bulan Oktober 2024, Great Wall Motor (GWM) Malaysia menawarkan kempen promosi eksklusif untuk pembelian model GWM Ora Good Cat. 

Promosi ini dirancang bagi memberi pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) yang lebih menyeronokkan dan praktikal.

Antara tawaran menarik dalam pakej promosi ini termasuk:

  • Pengecas dinding percuma – Anda boleh mengecas kenderaan dengan mudah di rumah.
  • Servis pemasangan percuma – Memastikan kemudahan pengecas dinding dipasang tanpa kerumitan.
  • Servis percuma selama lima tahun – Merangkumi alat ganti dan kos buruh, memberi ketenangan minda tanpa memikirkan penyelenggaraan.
  • Insurans kenderaan percuma tahun pertama – Melindungi pelaburan anda dan mengurangkan kos keseluruhan pemilikan.

Nikmati Pemanduan Tenang – GWM Malaysia Tampil Promosi Eksklusif Ora Good Cat

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menyatakan, “Kami memperkenalkan kempen ini untuk memberi galakan kepada mereka yang berminat beralih ke kenderaan elektrik. Tawaran istimewa ini bukan hanya menjadikan peralihan kepada EV lebih menarik, malah juga praktikal. Kami komited terhadap kelestarian, dan bukan sekadar menghasilkan kenderaan elektrik, tetapi juga mempertingkatkan pengalaman keseluruhan pemilikannya.”

Pilihan Varian Menarik

GWM Ora Good Cat ditawarkan dalam dua varian di Malaysia:

  1. 400 Pro dengan harga RM 113,800.
  2. 500 Ultra berharga RM 143,800.

Kedua-dua varian ini menggunakan motor segerak magnet kekal dengan kuasa 143 kuasa kuda dan tork 210 N.m. .Bateri 47.788 kWh pada varian 400 Pro membolehkan jarak pemanduan sehingga 400 km mengikut kitaran NEDC. Manakala bateri 63.139 kWh pada varian 500 Ultra mampu mencapai jarak lebih jauh. Iaitu 500 km dengan satu cas penuh.

Reka Bentuk dan Ciri Hebat

Ora Good Cat bukan sekadar kenderaan elektrik, ia juga tampil bergaya dengan reka bentuk retrofuturisme. Peminat automotif pasti akan teruja dengan enam pilihan warna luaran yang elegan. 

Kerusi pemandu yang boleh dilaras bersama fungsi urutan memberikan keselesaan sepanjang pemanduan. 

Tambahan pula, dengan struktur badan berangka keluli berkekuatan ultra tinggi serta sistem ADAS L2, pemanduan anda dijamin selamat dan selesa.

Jika anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu GWM Ora Good Cat, anda boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web GWM Malaysia. 

Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi adalah terhad. Tepati masa, rasai pemanduan yang penuh gaya dan mesra alam!

Dari Great Wall Motor

Baca Juga Unit CKD Pertama GWM HAVAL H6 HEV di Malaysia – Berjaya!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI