Naquib Azlan Antara Dua Wakil Asia Tenggara di Grand Final Ferrari Ferrari HP Esports

Pelumba Esports muda Malaysia, Naquib Azlan, 25, merupakan wakil sulung dari Malaysia yang bakal beraksi di pentas dunia apabila beliau melangkah ke Grand Final Ferrari HP Esports Series yang akan berlangsung pada 3 Disember di Ferrari World Abu Dhabi.

Naquib juga merupakan satu daripada hanya dua pelumba Asia Tenggara yang berjaya mara ke peringkat akhir selepas melalui tapisan kelayakan yang bermula sejak Jun lalu.

Perjalanan ke Grand Final bermula dengan fasa Global Hot Laps, di mana ribuan peserta dari seluruh dunia menghantar catatan masa terpantas mereka menerusi tiga platform simulasi perlumbaan.

Naquib Azlan Wakil Sulung Malaysia ke Grand Final Ferrari HP Esports Series

Hanya pelumba dengan prestasi terbaik mara ke Peringkat Kelayakan Serantau dan seterusnya ke Peringkat Akhir Serantau, sebelum hanya yang terbaik dipilih untuk mengisi grid salah satu kejohanan perlumbaan esports paling berprestij di dunia.

Ads

Naquib Azlan Salah Seorang daripada 15 Pelumba Terbaik Dunia yang Bakal Berentap

Edisi tahun ini menghimpunkan 15 pelumba elit dari APAC, EMEA dan Americas. Mereka akan berentap melalui tiga platform utama iaitu iRacing, Assetto Corsa dan Assetto Corsa Competizione. Setiap pusingan mempunyai 10 minit sesi kelayakan sebelum perlumbaan sprint 30 minit bermula.

Para peserta akan memandu jentera ikonik Ferrari seperti Ferrari 488 EVO GT3, Ferrari 296 GT3 dan Ferrari 499P secara maya, di beberapa litar lagenda di Itali.

Naquib Azlan Wakil Sulung Malaysia ke Grand Final Ferrari HP Esports Series

Ads

Juara keseluruhan Ferrari HP Esports Series 2025 akan melalui proses penilaian untuk berpeluang direkrut ke dalam Scuderia Ferrari HP Esports Team. Tahun lalu, lebih 17,000 peserta bersaing dan gelaran juara dimenangi pelumba Britain, Luke Whitehouse, yang kini mewakili Ferrari dalam kejohanan sim racing antarabangsa.

Kemaraan Naquib ke Abu Dhabi hadir bersama momentum yang sangat memberangsangkan. Pada awal November, beliau menjuarai kategori GT4 Thailand Super Series, dan baru-baru ini pula muncul juara Toyota Gazoo Racing GR86–BRZ Cup di Jepun.

Ads

Saya benar-benar berbesar hati dapat mewakili Malaysia di pentas global yang sangat berprestij. Sim racing sentiasa menjadi sebahagian penting dalam pembangunan kerjaya saya, dan peluang bersaing di Ferrari HP Esports Grand Final ini amat bermakna. Saingan pasti sengit, namun saya yakin dengan persiapan kami. Terima kasih kepada komuniti esports Malaysia dan rakan penaja yang sentiasa menyokong perjalanan ini,” kata Naquib.

Penyertaan Naquib disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Rakan Muda, dan Esports Integrated melalui Malaysia Esports Accelerator Program (MEAP), selain sokongan daripada Axle Sports.

Baca Juga : TGR Malaysia eRacing 2025, Dari Simulator ke Litar Perlumbaan Sebenar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads