
Dua jenama minyak pelincir berprestasi tinggi, Motul dan Ipone, secara rasmi menghidupkan semula kerjasama mereka bersama pasukan YY Pang Racing Team bagi menghadapi saingan Malaysian Cub Prix Championship musim 2026.
Kolaborasi ini mengimbau kembali legasi hampir dua dekad yang pernah mencorakkan sejarah perlumbaan cub di Malaysia.
Kerjasama ini bukan sekadar tajaan teknikal, tetapi turut menggabungkan visi bersama antara jenama dan pasukan untuk bersaing di tahap tertinggi, membangunkan prestasi, serta melahirkan generasi baharu pelumba tempatan.
Menurut Ravi Shankar, wakil Specialty Lubricants Trading (Malaysia) Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan kepercayaan bahawa juara dibentuk melalui usaha dan pembangunan berterusan, bukan dilahirkan secara semula jadi.
Diasaskan oleh Pang Yok You sekitar tahun 1970, YY Pang Racing bermula dengan eksperimen menghasilkan paip ekzos sendiri sebelum berkembang menjadi antara pasukan paling berpengaruh dalam arena Cub Prix.
Bermula dengan jentera Vespa, pasukan ini kini memiliki rekod lebih 400 podium serta beberapa kejuaraan keseluruhan, menjadikannya institusi penting dalam sukan permotoran tempatan.
Pang Yok You menyatakan bahawa kerjasama dengan Motul dan Ipone telah lama menjadi tunjang kejayaan pasukan di litar. Dengan penyatuan semula ini, YY Pang Racing tampil lebih yakin untuk mencabar kejuaraan musim 2026, dengan sasaran prestasi yang lebih konsisten dan kompetitif.
Bagi musim 2026, Motul akan membekalkan pelincir untuk kategori 150cc menerusi produk berprestasi tinggi 300V 4T Factory Line yang menggunakan teknologi ESTER Core®, direka untuk memberikan prestasi enjin maksimum dalam keadaan ekstrem.
Sementara itu, Ipone akan menyokong kategori 125cc dengan rangkaian Shogun yang menggunakan kombinasi teknologi PAO dan ester, menawarkan kestabilan haba serta perlindungan optimum dari permulaan enjin hingga ke putaran tinggi.
Sejak 2004 hingga 2020, Motul memainkan peranan penting dalam perjalanan YY Pang Racing selama 16 tahun, manakala Ipone meneruskan kesinambungan tersebut dengan membantu pasukan meraih kejuaraan keseluruhan CP125 pada tahun 2021.
Kini, kedua-dua jenama kembali bersatu untuk membuka lembaran baharu yang lebih agresif dalam saingan Cub Prix.
Baca Juga : WD-40 Bukan Sekadar Pelincir Rantai Motosikal
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kereta unik di dunia sering menjadi bukti bahawa industri automotif tidak pernah kehabisan idea luar…
Ganjaran Eksklusif Untuk Pelanggan Setia Sime Motors secara rasmi menutup tirai Kempen Hadiah Hebat Ulang…
