Berita baik untuk peminat skuter dan motosikal kembara! ZONTES kini memperkenalkan model terbaharunya di Malaysia, iaitu ZONTES 368G Adventure Scooter.
Dengan harga asas RM28,800, model ini boleh didapati di pengedar sah seluruh Malaysia. Skuter ini direka khas untuk memenuhi keperluan perjalanan harian di bandar dan pengembaraan ringan di luar jalan raya.
Untuk penampilan yang bergaya, ZONTES 368G hadir dengan tiga pilihan warna menarik: Iron Grey dengan Blue, White dengan Gold, dan Golden Stone Green. Tangki minyak berkapasiti 17.5 liter mampu membawa anda sejauh 500 km dengan hanya satu isian penuh – menggunakan hanya 3.5 liter untuk setiap 100 km.
Dikuasakan oleh enjin 368 cc silinder tunggal, ia menghasilkan tenaga maksimum 38.2 HP dan tork 40 Nm. Sama ada anda ingin memecut laju di jalan raya atau menjimatkan tenaga, mod tunggangan Sport dan Eco boleh ditukar dengan mudah.
Ciri Moden dan Praktikal
ZONTES 368G dilengkapi dengan paparan skrin TFT LCD 8 inci yang memberikan maklumat perjalanan secara langsung dengan paparan yang mesra pengguna. Nilai estetik lain termasuklah pilihan tema paparan mengikut citarasa pengguna. Skrin ini juga boleh disambungkan ke peranti pintar dan sistem interkom topi keledar.
Ads
Untuk keselesaan tambahan, skuter ini menyediakan tempat duduk yang lebar dengan kusyen empuk seperti sofa serta ruang storan besar 52 liter yang boleh memuatkan dua helmet.
Tambahan pula, grip pemanas pada handlebar memberikan keselesaan pada hari-hari sejuk dan hujan. Terdapat tiga port pengecasan Type-C kalis air untuk mengecas peranti semasa perjalanan.
Tayar pelbagai guna pada ZONTES 368G direka untuk menakluk jalan bandar mahupun laluan tidak berturap. Aplikasi ZONTES Intelligent App turut membolehkan pemilik mengawal motosikal, menyemak maklumat kenderaan, dan mengakses sejarah perjalanan dengan mudah.
Ads
Keselamatan di Jalan Raya
ZONTES tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Skuter ini dilengkapi sistem brek kaliper radial empat piston jenama J.Juan dari Sepanyol yang memberikan kawalan brek yang mantap. Penyerap hentakan boleh laras jenis terbalik membantu menstabilkan perjalanan di permukaan yang kasar.
Selain itu, terdapat ciri rakaman video hadapan dan belakang berdefinisi tinggi untuk mendokumentasikan perjalanan anda serta ciri keselamatan seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), dan sistem ABS dwi-saluran boleh tukar.
Komitmen ZONTES kepada Pelanggan
ZONTES sentiasa komited terhadap kepuasan pelanggan. Sebagai tindak balas kepada isu kekurangan alat ganti yang dibangkitkan sebelum ini, langkah-langkah telah diambil untuk meningkatkan stok alat ganti dan memperkukuh kerjasama dengan ibu pejabat ZONTES.
Ads
Untuk maklumat lanjut mengenai ZONTES 368G, layari laman rasmi ZONTES Malaysia di https://zontesmalaysia.com.
Kenderaan rosak ketika sedang melakukan pemanduan atau dalam perjalanan boleh menjadi sesuatu perkara yang cukup meremehkan dan mencabar. Mahu atau tidak kita terpaksa menggunakan khidmat towing jika kereta tidak dapat berfungsi atau bergerak.
Tetapi mengetahui cara mendapatkan perkhidmatan towing secara percuma boleh membantu meringankan kesulitan anda.
Untuk pengguna kereta yang ingin tahu bagaimana mendapatkan towing percuma, berikut adalah panduan yang berguna.
Semak Polisi Insurans Anda
Periksa polisi insurans kenderaan anda. Beberapa syarikat insurans menyediakan perkhidmatan bantuan jalan raya percuma sebagai sebahagian daripada polisi mereka.
Cari maklumat ini dalam buku polisi atau akaun insurans online anda.
Hubungi Syarikat Towing Tempatan
Hubungi beberapa syarikat towing tempatan atau bengkel. Adakalanya mungkin mereka menawarkan perkhidmatan towing percuma sebagai sebahagian daripada promosi atau pakej penyelenggaraan.
Jangan ragu untuk bertanya dan mencari syarat-syarat yang berkaitan.
Ahli Kelab Automotif
Ahli kelab automotif atau persatuan automobil mungkin menikmati kelebihan berupa perkhidmatan bantuan jalan raya yang termasuk towing percuma.
Periksa keahlian anda dan manfaatkan perkhidmatan ini apabila diperlukan. Ini Cuma cadangan daripada penulis tetapi tidak salah jika kita bertanya kerana ada kelab-kelab kereta yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli berdaftar.
Insurans Penyelenggaraan atau Jaminan Kenderaan
Jika kereta masih di bawah jaminan atau program penyelenggaraan, perkhidmatan towing mungkin termasuk di dalam jaminan tersebut.
Berhubung dengan pengeluar kenderaan atau pengedar kereta tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Hubungi Pusat Panggilan Bantuan Jalan Raya
Pusat panggilan bantuan jalan raya adalah sumber potensi untuk perkhidmatan towing percuma. Pastikan untuk menyediakan butiran lokasi yang tepat dan menjelaskan situasi anda.
Mengenali cara mendapatkan towing percuma bukan sahaja membantu anda menjimatkan kos, tetapi juga memberikan ketenangan fikiran ketika berhadapan dengan masalah kenderaan.
Sediakan nombor telefon dan butiran yang diperlukan dengan baik untuk memastikan proses perkhidmatan berjalan dengan lancar.
Ingat, syarat dan terma mungkin berbeza bergantung kepada tempat tinggal anda, jadi pastikan untuk memeriksa dengan teliti. Dengan pengetahuan ini, anda dapat bersedia untuk menangani sebarang kecemasan kenderaan dengan lebih yakin.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dalam dunia automotif di Malaysia, dua jenis minyak petrol yang sering menjadi pilihan pemandu adalah RON 95 dan RON 97. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, tetapi apa sebenarnya perbezaan antara keduanya, dan minyak mana yang lebih sesuai untuk kereta anda?
Apa Itu RON?
RON bermaksud “Research Octane Number,” iaitu satu ukuran ketahanan minyak petrol terhadap ketukan (knocking) dalam enjin. Secara mudahnya, lebih tinggi nombor RON, lebih tahan minyak petrol tersebut terhadap ketukan. Ketukan berlaku apabila campuran udara dan petrol dalam enjin terbakar secara pramatang, yang boleh merosakkan enjin dalam jangka masa panjang.
Kandungan dan Prestasi
Minyak RON 95 mempunyai RON yang lebih rendah berbanding RON 97, yang bermaksud ia kurang tahan terhadap ketukan. Namun begitu, ia masih sesuai untuk kebanyakan kereta moden yang direka untuk menggunakan RON 95. Sebaliknya, RON 97 mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap ketukan, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk kereta berprestasi tinggi atau enjin yang memerlukan oktana tinggi.
Beza warna mengikut bacaan RON – PanduLajucom.my
Prestasi Enjin dan Ekonomi Minyak
Kelebihan utama minyak RON 97 adalah ia mampu memberikan prestasi enjin yang lebih baik. Ini kerana ia membenarkan enjin beroperasi pada tahap optimum dengan mengurangkan risiko ketukan. Ini penting bagi kereta berprestasi tinggi yang memerlukan kuasa tambahan dan responsif enjin yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, dari segi ekonomi minyak, RON 95 sering menjadi pilihan kerana harganya yang lebih rendah. Bagi pemandu yang menggunakan kereta untuk perjalanan harian dan tidak memerlukan prestasi enjin yang tinggi, RON 95 adalah pilihan yang lebih menjimatkan. Harganya yang lebih murah bermakna anda dapat mengurangkan kos bahan api secara keseluruhan.
RON 97, RON 95 & Diesel
Pengaruh Terhadap Enjin
Minyak RON 97, walaupun lebih mahal, boleh memberikan faedah jangka panjang kepada enjin anda. Enjin yang beroperasi dengan minyak oktana tinggi cenderung mengalami pembakaran yang lebih bersih dan efisien. Seterusnya boleh mengurangkan pengumpulan karbon dalam enjin. Ini boleh mengurangkan keperluan penyelenggaraan dan memanjangkan jangka hayat enjin.
Kesimpulan
Pemilihan antara RON 95 dan RON 97 bergantung kepada keperluan dan jenis kenderaan anda. Jika anda memandu kereta biasa yang digunakan untuk perjalanan harian dan ingin menjimatkan kos bahan api, RON 95 adalah pilihan yang tepat. Namun, jika anda mempunyai kereta berprestasi tinggi atau ingin memastikan enjin anda beroperasi pada tahap optimum, RON 97 mungkin lebih sesuai.
Secara ringkasnya, fahami keperluan enjin kereta anda dan pilihlah minyak petrol yang sesuai untuk memastikan prestasi dan ketahanan enjin yang terbaik. Dengan pengetahuan yang betul, anda dapat membuat pilihan yang bijak antara RON 95 dan RON 97.
Kia Carnival, minivan cukup sinonim dengan rakyat Malaysia sejak ia mula diperkenalkan di sini dengan nama Naza Ria pada tahun 1998. Sedar tak sedar, kita telah menyaksikan empat generasi Carnival, di mana dua di antaranya diimport untuk pasaran tempatan. Generasi keempat, yang pertama kali diperkenalkan pada Disember 2021, kini dihasilkan di Kulim, Kedah, sebagai unit import (CBU).
Generasi keempat Carnival mula dihasilkan pada tahun 2020 dan baru-baru ini, Kia mengumumkan model facelift Carnival 2024 pada 27 Oktober lalu di Korea. Mereka menyebutnya “더 뉴 카니발” yang diterjemahkan sebagai The New Carnival.
Kia telah meningkatkan daya saing Carnival ini, terutama dari segi rekaan yang pasti akan memikat hati pembeli dengan membawa perincian Cadillac, dan dalam dunia automotif, persamaan seperti ini adalah perkara biasa.
Kredit Foto: Careta.my
Carnival 2024 berteraskan konsep Modern Boldness yang didasarkan pada falsafah rekaan Kia yang dikenali sebagai Opposites United. Rekaan depannya pertama kali diterapkan pada Picanto 2023, diikuti oleh Sorento 2023 dan kedua-duanya diperkenalkan pada bulan Julai lalu.
Pada bahagian depan model ini memiliki penampilan futuristik dengan lampu utama vertikal dan lampu nyalaan siang (DRL) yang membentuk pola bintang. Jeriji radiator juga direka dengan ketelitian yang memberikan penampilan yang mewah. Secara keseluruhannya, rekaan hadapan Carnival 2023 benar-benar berbeza dari sebelumnya.
Bahagian belakang Carnival memiliki kemasan yang lebih bersih dan sederhana, tanpa garis atau permukaan yang terlalu menonjol. Plat pendaftaran dipindahkan ke bawah untuk memberi ruang pintu kargo yang lebih lebar. Lampu belakang yang digelar sebagai star map rear combination lamp, memiliki rekaan sama seperti hadapan.
Kredit Foto: Careta.my
Kia berhasrat untuk menawarkan tiga pilihan varian iaitu petrol, diesel dan varian 1.6 liter turbo hibrid. Carnival juga akan ditawarkan dalam enam pilihan warna yang merangkumi Ivory Silver, Snow White Pearl, Astra Blue, Aurora Black Pearl, Pantera Metal, dan Ceramic Silver.
Di pasaran tempatan, Carnival dengan varian 2.2 liter turbo diesel akan tersedia dalam beberapa varian dengan harga bermula dari RM199,840.80 hingga RM261,228.80.
1 of 4
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Selepas membuat kemunculan sulung di cawangan George Town, Pulau Pinang, jenama kenderaan dari China yang sedang meningkat naik, Leapmotor, kini dibawa lebih dekat kepada...