Malaysia Autoshow tahun ini menyaksikan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tampil dengan penuh bergaya apabila melancarkan dua skuter premium terbaharu mereka. Yamaha XMAX 2025 dan TMAX Tech Max 2025.
Bertempat di lot yang memukau dengan elemen futuristik serta pencahayaan LED biru yang menyerlah. Pengunjung diheret ke dalam dunia “Blu Multiverse” – satu pengalaman interaktif lengkap dengan pameran motosikal rare, permainan digital, barangan eksklusif dan cabutan bertuah!
Kalau anda peminat skuter berprestasi tinggi dengan gaya hidup urban. Model terbaharu Yamaha ini memang tepat untuk anda. XMAX 2025 tampil lebih bergaya dan praktikal. Manakala TMAX Tech Max 2025 pula mengangkat tahap keselesaan dan teknologi ke satu dimensi baharu.
Yamaha XMAX dalam Kelabu
Yamaha XMAX 2025 – Gaya Urban, Teknologi Terkini
XMAX 2025 mengekalkan DNA sporty dan selesa tetapi dengan beberapa penaiktarafan menarik:
Windscreen boleh laras secara elektronik, membolehkan penunggang ubah ketinggian skrin ikut cuaca dan gaya tunggangan hanya melalui suis.
Rekaan depan lebih ringkas dan aerodinamik. Bahagian bawah skrin direka berbentuk baji untuk membantu pengaliran angin lebih baik.
Paparan instrumen TFT & LCD kini digabungkan dalam satu panel berasap untuk penampilan yang lebih moden dan mudah dibaca.
Emergency Stop Signal (ESS) aktif bila berlaku brek mengejut – memberi amaran kepada kenderaan di belakang.
USB Type-C untuk pengecasan pantas – telefon anda takkan mati di tengah jalan!
Warna pilihan: Icon Red & Ceramic Grey
Harga cadangan: RM24,888 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans)
Yamaha TMAX
TMAX Tech Max 2025 – Raja Skuter Berprestasi Tinggi
Sebagai model flagship Yamaha, TMAX Tech Max 2025 adalah gabungan kuasa, kemewahan dan teknologi canggih:
Rekaan depan diberi nafas baru – lampu jawline lebih halus, dan lampu posisi kini berupa jalur LED solid.
Bunyi intake lebih halus dan sedap didengar, terutama bila memecut di jalan berselekoh.
Sistem Brek Yamaha Brake Control (BC) – atau Cornering ABS – bantu kawal brek lebih selamat sewaktu tunggangan agresif atau atas permukaan licin.
Cruise Control baharu lebih intuitif – boleh laras dalam 1 km/j atau 10 km/j hanya dengan satu butang.
TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) beri amaran tekanan tayar secara langsung di skrin.
Y-Connect + Garmin Motorize – sambungan pintar untuk maklumat trafik, cuaca, navigasi dan banyak lagi terus di paparan TFT.
Warna pilihan: Magma Black & Ceramic Grey
Harga cadangan: RM75,888 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans)
Yamaha TMAX
Ketersediaan & Info Tambahan
Kedua-dua model ini akan mula berada di semua wakil pengedar sah Yamaha pada hujung Mei 2025. Apa yang HLYM tampilkan bukan sekadar motosikal, tapi sebuah evolusi gaya hidup atas dua roda – penuh gaya, selesa dan canggih. Nak tahu lebih lanjut? Layari www.yamaha-motor.com.my dan bersedia untuk alami pengalaman MAX sebenar!
MAX Series 2025 – bukan sekadar skuter, ini seni bergerak.