Triumph Malaysia, di bawah Didi Group, sekali lagi menggegarkan dunia motosikal dengan pelancaran model terbaharu mereka – Tiger Sport 800. Jentera sport-touring ini hadir dengan kombinasi kuasa, teknologi, dan reka bentuk yang bakal mengujakan peminat motosikal di Malaysia.
Enjin 800cc yang Berkuasa dan Responsif
Dikuasakan oleh enjin tiga silinder 798cc, Tiger Sport 800 menjanjikan prestasi luar biasa dengan 115PS kuasa maksimum dan tork 84Nm. Ini bermakna anda bakal menikmati pecutan pantas dan kawalan yang lebih lancar dalam apa jua keadaan tunggangan. Tidak kira sama ada menunggang di jalan bandar yang sibuk atau meredah lebuh raya.
Rekaan Mantap untuk Pengembaraan Jauh
Dibina dengan casis ringan yang memberikan kawalan lebih stabil. Tiger Sport 800 juga menampilkan suspensi boleh laras penuh dari Showa untuk pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan mantap. Ditambah dengan tangki bahan api 18.6 liter, motosikal ini direka untuk perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak.
Teknologi Terkini untuk Pengalaman Lebih Selesa
Sebagai motosikal moden, Tiger Sport 800 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih seperti:
- Optimised Cornering ABS – kawalan brek lebih selamat ketika mengambil selekoh.
- Traction Control – mengelakkan roda belakang daripada tergelincir.
- Triumph Shift Assist – menukar gear dengan lebih lancar tanpa perlu menarik klac.
- Sambungan Bluetooth – kekal berhubung dengan telefon pintar anda.
- Cruise Control – pemanduan lebih relaks ketika perjalanan jauh.
- Tiga Mod Penunggang (Rain, Road, Sport) – menyesuaikan kuasa motosikal dengan keadaan jalan raya.
Reka Bentuk Aerodinamik & Warna Menarik
Tiger Sport 800 direka dengan bentuk aerodinamik yang memberikan kestabilan maksimum. Ergonomiknya juga memastikan keselesaan terbaik untuk penunggang dan pembonceng. Menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang gemar touring. Bagi yang mementingkan gaya, motosikal ini hadir dalam empat warna menarik:
- Cosmic Yellow
- Caspian Blue / Phantom Black
- Graphite / Sapphire Black
- Sapphire Black
Harga dan Tawaran Menarik!
Tiger Sport 800 dijual pada harga RM63,900 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Lebih menarik, 30 pelanggan pertama yang menempah motosikal ini akan menerima pek touring Triumph bernilai RM11,000. Termasuk pannier, top box untuk dua helmet, rak bagasi, pad sandaran, dan kit stand tengah.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki jentera yang menggabungkan kuasa, keselesaan, dan teknologi terkini ini. Kunjungi pengedar rasmi Triumph hari ini atau layari www.triumph-motorcycles.my untuk maklumat lanjut!
Spesifikasi Utama Tiger Sport 800
Enjin & Transmisi:
- 798cc, 3-silinder, DOHC
- 115 PS @ 10,750 rpm
- 84 Nm @ 8,500 rpm
- Gearbox 6-kelajuan dengan Triumph Shift Assist
- Sistem suntikan bahan api Bosch Multipoint
Casis & Suspensi:
- Rangka keluli tubular
- Suspensi depan: Showa 41mm USD (boleh laras)
- Suspensi belakang: Showa monoshock RSU (boleh laras)
Brek & Roda:
- Brek depan: 2 cakera 310mm dengan kaliper 4-piston
- Brek belakang: 1 cakera 255mm dengan kaliper 1-piston
- Rim aloi 5-spoke (17 inci)
Sistem Elektronik:
- Skrin TFT berwarna dengan paparan LCD
- Mod tunggangan Rain, Road & Sport
- ABS dan Traction Control canggih
Dari Triumph Malaysia
Baca Juga Triumph Tiger Sport 660 – Lebih Canggih dengan Peningkatan Teknologi
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.