Perjalanan Baharu Bermula Untuk Jenama Motosikal Pertama Amerika di Malaysia
Indian Motorcycle, jenama motosikal pertama dari Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1901.
Kini secara rasminya telah menjejakkan kaki ke pasaran Malaysia di bawah pengurusan Spirit Lake Motor Sdn. Bhd., anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI).
Majlis pelancaran rasmi berlangsung dalam suasana penuh bergaya di Shizuku Coffee, B.Land, Petaling Jaya. Sekaligus menandakan satu era baharu bagi penggemar motosikal berkuasa tinggi di negara ini.
Nama “Spirit Lake Motor” dipilih bersempena kilang pembuatan Indian Motorcycle yang terletak di Spirit Lake, Iowa – simbol kepada ketelitian mutu kerja dan keunggulan seni bina jentera ikonik ini.
Kini sebagai pengedar tunggal dan eksklusif Indian Motorcycle di Malaysia, Spirit Lake Motor bukan sahaja membawa masuk rangkaian motosikal premium.
Malah turut menawarkan pengalaman pemilikan menyeluruh termasuk khidmat selepas jualan, alat ganti tulen, jaminan, aksesori rasmi serta sokongan teknikal yang komprehensif.
Ads
Barisan Model Ikonik
Majlis pelancaran turut mempamerkan model-model ikonik seperti:
Chieftain Dark Horse
Springfield Dark Horse
Scout
Scout Bobber Twenty
Scout Rogue
Scout Bobber
Setiap satu membawa identiti tersendiri dan mencerminkan evolusi jenama ini yang berpaksikan gaya, kuasa dan warisan Amerika.
Pengurusan Berpengalaman & Komitmen Teguh
Kemasukan Indian Motorcycle ke pasaran Malaysia disokong oleh struktur pengurusan berpengalaman di bawah AMI. Dengan puluhan tahun terlibat dalam industri dua roda, Spirit Lake Motor memberi jaminan terhadap produk berkualiti dan servis bertaraf antarabangsa yang akan memperkasakan pengalaman pemilikan para penunggang di Malaysia.
Rancangan Masa Depan: Hab Gaya Hidup Penunggang
Buat masa ini, Indian Motorcycle Malaysia beroperasi di AMI Showroom, PJ222, Petaling Jaya. Namun, satu pusat pameran utama lengkap dengan fasiliti 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) sedang dirancang dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Pusat ini bakal menjadi hab gaya hidup dan komuniti untuk para pemilik Indian Motorcycle – satu destinasi yang memupuk semangat kebersamaan dan aktiviti komuniti.
Ads
Warisan Ikonik & Inovasi Moden
Diasaskan di Springfield, Massachusetts, Indian Motorcycle bermula dengan penciptaan basikal berkuasa motor dan menjadi pelopor kepada penggunaan enjin V-twin sejak awal 1900-an.
Semasa Perang Dunia Pertama, jenama ini turut menyumbang sebanyak 50,000 unit motosikal kepada Tentera Amerika, sekaligus meletakkan Indian sebagai simbol kejuruteraan dan semangat Amerika.
Komitmen Terhadap Komuniti ‘Cruiser’ Malaysia
Spirit Lake Motor bertekad untuk membina komuniti penunggang Indian Motorcycle di Malaysia yang aktif dan berpengaruh. Menerusi pelbagai inisiatif dan acara akan datang, pemilik Indian akan dapat merasai sendiri semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kepada warisan jenama ini.
Menurut Lai Wai Keat, Pengurus Jenama Indian Motorcycle Malaysia:
Ads
“Kami percaya pada legasi Indian Motorcycle serta kesepaduan semangat komuniti penunggang motosikal ini di Malaysia. Ini merupakan satu perjalanan penuh kami dalam mengadaptasi sebuah warisan, keberanian dan semangat cruiser – Indian Motorcycle. Kami mengalu-alukan semua untuk merasai sendiri karya legenda Amerika ini.”
Unik dan luar biasa, Sebuah bas yang dimiliki oleh syarikat pengakutan Al Munir Super International Limousine Plus, di mana sebuah kenderaan yang menggabungkan bas, limousin, dan hotel mewah menjadi struktur bas tiga tingkat yang bergerak.
Bas ini bergerak antara ibu kota di Pakistan, menyediakan pengalaman perjalanan yang unik dan luar biasa.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Ruang bagasi di tingkat bawah bas Al Munir telah diubahsuai menjadi sebuah ruang tempat duduk yang mewah. Bas ini juga memiliki beberapa pintu kereta yang berfungsi sepenuhnya dan setiap satu membawa ke ruangan peribadi yang sama seperti sebuah limousin.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Bilik-bilik ini dilengkapi dengan katil, televisyen, peti sejuk, dan ciri-ciri keselesaan yang lain dan menawarkan penumpang ruang peribadi yang selesa untuk perjalanan mereka.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Bas ini juga mempunyai dua tingkat tambahan di bahagian atas yang disertakan dengan tempat tidur tetapi lebih terbuka berbanding ruangan di bahagian bawah bas.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Menariknya, bas ini dihiasi dengan penjenamaan Ferrari, yang menimbulkan pertanyaan tentang sama ada ianya kerjasama rasmi atau jika ia hanya pilihan estetika oleh pengendali bas.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Al Munir Super International Limousine Plus menonjol sebagai bukti kreativiti manusia dan usaha mencari kemewahan dalam perjalanan. Mungkin di negara kita ubahsuai seperti ini mungkin mengambil kira pelbagai faktor keselamatan penumpang namun tidak mustahil ianya bakal menarik perhatian pengguna bas jika ingin pulang ke kampung terutamnya perjalanan pulang behari raya yang mengambil masa berbelas jam.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
myTukar mengumumkan penjenamaan semula acara tahunan mereka daripada AutoFair ke Tukar-Je CARnival.
Acara yang bakal dijadualkan berlangsung daripada 12 hingga 14 Januari di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South. Pengunjung akan dihidangkan dengan pelbagai tawaran dan diskaun yang menarik, termasuk diskaun hingga RM8,888 pada kenderaan myTukar Certified terpilih, serta peluang memenangi hadiah yang menarik seperti Sony PlayStation 5, Nintendo Switch, dan Apple Watch.
Tukar-Je CARnival juga menyediakan hiburan tanpa henti dengan konsert daripada beberapa nama besar dalam industri muzik seperti Priscilla Abby dan SonaOne. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan, termasuk food truck dan pelbagai bentuk permainan. Ini menunjukkan komitmen myTukar dalam menyediakan pengalaman yang menyeluruh bukan hanya dalam aspek jual beli, tetapi juga dalam memberikan nilai hiburan dan kekeluargaan.
Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng, menyatakan kegembiraannya dalam penganjuran acara ini dan menekankan bahawa Tukar-Je CARnival lebih daripada sekadar acara automotif. Ia merupakan platform yang menyatukan peminat-peminat automotif untuk berkongsi keseronokan mereka, sambil menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan, perkhidmatan selepas jualan dan insurans. Ini menjadikan Tukar-Je CARnival sebagai destinasi holistik untuk semua keperluan automotif.
Selain itu, setiap kenderaan myTukar Certified telah menjalani pemeriksaan 160 poin yang ketat, memastikan kualiti kenderaan tersebut. Pelanggan juga diberikan jaminan dengan waranti 12 bulan untuk enjin dan kotak gear, serta jaminan pulangan wang dalam tempoh lima hari. Acara ini tidak hanya mengenai transaksi jual beli, tetapi juga tentang membangun kepercayaan dan kepuasan pelanggan.
Dengan pelbagai tawaran, aktiviti keluarga, dan hiburan, Tukar-Je CARnival diharapkan akan menarik ribuan pengunjung, menjadikannya acara wajib hadir bagi komuniti automotif di Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh mengunjungi laman web myTukar.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mencatatkan pencapaian luar biasa pada 2024 dengan peningkatan jualan tahunan sebanyak 331%. Rekod ini mencerminkan keyakinan pengguna terhadap kenderaan GWM yang inovatif dan berkualiti tinggi. Sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama utama dalam industri automotif negara.
Pasaran Malaysia Semakin Berkembang
Lonjakan jualan GWM Malaysia didorong oleh permintaan tinggi terhadap model baharu seperti kenderaan elektrik coupe GWM ORA 07. SUV ‘off-road’ GWM TANK 300. SUV hibrid bersaiz sederhana GWM HAVAL H6 HEV. Model HAVAL H6 HEV, misalnya, telah mencapai 1,500 tempahan dalam masa sebulan selepas pelancaran.
SUV ini menawarkan gabungan kecekapan dan keselesaan yang sesuai untuk pemanduan jarak jauh, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga. “Pengguna di Malaysia menghargai inovasi dan kualiti. Kami bertekad untuk terus menawarkan produk yang memenuhi jangkaan mereka,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.
Selain itu, GWM Malaysia juga menonjol dalam memberikan perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh serta jaminan produk yang tiada tandingan. Pendekatan ini telah mengukuhkan kepercayaan pengguna dan membawa GWM ke tahap yang lebih tinggi dalam pasaran tempatan.
Kejayaan di Peringkat Global
Di peringkat antarabangsa, GWM juga mencatatkan prestasi cemerlang pada 2024 dengan jualan sebanyak 1.23 juta unit. Menyumbang kepada rekod keseluruhan 14.9 juta unit. Penguasaan syarikat dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) semakin jelas dengan penghantaran lebih 321,795 unit. Peningkatan 22.82% berbanding tahun sebelumnya.
Jualan luar negara turut meningkat 43.39%, mencerminkan kejayaan jenama ini dalam memperluaskan pengaruhnya di peringkat global. Statistik ini menjadi bukti kukuh bahawa GWM kekal sebagai pemain utama dalam industri automotif dunia.
Fokus GWM pada 2025: Inovasi dan Hubungan Pelanggan
Menjelang 2025, GWM Malaysia merancang untuk memperkenalkan model-model baharu yang menggabungkan reka bentuk moden dan teknologi canggih. Sejajar dengan keperluan pengguna.
Syarikat ini juga berhasrat untuk meningkatkan penglibatan dengan pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan yang lebih mantap.
Promosi Eksklusif Sempena Tahun Baharu
Memulakan tahun 2025, GWM Malaysia melancarkan kempen promosi khas “Drive Into Prosperity” bersempena Tahun Baharu Cina. Pelanggan berpeluang menikmati manfaat istimewa, termasuk ganjaran perjalanan percuma sejauh 10,000 km untuk pembelian model HAVAL H6 HEV*. Promosi ini mencerminkan komitmen GWM untuk memberikan nilai tambah dan membina hubungan bermakna dengan komuniti tempatan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki kenderaan GWM. Layari laman web rasmi atau kunjungi pengedar sah GWM untuk maklumat lanjut.
CFMOTO 675NK: Naked Bike Terkini yang Serba Moden, Lincah dan Berteknologi Tinggi
Selepas kejayaan pelancaran model kembara 800MT-X di pembukaan rasmi CFMOTO Flagship Store oleh...