Peminat anime dan penunggang motosikal kini boleh menikmati gabungan gaya dan perlindungan dengan koleksi helmet edisi terhad Gracshaw x Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba!
Gracshaw, jenama helmet tempatan yang terkenal, telah berkolaborasi dengan siri anime popular ini untuk menghasilkan empat rekaan eksklusif yang menampilkan karakter kegemaran ramai – Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, Kyojuro Rengoku, dan Tengen Uzui.
Diperkenalkan dalam rangkaian helmet Gennex, koleksi khas ini direka untuk memberikan impak fesyen yang berani kepada peminat anime yang mahukan penampilan unik ketika menunggang di jalan raya.
Koleksi ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula 25 Februari 2025 dengan harga RM490.
Ads
Rekaan Ikonik dengan Sentuhan Karakter Asal
Setiap helmet dalam koleksi ini direka dengan teliti untuk menyerlahkan ciri khas setiap watak Demon Slayer. Helmet Tanjiro Kamado tampil dengan motif kotak-kotak hijau dan hitam yang menyerupai haori ikoniknya, melambangkan keberanian dan ketabahannya dalam menghadapi cabaran.
Bagi peminat Nezuko Kamado, helmet berwarna merah jambu cerah ini mencerminkan keperibadiannya yang ceria dan penyayang, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang sukakan sentuhan feminin tetapi tetap berani.
Bagi yang mengagumi Kyojuro Rengoku, helmet dengan corak api menyala melambangkan semangat juang dan keberaniannya sebagai Flame Hashira. Sementara itu, helmet Tengen Uzui hadir dengan rekaan berani dan penuh gaya. Sepadan dengan personaliti flamboyan dan eksentrik Hashira Bunyi ini.
Kualiti Premium dengan Ciri Keselamatan Terbaik
Bukan sekadar rekaan menarik, helmet ini juga menawarkan perlindungan maksimum kepada penunggang motosikal. Dihasilkan mengikut standard tinggi Gennex, ia dilengkapi dengan: Sistem pengudaraan berganda untuk keselesaan sepanjang perjalanan. Sistem penguncian Double D-Ring yang memastikan ketat dan selamat dipakai. Lapisan dalaman yang empuk dan boleh ditanggalkan untuk keselesaan dan kemudahan mencuci. Rekaan aerodinamik yang memberikan rupa moden dan meningkatkan kestabilan ketika menunggang. Pensijilan SIRIM, menjadikannya helmet yang memenuhi piawaian keselamatan tinggi di Malaysia.
Ads
Edisi Terhad – Jangan Lepaskan Peluang!
Koleksi helmet Demon Slayer ini tersedia dalam pelbagai saiz dari M hingga XXXL, sesuai untuk pelbagai jenis penunggang. Setiap helmet akan didatangkan dalam pakej eksklusif, termasuk beg khas helmet, pelekat Demon Slayer, serta manual pengguna bertema Demon Slayer.
Namun, stok adalah terhad dan hanya boleh didapati di pengedar terpilih di seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki helmet eksklusif ini dan tampil bergaya sambil menikmati keselamatan terbaik di jalan raya!
Untuk maklumat lanjut, hubungi Gracshaw di +604 916 3876.
Jenama supercar ikonik dari Itali, Automobili Lamborghini, telah berkolaborasi dengan jenama nurseri terkenal dari Britain, Silver Cross. Terkenal sebagai pencipta kereta sorong bayi pertama sejak tahun 1877.
Hasilnya? Sebuah stroller edisi terhad yang diberi nama Reef AL Arancio. Hanya 500 unit dikeluarkan di seluruh dunia, dengan harga sekitar RM24,600 setiap satu! Mungkin ini cara paling mewah untuk memulakan kehidupan si kecil anda, dan dalam masa yang sama, cara paling ‘murah’ untuk anda bergelar pemilik Lamborghini.
Reka Bentuk Berinspirasikan Supercar
Reef AL Arancio bukan sekadar stroller biasa. Ia direka sebagai kereta kebal semua medan untuk memastikan keselesaan bayi dalam apa jua situasi. Dengan sistem suspensi penuh, stroller ini menawarkan perjalanan yang lancar walaupun di atas permukaan yang mencabar.
Pedal brek yang kelihatan seperti diambil terus daripada supercar. Pemegang berinspirasikan stereng Lamborghini, akan membuatkan anda berasa seperti memandu Aventador walaupun hanya menolak stroller bayi.
Kemewahan stroller ini juga terserlah melalui penggunaan suede berprestasi tinggi dan aksen kulit Itali berkualiti premium. Warna oren khas Automobili Lamborghini menyerlah di atas fabrik hitam yang elegan, memberi aura sporty dan eksklusif.
Aksesori Lengkap Untuk Bayi & Ibu Bapa
Lamborghini tidak main-main dengan stroller ini. Setiap pembelian Reef AL Arancio dilengkapi dengan pelbagai aksesori untuk keselesaan bayi, termasuk: – Carrycot (katil bayi mudah alih) – Tempat duduk pushchair – Footmuff (sarung kaki bayi) – Adaptor kerusi kereta universal – Sail matahari – Jaring nyamuk – Dua penutup hujan
Dengan semua kelengkapan ini, stroller ini bukan sahaja bergaya tetapi juga praktikal.
Di Mana Nak Beli?
Kalau anda betul-betul mahukan stroller Lamborghini ini, anda boleh mendapatkannya secara eksklusif di Harrods, UK, atau melalui pembelian dalam talian.
Volvo Padel Open, kejohanan padel pertama dan terbesar di Malaysia, berakhir pada Sabtu lalu selepas tiga hujung minggu berturut-turut. Seramai 324 pemain padel bersaing untuk meraih gelaran pasukan padel terbaik di Malaysia.
Dengan matlamat untuk memperkenalkan padel kepada pemain baharu serta meningkatkan dan memperluaskan komuniti padel, Volvo Padel Open menerima pendaftaran untuk tiga kategori.
Kategori tersebut adalah Open, Intermediate, dan Wanita. Dengan menawarkan hadiah berjumlah RM100,000 dalam bentuk wang tunai, barangan aksesori rasmi Volvo, dan peluang untuk memandu kenderaan Volvo elektrik sepenuhnya selama dua minggu.
Volvo Padel Open bermula pada hujung minggu pertama bulan Jun dengan klinik latihan percuma untuk peserta kategori Open. Lebih daripada 200 pemain baharu mempelajari asas sukan ini.
Kelas asas tersebut diadakan di ketiga-tiga kelab padel Lembah Klang – ASCARO Padel & Social Club, Padelground, dan PadelKu.
Dengan kemahiran baru, 113 pasukan dalam kategori Open menguji kebolehan mereka dalam perlawanan kumpulan semasa kelayakan pada 8 dan 9 Jun.
32 pasukan terbaik dari ketiga-tiga kelab padel dipilih untuk bersaing dalam peringkat akhir. Serentak dengan 48 pasukan dalam kategori Intermediate dan Wanita.
Pada Sabtu, 15 Jun, ASCARO Padel & Social Club telah berubah menjadi medan perlawanan akhir antara 80 pasukan finalis dari semua kategori. Dengan lebih daripada 350 peserta dan tetamu menyaksikan perlawanan eliminasi yang sengit.
Volvo Car Malaysia merupakan antara yang terawal untuk melibatkan diri dalam sukan padel. Seperti yang dibuktikan dengan acara sukan pertama mereka, Koppla, yang diadakan tahun lalu di ASCARO Padel & Social Club.
Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo Padel Open, layari [www.volvocars.com/my](http://www.volvocars.com/my) atau ikuti Volvo Car Malaysia di [Facebook](http://bit.ly/VolvoMY-FB) dan [Instagram](http://bit.ly/VolvoMY-IG).
Dunia topi keledar motosikal modular telah menyaksikan evolusi signifikan dengan pengenalan Shoei Neotec 3. Dihasilkan oleh pengeluar terkenal dari Tokyo, fungsi topi keledar ini bukan sahaja dipertingkatkan tetapi direvolusikan daripada model Neotec 2. Direka untuk memenuhi standard ECE 22.06 yang ketat, Neotec 3 memastikan standard topi keledar flip-up di pasaran akan terus menajdi pilihan pengguna.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Salah satu ciri menonjol Neotec 3 adalah keselesaan yang tiada tandingan. Shoei telah memilih tiga kain berbeza untuk bahagian dalam, setiap satu memberikan rasa lembut dan mewah. Topi keledar ini tidak hanya terletak kepala pemandu tetapi ia mengikut bentuknya.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Visor Neotec 3 layak mendapat pujian khas kerana ia mengekalkan dimensi model sebelumnya tetapi memperkenalkan mekanisme penguncian dan tab angkat bagi memastikan kejelasan penglihatan sekaligus menjamin keselamatan.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Ciri lain yang ada pada topi keledar ini adalah insert Pinlock Evo, tujuan komponen ini adalah untuk memastikan visor tidak berkabus atau berwap. Selain itu, sistem ventilasi topi keledar ini sangat canggih dengan pelbagai port pengudaraan bagi memastikan kepala kekal sejuk, walaupun pada hari yang paling panas.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Pengurangan bunyi adalah satu lagi ciri menarik pada Neotec 3. Sama ada memandu di jalan raya sekitar bandar atau memecut di lebuh raya, topi keledar ini memastikan bunyi yang senyap hasil daripada reka bentuknya dan cheek pillow yang baharu. Keselesaan topi keledar ini ditingkatkan dengan sistem interkom SENA SRL-3 yang membolehkan komunikasi yang jelas semasa tunggangan.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Dari segi estetika, Neotec 3 adalah sebuah inovasi yang menarik dan reka bentuknya yang licin dan moden membuatkan seseorang mungkin tidak akan mengenalinya sebagai topi keledar modular.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Walaupun harganya agak premium, tetapi ciri-ciri dan keselesaan yang ditawarkan menjadikannya pelaburan yang berbaloi untuk penunggang motosikal. Shoei Neotec 3 adalah testimoni kepada komitmen mereka terhadap kualiti dan kepuasan penunggang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Lebih Dari Sekadar “Copycat”
Dalam dunia automotif, khususnya motosikal, kita sering melihat model buatan China yang meniru reka bentuk jenama terkenal.
Namun, QJMotor SRK921 “Super9” bukan...