Bodykit Golden Age BMW C 400 X Cecah Harga RM 58,000
Jun 20, 2024
Share
Pernah atau tidak anda melihat motosikal skuter ini di laman sosial atau majalah-majalah permotoran? Penulis harini ingin berkongsi sebuah model skuter daripada pengeluar BMW yang telah diubahsuai menjadi sebuah imej yang baru dan lebih menarik ianya mirip sebuah motosikal klasik pada era 30-an.
Sebuah Kedai kustom di Miami, Nmoto, telah mengubah suai skuter BMW C 400 X moden menjadi sebuah karya retro yang menakjubkan dan diilhamkan daripada motosikal kustom tahun 1936 oleh O. Ray Courtney.
Inspirasi Daripada Motosikal Kustom O. Ray Courtney
Body Kit Golden Age bukan sekadar ubahsuai luaran ia adalah transformasi menyeluruh yang memberi imej baru untuk kepada motosikal klasik.
Kit ini merangkumi sembilan keping fairing carbon fibre, subframe hadapan dan belakang powder-coated, kit penempatan semula ekzos, gril kidney, side moldings, gril belakang bawah, lampu depan dan perumahannya, lampu isyarat dengan perumahannya, lencana baru, dan sepasang cermin (walaupun lokasi tepatnya masih menjadi misteri). Senarai komponen yang lengkap ini memastikan BMW C 400 X kelihatan tidak dikenali dalam rupa barunya.
Mengekalkan Kemudahan Moden
Walaupun tampil dengan gaya retro, body kit Golden Age tidak menghapuskan terus ciri-ciri yang ada pada BMW C 400 X. Skuter ini masih mengekalkan papan pemuka berwarna penuh, lengkap dengan ciri-ciri moden seperti ABS, kawalan kestabilan, sambungan Bluetooth, penyalaan tanpa kunci, dan heated grips
.
Ruang penyimpanan bawah tempat duduk yang praktikal, yang boleh memuatkan dua topi keledar, juga tetap ada. Walau bagaimanapun, pemilik perlu menghantar tempat duduk mereka untuk disarungkan semula agar sesuai dengan imej baharu motosikal tersebut.
Anggaran Harga?
Modifikasi motosikal ini datang dengan kos yang tinggi. Jika di Malaysia Model asas BMW C 400 X dijual pada harga RM46,500 tetapi Body Kit Golden Age dianggarkan sekitar $12,490 (RM58,846) tidak termasuk kos pemasangan dan kemungkinan ada kos tambahan untuk cat kustom dan tempat duduk.
Adakah anda rasa berbaloi untuk ubah suai motosikal anda dengan kos yang melebihi daripada harga motosikal tersebut? Jika tanya pendapat penulis, ini adalah citarasa masing-masing dan tiada yang pelik kerana dunia modifikasi ini adalah mengenai duit dan minat.