Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri skuter tempatan dengan memperkenalkan dua model baharu, Nova 125 dan Nova 160.
Siri skuter Nova ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan penunggang, menawarkan gabungan gaya, prestasi dan kepraktisan dalam satu pakej yang menarik.
“Di Aveta, kami komited dalam menghasilkan motosikal berkualiti tinggi yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia tanpa mengorbankan aspek prestasi,”
“Nova 125 dan Nova 160 adalah bukti usaha kami dalam menyediakan skuter yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga dilengkapi dengan ciri-ciri premium untuk pengalaman menunggang yang lebih lancar.”
Nova 125 tampil dengan reka bentuk moden serta kapasiti tangki bahan api 6 liter, manakala Nova 160 menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 10 liter – antara yang terbesar dalam kelasnya.
Dengan kecekapan bahan api yang lebih baik dan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI). Skuter ini sesuai untuk perjalanan harian dan juga perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak.
Bagi mereka yang mencari skuter ringan dan mudah dikendalikan, Nova 125 adalah pilihan ideal. Direka khas untuk pelbagai lapisan pengguna termasuk pelajar dan penunggang wanita, ia mempunyai ketinggian tempat duduk hanya 765mm untuk memberikan keselesaan tambahan.
Tersedia dalam pilihan warna menarik seperti Peach Berry, Grey Lemon, dan Blue Lemon, Nova 125 dijual pada harga RM5,188.
Nova 160 menyasarkan penunggang profesional yang mahukan skuter dengan prestasi lebih tinggi. Dilengkapi dengan ciri premium seperti lampu LED penuh, Sistem Berhenti Idling (ISS) dan brek cakera.
Ia menawarkan pengalaman menunggang yang sporty dan praktikal. Hadir dalam warna Raven Red, Aveta Blue, dan Copper Blaze, Nova 160 boleh dimiliki dengan harga RM7,988.
Kedua-dua model Nova direka untuk memberikan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan. Dengan rangka yang ringan serta reka bentuk aerodinamik, skuter ini mudah dikendalikan walaupun dalam keadaan trafik bandar yang sesak.
Sistem brek yang responsif dan suspensi yang stabil memastikan pengalaman menunggang yang lebih selamat dan selesa.
Aveta juga memberi jaminan kepada pengguna dengan rangkaian pusat servis dan pengedar yang luas di seluruh negara. Program Aveta Care on Wheels menawarkan perkhidmatan servis dari pintu ke pintu, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik skuter Nova.
Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan. Aveta turut memberi bayangan bahawa model baharu berkapasiti lebih tinggi dalam siri Nova akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Ini membuktikan komitmen Aveta dalam membawa inovasi baharu untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin berkembang.
Dengan teknologi moden, harga berpatutan dan reka bentuk yang menarik, siri Nova dijangka mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan. Nova 125 dan Nova 160 akan mula dijual di Malaysia bermula Mac 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Aveta di www.aveta.com.my.
Dari Aveta Motor Malaysia
Baca Juga Aveta Vanguard 250 Dilancarkan Secara Rasmi – Bermula RM14,488
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok