Motosikal

Aveta Cipta Rekod Penyerahan Motosikal Terbesar di Malaysia

Share

Aveta Malaysia telah mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan acara penyerahan motosikal terbesar di Malaysia. Ia secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Acara gilang-gemilang ini dianjurkan bersama pengedar sah Aveta, CKT Motor, dan berlangsung di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sebanyak 168 unit motosikal Aveta diserahkan kepada pemilik baharu dalam majlis tersebut. Melibatkan model Vanguard 250 dan Nova 160

. Acara ini bukan sahaja menjadi tanda aras baharu buat Aveta. Malah turut membuktikan penerimaan luar biasa rakyat Malaysia terhadap produk-produk terbaharu mereka.

Sejak pelancarannya awal tahun ini, kedua-dua model tersebut telah mencatatkan lebih daripada 10,000 tempahan di seluruh negara. Menunjukkan peningkatan pengaruh dan keyakinan pengguna terhadap jenama Aveta dalam industri dua roda tempatan.

Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta: “Hari ini bukan sekadar penyerahan motosikal – ia adalah satu perayaan inovasi, komuniti dan visi Aveta untuk menetapkan penanda aras baharu dalam industri. Kami amat berbesar hati berkongsi kejayaan ini bersama para penunggang, pengedar dan rakan kongsi kami.”

Turut hadir memeriahkan acara ialah YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol, EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar Pulau Pinang.

Bersama beberapa pemimpin kerajaan dan komuniti. Kehadiran mereka mengiktiraf kepentingan pencapaian Aveta bukan sahaja kepada syarikat. Malah, kepada landskap automotif nasional.

Komitmen Aveta – Kualiti, Khidmat & Komuniti

Aveta kekal komited untuk menghasilkan motosikal yang berkualiti tinggi, berprestasi dan dipercayai. Selari dengan keperluan penunggang masa kini.

Melalui rangkaian pengedar dan pusat servis yang kian berkembang, serta inisiatif

Aveta Care on Wheels. Perkhidmatan servis dari pintu ke pintu, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan menyenangkan.

Tunggang Dengan Selamat. Tunggang Dengan Bangga. Aveta Sentiasa Bersama Anda.

Dari Aveta Malaysia

Baca Juga Kenyataan Rasmi Aveta Motor Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok

 

Published by
Shazwan