MODENAS (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd), anak syarikat kepada DRB-HICOM Berhad telah melancarkan empat model motosikal baharu di Malaysia Auto Show yang mencerminkan hala tuju masa depan jenama ini yang lebih mesra alam, lebih versatil, dan penuh gaya.
Pelancaran ini merangkumi tiga segmen utama iaitu skuter elektrik, skuter urban premium, serta motosikal sport touring berprestasi tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Roslan Roskan berkata,
“Pelancaran ini menandakan detik penting selaras dengan wawasan MODENAS untuk melangkah ke hadapan, terutamanya dalam segmen mobiliti yang lebih mesra alam. Kami berharap dengan model-model baharu yang menarik termasuk siri motosikal elektrik MEV, MODENAS dapat memenuhi keperluan semua lapisan penunggang.”
MEV-2 – Skuter Elektrik Bandar yang Bijak dan Bergaya
Model pertama dalam siri MEV ialah MEV-2, direka khusus untuk mobiliti bandar yang cekap dan lestari.
Dikuasakan oleh motor elektrik 4.0 kW (dengan kuasa puncak 5.1 kW), skuter ini mampu mencapai kelajuan maksimum 80 km/j dan menempuh jarak sejauh 107 km dengan sekali cas.
Ia menggunakan bateri ATL Litium 74V30Ah dan boleh dipadankan dengan dua unit bateri bagi jangka hayat lebih panjang.
Antara ciri utama MEV-2 termasuk pengecas atas papan (on-board charger), brek cakera hidraulik dengan sistem CBS, suspensi depan teleskopik, serta lampu LED sepenuhnya.
Dengan harga bermula RM9,878 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), MEV-2 menjadi pilihan bijak bagi penunggang urban yang mencari penyelesaian mobiliti moden tanpa mengorbankan gaya.
MEV-1 PRO dan PRO SX – Skuter Elektrik Serba Tahan untuk Jarak Jauh
Penunggang yang memerlukan skuter dengan kemampuan jarak yang lebih jauh dan prestasi yang lebih lasak ini jawapanya.
Ads
Skuter MEV-1 PRO dan MEV-1 PRO SX menawarkan penyelesaian sempurna.
Kedua-dua model ini menawarkan jarak perjalanan sejauh 135 km dan kelajuan sehingga 85 km/j, menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam dan luar bandar.
Dikuasakan motor 4.3 kW (puncak 4.9 kW) dengan bateri ATL Litium 60V45Ah (juga dengan pilihan dua bateri), model ini menampilkan tork dipertingkat untuk pecutan yang lebih responsif.
Ciri-ciri seperti brek cakera dengan CBS, pengecas atas papan dan suspensi teleskopik terus dikekalkan.
Harga bermula dari RM13,470, menjadikan MEV-1 PRO dan PRO SX antara skuter elektrik paling kompetitif dalam kelasnya.
Model dwi-guna berkuasa yang mampu menyesuaikan diri antara kesesakan kota dan pengembaraan hujung minggu.
Dengan enjin 246 cc berpenyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api, jentera ini menjana 17.0 kW kuasa pada 7500 rpm dan 23.0 Nm tork pada 6000 rpm.
Disokong oleh transmisi automatik CVT, DTX 250 turut menawarkan ciri-ciri premium.
Antaranya sistem keyless, paparan meter LED, lampu depan dan belakang LED, serta ruang simpan yang luas di bawah tempat duduk.
Dengan harga RM22,500, skuter ini menonjol sebagai pilihan utama bagi penunggang yang mengutamakan gaya dan kebolehgunaan dalam satu pakej.
Ads
Kawasaki Ninja H2 SX SE – Jentera Touring Berprestasi Tinggi
Kemuncak pelancaran MODENAS di Malaysia Auto Show 2025 pastinya Kawasaki Ninja H2 SX SE.
Model ini adalah motosikal sport touring yang menjadi simbol kejuruteraan berprestasi tinggi.
Motosikal ini dilengkapi enjin 998 cc supercharged empat silinder.
Jentera ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 210 PS (dengan Ram Air) pada 11,000 rpm serta tork setinggi 137 Nm pada 8,500 rpm.
Selain reka bentuk aerodinamik yang agresif, H2 SX SE turut dilengkapi pelbagai teknologi canggih Kawasaki.
Antaranya sistem pengendalian elektronik (KECS), brek cakera Brembo, sistem keselamatan canggih (KIBS, KCMF), dan sistem kunci pintar (KIPASS).
Dengan harga RM129,400, motosikal ini menyasarkan peminat motosikal touring berprestasi tinggi yang tidak berkompromi terhadap kuasa dan keselesaan.
297 Unit Ferrari telah menggegarkan Resort World Genting dan mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records sebagai himpunan Ferrari terbesar di Malaysia.
Acara yang menghimpunkan pemilik-pemilik Ferrari di Malaysia ini bukan pertama kali diadakan di Genting Highlands malah, acara tersebut pernah berlangsung pada tahun 2020 dengan penyertaan sebanyak 100 unit Ferrari.
Penganjuran acara pada tahun ini sedikit berbeza kerana bukan sahaja pemilik Ferrari dari Semenanjung Malaysia yang mengambil bahagian, bahkan pemilik Ferrari dari Singapura juga turut serta menyertai acara ini.
Antara kereta berprestasi tinggi yang mencuri tumpuan adalah model Ferrari 430 Scuderia, 458 Speciale, F12 N-Largo, F8 Tributo, dan 488 Pista, yang dianggarkan mempunyai harga melebihi RM 1,000,000 seunit.
Ahli-ahli Ferrari Owners Club Malaysia (FOCM) memulakan konvoi sejauh 4 kilometer dari Kuil Gua Chin Swee hingga ke puncak Resorts World Genting, sebelum berkumpul di hadapan Hotel Genting Grand.
“Kami sangat teruja kerana berjaya menambah satu lagi pencapaian luar biasa dengan mengumpulkan 297 Ferrari pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut!
Kejayaan ini amat membanggakan bagi semua pemilik dan peminat kereta super terkenal di dunia,” kata Winnie Lim, Presiden Resorts World Genting, ketika menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.
Tambahnya lagi, “Sebagai ikon riadah dan hospitaliti yang progresif, kami mencerminkan semangat kecemerlangan dan kegembiraan bersama rakan kongsi.”
Acara ini diakhiri dengan makan malam istimewa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting untuk 420 tetamu yang hadir. Acara tersebut dimeriahkan dengan tarian, persembahan muzik secara langsung, dan pesta di Genting Rouge.
Pelaksanaan acara yang berprestij ini bukan sahaja menjadi penanda aras bagi pemilik Ferrari di Malaysia, tetapi juga mempamerkan keindahan dan keunikan Resorts World Genting sebagai destinasi utama pusat pelancongan tanah tinggi di Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Francesco Bagnaia menang selepas pertarungan sengit yang mendebarkan peminat MotoGP dengan Marc Marquez pada perlumbaan di litar Jerez, Sepanyol pada hari Ahad.
Kemenangan kedua Bagnaia pada tahun ini semakin manis apabila pemimpin utama, Jorge Martin, terperosok keluar daripada perlumbaan semasa ditekan oleh juara bertahan pada separuh perlumbaan.
Kesilapan besar pertama Martin pada musim ini berlaku apabila beliau tergelincir di bahagian hadapan semasa membrek bagi memasuki selekoh 6. Kejadian itu memberikan Bagnaia kelebihan satu saat berbanding Marco Bezzecchi dan Marc Marquez.
Marc Marquez semasa SpanishGP – motorsport
Pertarungan Di Litar Jerez
Marquez berjaya melepasi Bagnaia dua kali di selekoh 9, namun segera diambil semula oleh #1 itu secara fizikal pada satu ketika, meninggalkan kesan tayar pada sut Marquez. Hal itu disudahi apabila bintang Ducati kilang itu berjaya tamat di tempat kedua dengan hanya 0.372 saat.
Walau bagaimanapun, Marquez tersenyum lebar selepas meraih podium grand prix pertamanya sebagai atlet Gresini. Selain itu, Bezzecchi turut berpuas hati dapat menukar permulaan musim yang sukar dengan P3.
Penunggang rookie Pedro Acosta, kedua dalam Sprint, mengalami kemalangan besar semasa ‘warm up lap’ dan terpaksa bermula dari P17 pada permulaan grand prix. Remaja itu berjaya menaiki tangga kesepuluh pada akhir perlumbaan.
Fabio Quartararo, yang melonjak dari tempat ke-23 ke tempat ke-3 pada Sabtu, hanya mampu menduduki tempat ke-15, dengan rakan sepasukan Alex Rins raih tempat ke-13.
Martin & Bagnaia di Litar Jerez – motorsport.com
Kesudahannya..
Ujian rasmi selepas perlumbaan akan diadakan di Jerez, Sepanyol pada Isnin. Juara perlumbaan MotoGP sebanyak 31 kali, Pedrosa menjadi tumpuan ketiga penunggang wilcard pada hujung minggu itu, bersama dengan Stefan Bradl dari Honda dan Lorenzo Savadori dari Aprilia. Ketiga-tiga mereka menguji beberapa bahagian baharu.
Peraturan tekanan tayar yang telah dipinda untuk tahun 2024 bermaksud pembalap kini perlu mematuhi tekanan minimum hadapan yang lebih rendah sebanyak 1.8 bar (berbanding 1.88 sebelum ini) untuk 60% (berbanding 50%) daripada jarak Grand Prix, atau 30% daripada Sprint.
Hukuman bagi gagal memenuhi minimum ini dalam Grand Prix adalah penalti masa 16 saat selepas perlumbaan, atau hukuman 8 saat bagi Sprint/perlumbaan pendek. Sabtu lalu, lima penunggang dikenakan hukuman tersebut.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju pasaran automotif apabila berjaya mencatatkan lebih 102,300 unit kenderaan terjual sepanjang tahun 2024.
Prestasi cemerlang ini menandakan kali ketiga berturut-turut UMWT melepasi sasaran 100,000 unit setahun.
Pencapaian ini merupakan salah satu pencapaian yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah syarikat.
Lebih 12,800 unit terjual pada Disember sahaja
angka ini menunjukkan permintaan kukuh terhadap jenama Toyota di Malaysia.
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan kebolehpercayaan Toyota, tetapi juga penekanan jenama ini terhadap inovasi, kecekapan, dan ciri keselamatan terkini.
Toyota juga mengekalkan hubungan kukuh dengan pelanggan selepas jualan.
Mereka mencatatkan 1.42 juta pelanggan kembali untuk perkhidmatan selepas jualan sepanjang tahun lalu.
Ini menjadi bukti komitmen Toyota terhadap kepuasan pelanggan, di samping mengekalkan standard tinggi dari segi inovasi dan kualiti produk.
Hilux, Vios, dan Corolla Cross Model Popular Toyota
Sebagai jenama yang menjadi sebahagian penting dalam landskap automotif Malaysia selama beberapa dekad, Toyota terus memainkan peranan utama dalam membentuk ekosistem mobiliti negara.
Pendekatan pelbagai hala yang diamalkan oleh Toyota melalui penawaran barisan kenderaan yang pelbagai berjaya memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berubah.
Antara model popular seperti Hilux, Vios, dan Corolla Cross menjadi penyumbang utama kepada prestasi jualan hujung tahun.
Secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan Toyota sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.
UMW Toyota Melangkah ke 2025 dengan Keyakinan dan Dedikasi
Melangkah ke tahun 2025, UMWT terus komited untuk menyediakan tawaran terbaik kepada pelanggan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi terkini dan tawaran menarik Toyota, layari laman web rasmi Toyota atau hubungi talian percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
Toyota bukan sahaja sebuah jenama kenderaan, tetapi sebuah syarikat yang menawarkan kualiti, kepercayaan, dan inovasi terbaik untuk rakyat Malaysia.
Dengan kejayaan hebat yang dicapai pada 2024, tidak mustahil 2025 akan menjadi tahun yang lebih gemilang bagi UMW Toyota Motor!