Dalam kemeriahan MotoGP 2024 di Litar Antarabangsa Sepang, MODENAS mencuri tumpuan dengan pelancaran motosikal terbarunya, Eliminator.
Model cruiser ini bukan sahaja menarik minat penggemar motosikal tempatan, malah ia memperlihatkan komitmen MODENAS dalam menawarkan jentera berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
Dengan harga bermula RM30,100 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan), MODENAS Eliminator hadir dengan ciri-ciri menonjol dan enjin berkuasa Ninja 500, menjadikannya pilihan menarik bagi mereka yang mengutamakan gaya dan prestasi. Dipasang di kilang MODENAS di Gurun, Kedah, model ini adalah bukti kemampuan anak tempatan menghasilkan motosikal yang mampu bersaing di pasaran.
MODENAS Eliminator hadir dalam dua warna eksklusif, Pearl Robotic White dan Metallic Spark Black, menambahkan sentuhan elegan pada reka bentuk klasik cruiser. Dengan ketinggian tempat duduk 735mm, model ini direka khas untuk memberi keselesaan maksimum kepada penunggang, walaupun dalam perjalanan jauh. Pilihan tempat duduk yang boleh direndahkan ini memudahkan penunggang dari pelbagai ketinggian merasai kestabilan dan keyakinan ketika menunggang.
Antara tarikan utama MODENAS Eliminator ialah rekaan ergonomik yang memudahkan kawalan, dengan pendikit dan klac tangan yang responsif dan ringan. Ini menjadikan pengalaman menunggang lebih selesa, sesuai untuk perjalanan santai mahupun tunggangan lasak. Model ini direka untuk memberikan penunggang pengalaman cruiser yang sebenar, dengan kelebihan enjin berkuasa tinggi dan prestasi yang lancar.
MODENAS Eliminator boleh didapati di semua bilik pameran Kawasaki All-Star di seluruh negara bermula 3 November 2024. Bagi mereka yang inginkan motosikal yang menggabungkan gaya klasik dan kuasa moden, MODENAS Eliminator adalah pilihan yang tepat. Sama ada anda seorang penggemar motosikal atau penunggang baharu, Eliminator menawarkan pengalaman menunggang yang unik dan selesa.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan MODENAS Eliminator anda hari ini.
Baca Juga Kerajaan Perkenal RUU Baru Lindungi Pemandu E-Hailing, Penghantar Motosikal
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.