Automotif

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition Hadir Dengan Sentuhan Kuning

Share

Mercedes-Benz mendedahkan kepelbagaian warna untuk A-Class, termasuk pilihan warna yang mencolok seperti kuning, mengubah pandangan tradisional terhadap warna kereta. 

Walaupun sebelum ini model-model seperti C, E, atau S Class jarang dilihat dalam warna kuning, Mercedes-Benz kini lebih terbuka dalam menawarkan warna-warna yang menyerlah.

Mercedes-AMG memperkenalkan model terbaharu mereka, A 45 S 4MATIC+ Limited Edition, yang datang dengan warna khas AMG green hell magno. 

Ini bukan sahaja sekadar model biasa, tetapi sebuah edisi terhad yang terhad bukan berdasarkan bilangan unit yang dihasilkan, tetapi tempoh pengeluaran model ini yang bakal berakhir pada penghujung tahun 2024.

Kredit Foto: Mercedes-Benz

Kesan warna khas ini tidak hanya terdapat pada badan kereta yang memaparkan logo AMG besar pada bonet dan angka 45 S pada pintu, tetapi juga pada rim 19 inci berwarna hitam kusam dengan jaluran kuning pada bingkai dan rongga. 

Jaluran kuning juga dilihat pada bahagian luar kereta, memberi kesan yang meriah dan unik berbanding dengan kebanyakan kereta Eropah yang cenderung pada penampilan yang lebih anggun.

Pilihan pakej yang ditawarkan oleh Mercedes-AMG termasuk AMG Night Package, yang memberi sentuhan hitam pada bahagian-bahagian tertentu seperti pemisah depan dan cermin sisi, serta AMG Aerodynamics Package yang meningkatkan daya mendap dan karakteristik pemanduan pada kelajuan tinggi.

Di dalam, model Limited Edition ini dilengkapi dengan kerusi AMG berbalut kulit ARTICO dan mikrofiber MICROCUT yang turut menampilkan sentuhan kuning pada beberapa bahagian. 

Kredit Foto: Mercedes-Benz

Stereng AMG juga dibalut dengan kulit dan mikrofiber MICROCUT serta sulaman kuning, sementara logo AMG dalam warna kuning turut dipaparkan pada pelapik alang pintu.

Di bawah penampilan yang memukau ini, terdapat enjin AMG 2.0 liter turbo empat silinder yang menghasilkan kuasa sebanyak 421 hp dengan pecutan 0-100 km/j dalam 3.9 saat. 

Sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ dan AMG TORQUE CONTROL memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan menyeronokkan.

Dengan kombinasi warna yang menyerlah dan prestasi yang mengagumkan, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition adalah pilihan yang menarik bagi peminat kereta yang mencari kombinasi unik antara prestasi dan penampilan.

Baca: ‘Balik Kampung’! Dua Buah Mercedes-Benz W123 Dipandu Hingga Ke Jerman!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan