Meraikan 20 tahun kecemerlangan jenama kereta mewah terkenal Maserati, Jenama ini telah memperkenalkan model MC20 Icona dan MC20 Leggenda.
Dua model ini meraikan ulang tahun ke-20 MC12 dan menandakan kemunculan semula Maserati dalam perlumbaan pada tahun 2004 selepas berehat selama 37 tahun.
MC12, terkenal dengan kehebatanya di jalan raya dan litar lumba, model ini menjadi penanda aras dalam kejuaraan GT dan menjadi inspirasi penghasilan model kereta super sport Maserati MC20.
Dilancarkan pada tahun 2020, model ini dilengkapi dengan enjin V6 Nettuno yang inovatif, sepenuhnya menggambarkan semangat inovasi dan prestasi.
Terhad kepada hanya 20 unit setiap satu, MC20 Icona dan MC20 Leggenda menampilkan livery unik dan elemen eksklusif yang mengingatkan kepada MC12 Stradale dan MC12 GT1 Vitaphone.
Livery MC20 Icona memberi penghormatan kepada MC12 Stradale dan juga Maserati Trofeo Light yang menyertai perlumbaan Daytona 24 Jam. MC20 Icona menggabungkan ciri-ciri daripada program personalisasi Fuoriserie dan hadir dengan warna ianco Audace Matte dan Blu Stradale.
Logo Maserati Fuoriserie Bianco Audace, yang terletak berhampiran roda belakang, dan bendera Itali di bawah tulisan MC20 pada pintu, menonjolkan warisan kereta ini.
Roda berlapis krom menampilkan penutup hub perak dengan logo Trident berwarna biru, manakala kaliper brek dan cermin auto-dimming menambah penampilan kereta yang tersendiri. Penutup enjin carbon fibre juga meningkatkan estetik sporty pada kereta ini.
Baca Juga : Maserati GranTurismo Modena & Trofeo – Saingan Baru Dalam Kelas Sport Luxury
Livery MC20 Leggenda dengan warna Nero Essenza dan Digital Mint Matte, menonjolkan tema model MC12 GT1 yang memenangi anugerah daripada pasukan Vitaphone Racing. Kereta ini mendominasi perlumbaan Spa 24 Jam dengan tiga kemenangan dan dua tempat kedua.
Pakej Fuoriserie untuk MC20 Leggenda termasuk roda Nero Lucido dengan penutup hub Trident Digital Mint, logo Trident kuning pada gril, pintu, dan tiang C, serta kaliper brek bewarana hitam.
Kedua-dua model menampilkan dalaman yang diilhamkan oleh perlumbaan dengan tempat duduk monokok ringan 4-arah, sulaman Trident pada tempat kepala, dan perkataan “Icona” atau “Leggenda” bergantung pada model. Lencana pada penutup enjin Nettuno berbunyi “ICONA. UNA DI 20” atau “LEGGENDA. UNA DI 20,” menambahkan lagi keistimewaannya.
Di dalam, sistem bunyi Sonus faber yang canggih, pakej dalaman serat karbon, limited-slip differential elektronik (E-LSD), lifter suspensi, pemantauan titik buta, dan sistem rear cross path memastikan kereta ini tampil canggih dan mewah.
Model ikonik ini meraikan era kegemilangan model perlumbaan dengan MC12 GT1 mencapai 27 kemenangan dalam Kejuaraan GT FIA, termasuk tiga kemenangan di 24 Jam Spa, enam Kejuaraan Pasukan dengan Vitaphone Racing, lima Kejuaraan Pemandu, dan dua Kejuaraan Pengilang untuk Maserati.
Direka oleh Giorgetto Giugiaro, MC12 Stradale, dikuasakan oleh enjin V12 yang berasal dari Ferrari.
Kekal sebagai kereta pengeluaran terpantas yang pernah dihasilkan oleh Maserati, dengan kelajuan tertinggi 330 km/j dan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat. Hanya 50 unit yang dibuat, menjadikannya item koleksi yang berharga.
Model MC20 Icona dan Leggenda meneruskan legasi MC12, melambangkan penyerahan baton dari satu generasi ke generasi berikutnya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.