Automotif

Litar Lumba Persendirian Magarigawa Club, Kejuruteraan Yang Menakjubkan

Share

Di tengah-tengah kepesatan teknologi dan kemewahan negara Jepun terdapat satu lokasi  yang unik dalam dunia automotif iaitu Magarigawa Club. Kelab eksklusif ini mempunyai  litar perlumbaan persendirian yang dimiliki oleh seorang jutawan yang berhasrat untuk  menggabungkan prestasi dan estetika dalam satu arena.

Kredit Foto : Website Supercarblondie

Dibangun dengan visi untuk mencipta sebuah litar lumba yang layak menyandang status Formula 1, litar ini direka oleh Hermann Tilke, nama yang tidak asing dalam dunia perlumbaan F1. Beliau telah mereka bentuk litar di beberapa kota besar seperti Las Vegas, Jeddah, dan Abu Dhabi. Litar Magarigawa mengambil nama dari kelab itu sendiri, menjanjikan pengalaman pemanduan yang mencabar dengan 22 selekoh dan jalan lurus sejauh 800 meter serta laluan trek yang mempunyai reka bentuk menurun dan menaik, menguji kemahiran dan keberanian pemandu.

Kredit Foto : Website Supercarblondie

Lebih dari sekadar litar perlumbaan, Magarigawa Club menawarkan sebuah kompleks yang lengkap dengan kemudahan mewah. Ahli kelab boleh menikmati kolam infiniti, gim, restoran dan bar, serta bilik karaoke yang disediakan untuk berehat selepas melalui hari yang penuh adrenalin.

Kredit Foto : Website Supercarblondie

Menjadi ahli Magarigawa Club memerlukan komitmen kewangan yang besar, dengan yuran keahlian mencecah lebih dari $230,000 setahun, baru anda boleh menggunakan litar lumba tersebut. Namun bagi mereka yang mampu, pengalaman unik dan eksklusif ini tidak ternilai harganya.

Kredit Foto : Website Supercarblondie

Dengan pemandangan yang menakjubkan menghadap Gunung Fuji dan Teluk Tokyo, Magarigawa Club tidak hanya menawarkan arena perlumbaan, tetapi juga sebuah destinasi yang penuh ketenangan dan anda boleh menikmati keindahan alam disamping memandu kereta kesayangan anda.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi