Lexus RX 500H F Sport 2023, Hibrid Performance Pertama Daripada Lexus

Share

Lexus Malaysia secara rasmi memperkenalkan varian baharu RX 500h F Sport Performance dengan sentuhan hibrid pertama untuk pasaran negara ini. Model ini menggunakan enjin T24A-FTS 2.4-liter turbo yang mampu menjana 271 kuasa kuda dengan daya kilas 460 Nm.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Dipadankan juga dengan motor elektrik hadapan berkuasa 87 hp dengan 292 Nm dan motor elektrik pada gandar belakang (eAxle) 103 hp dan 169 Nm, ia menggabungkan prestasi enjin menjadi 366 kuasa kuda pada 6,000 rpm dengan daya kilas 460 Nm pada 2,000-3,600 rpm.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Enjin RX F Sport turut dilengkapi dengan dua motor hibrid bertujuan untuk mengurangkan tangguhan turbo sekaligus menghasilkan prestasi enjin serta-merta dengan pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan 6.2 saat sahaja.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Kuasa tersebut diagihkan kepada sistem pacuan semua roda (AWD) DIRECT4

menggunakan transmisi automatik enam gear kelajuan.
Kredit Foto: carexpert.com.au

Bagi mereka yang bukan peminat kereta, mungkin reka bentuk RX F ini nampak sama dengan model lain, namun kit badan model ini direka jauh lebih sporty dan aerodinamik dengan jeriji ikonik ‘spindle body’ beserta lampu utama rona hitam Ultra Slim 3-Beam LED.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Untuk lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘L’, ia direka supaya kelihatan bercantum dengan lampu utama. Manakala, bahagian roda RX F datang dengan rim sporti 21 inci berwarna hitam kesat dengan tayar Michelin eksklusif 235/50R21.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Fungsi pintu belakang elektronik (e-Latch) telah dikemaskini menjadikan ia memberi respon dengan lebih cepat beserta ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Pada sekitar kereta turut diberi sentuhan warna hitam legam pada komponen kecil seperti cermin sisi dan kit badan bertujuan untuk menaikkan seri sporti model RX F ini.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Diinspirasikan oleh kenderaan besar seperti lori dan bas, RX F turut mempunyai ciri stereng dinamik belakang yang mana roda belakang akan berputar arah sama dengan roda hadapan.

Kredit Foto: lexus.com.my

Fungsinya ketika kelajuan tinggi ialah untuk menjadikan tindak balas pusingan kereta lebih stabil. Manakala untuk kelajuan rendah, roda belakang akan pusing melawan arah untuk membantu dari segi kebolehgerakan badan kereta.

Kredit Foto: lexus.com.my

Pek bateri nickel-metal hydride (Ni-MH) serba baharu terletak di bahagian bawah tempat duduk belakang, dipadankan dengan sistem kawalan hibrid yang mampu mengubah konfigurasi pemanduan antara mod hibrid dan mod EV mengikut kepada situasi, turut tersedia mod Normal dan Sport.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Pada bahagian dalam, ia dilengkapi dengan sistem lampu ambien 64 warna, sentuhan paparan skrin 14 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto Connectivity. Sistem audio Mark & Levinson dengan 21 speaker pada bahagian dalaman.

Kredit Foto: carexpert.com.au

RX 500h F Sport turut menggunakan konsep Tazuna, iaitu elemen penting dalam hubungan yang sempurna antara kuda dan penunggang, sama seperti model RX yang lain. Ruang kargo dengan keluasan 612-liter mampu memuatkan pelbagai barang seperti, lapan buah bagasi atau dua basikal.

Kredit Foto: carexpert.com.au

Model ini turut mempunyai kelengkapan keselamatan dipanggil Lexus Safety System+ (LSS+)

yang merangkumi Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi Stop & Go, Amaran Keluar Lorong (LDA), dan Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) serta pelbagai lagi ciri keselamatan yang lain.
Kredit Foto: carexpert.com.au

Empat warna yang ditawarkan bagi model RX 500h F Sport 2023 iaitu White Nova Glass Flake, Sonic Iridium, Graphite Black Glass Flake dan Sonic Copper. Untuk pasaran Malaysia, tempahan dibuka pada 18 Ogos 2023 dengan harga tawaran dari RM498,888 beserta waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had kilometer.

Kredit Foto: carexpert.com.au

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan