Pada tahun 1998, Malaysia melakar sejarah cukup unik apabila berjaya mendaratkan Proton Wira pada ketinggian 600 meter di Kutub Utara menerusi sebuah ekspedisi dikenali sebagai ‘North Pole Free Fall Expedition Malaysia 1998’.
Momen luar biasa ini sekali gus menandakan Malaysia sebagai salah sebuah negara Asia pertama berjaya menganjurkan ekspedisi ke wilayah ikonik tersebut. Ekspedisi ini dibiayai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
dan diselenggarakan oleh Kementerian Belia & Sukan serta Persekutuan Payung Terjun Malaysia (MPF) dengan penglibatan seramai 16 orang peserta.Pada malam 20 April, dalam suasana matahari tengah malam yang unik di Kutub Utara, pasukan penerjun udara bersama Proton Wira menaiki pesawat IL-76 terjun daripada ketinggian yang 600 meter. Dengan suhu sejuk yang mencecah 24°C di bawah sifar, pesawat terbang sehingga 600 meter sebelum melepaskan kereta tersebut yang disokong oleh tiga payung terjun.
Kejayaan pendaratan Proton Wira di permukaan beku ini mencipta sejarah yang tersendiri. Setelah pemeriksaan akhir, pesawat itu terus memanjat lebih tinggi, melepaskan pasukan penerjun udara dari ketinggian 2,500 meter.
Pasukan tersebut mendarat dengan selamat dan walaupun Proton Wira tersebut mendarat dari ketinggian 600 meter, kereta tersebut dapat dihidupkan semula tanpa sebarang masalah.
Meskipun berjaya mengemudi Proton Wira di sekitar Kutub Utara, peserta ekspedisi terpaksa meninggalkan kereta tersebut akibat salji tebal yang menghalang perjalanan. Kejayaan ekspedisi ini membanggakan Malaysia, menjadikannya satu-satunya negara Asia yang mempunyai pencapaian sebegitu.
Namun, perjalanan Proton Wira tidak berakhir begitu sahaja, kereta tersebut akhirnya dijadikan pameran di PROTON Centre of Excellence, Kelana Jaya. Jika anda ingin melihatnya secara dekat, boleh datang ke sana.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.