Jenama sukan global PUMA sedang berusaha untuk mencipta satu budaya dalam dunia sukan perlumbaan. Dengan platform sukan permotoran yang semakin berkembang, PUMA ingin menjadi naratif bagi komuniti automotif di litar dan di jalanan.
PUMA bakal memperkenalkan koleksi sukan permotoran bagi musim luruh dan musim sejuk (AW) 2023 pada hari ini. Membawakan kepada umum rekaan koleksi campuran antara litar dan ‘street-smart’, yang mana PUMA telah bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka automotif.
Koleksi ini dilancarkan di empat pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Peminat dunia automotif boleh memilih dari pelbagai rekaan baju-T, hoodie, jaket, seluar trek, seluar pendek, topi, kasut dan pelbagai lagi aksesori lain.
Koleksi AW 2023 boleh didapati di kedai PUMA terpilih dan juga di laman sesawang PUMA.com bermula 15 Ogos 2023. Anggaran harga bagi produk yang dihasilkan adalah dari RM159 hingga RM729. Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari, https://my.puma.com/my/en/motorsport-1.
Selain dari itu, PUMA turut merasmikan majlis Kelab Kereta di Asia Tenggara dengan Malaysia menjadi negara persinggahan pertama! Kelab Kereta PUMA yang julung kali diadakan ini akan menyambut kesempurnaan yang diinspirasikan oleh semangat komuniti sukan permotoran disini.
Majlis yang diadakan hari ini bertempat di Sentul Depot, Kuala Lumpur akan turut disertai duta jenama PUMA SEA Motorsport, Choo Sung-hoon (a.k.a. “Sexyama”), bintang global sukan MMA dan finalis siri Netflix Physical 100.
Turut bersama dari wakil Malaysia adalah Jeremy Lim, Pengurus Pengarah Blackbyrd & Dragonfly KL, Huang Ean Hwa, veteran pemasaran dan pengiklanan yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam industry dan juga pembaik pulih jenama kereta Porsche, Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Kelab Art Of Speed Malaysia.
Dato’ David Gurupatham, peguamcara yang disegani dengan tiga dekad pengalaman dalam industry, Dennis Yin, penari Malaysia, hos dan pempengaruh terkenal dan akhir sekali, Remus Chang, Pengasas dan Pengarah Kreatif Motorsport Playground dan peminat 911.
Selain menampilkan komuniti PUMA yang disebut tadi, majlis ini turut dimeriahkan dengan permainan, persembahan dan aktiviti yang mengujakan serta memberi sedikit intipati kepada dunia ekstrim sukan permotoran PUMA.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.