Musim perlumbaan 2025 bakal jadi yang paling meriah dalam sejarah Toyota Gazoo Racing Malaysia. Dengan barisan perlumbaan yang lebih mantap, pelancaran kejohanan sim racing bertaraf dunia dan barisan pelumba muda berbakat tanah air. UMW Toyota Motor betul-betul “tekan habis” tahun ni!
“Motorsport memang dah sebati dengan jenama Toyota. Dalam 9 tahun ni, kita dah tengok macam mana sukan ni boleh satukan rakyat, cungkil bakat dan nyalakan semangat.” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Tahun ni kita tak sekadar sambung — kita tingkatkan terus ke gear seterusnya!”
Sejak diperkenal pada 2017, Toyota Vios Challenge jadi acara paling ditunggu dalam kalendar motorsport Malaysia – dengan lebih 30 juta tontonan! Untuk tahun 2025, perlumbaan akan berlangsung dalam empat pusingan
melibatkan tiga kelas utama:Semua pelumba bertanding menggunakan jentera Vios generasi ke-4 yang telah dimodifikasi sama rata. Jadi tiada kelebihan teknikal, hanya kemahiran pemanduan yang membezakan siapa juara, siapa tenggelam.
Antara nama besar yang kembali ke grid ialah bekas juara Boy Wong bersama pasukan baharu Modern Racing Team. Mitchell Cheah (Prima Pearl TD Racing), dan muka familiar seperti Freddie Ang, Eddie Lew dan William Ho.
Turut naik pangkat ke kelas profesional ialah Kenneth Koh, juara Sporting Class musim lepas. Dia akan bersaing dengan pendatang baru seperti Timothy Yeo dari RH Kalulong Motorsports.
Dalam kelas Sporting, persaingan makin sengit dengan kehadiran 20 pelumba — 12 daripadanya muka baru. Paling menarik, empat pelumba wanita turut serta, termasuk Adele Lew (Team Fokus) dan juara gymkhana Ng Aik Sha (GTA Race Team). Unik juga bila satu keluarga masuk grid: Adele, abangnya Elson dan ayah mereka, Eddie, masing-masing berlumba dalam kelas berbeza!
Program Toyota Gazoo Racing Young Talent Development bukan sekadar latihan. Ini platform sebenar untuk mencungkil juara masa depan. Sejak dilancar pada 2021, seramai
22 pelumba muda dah lulus program ini. Dengan ada yang dah harumkan nama negara di pentas antarabangsa.Tahun ni, daripada lebih 180 permohonan, hanya 5 pelumba rookie terpilih:
Mereka ni bukan calang-calang — dipilih bukan saja atas skil, tapi juga disiplin, karakter dan potensi sebagai ikon masa depan.
Sejak jadi perintis eRacing tempatan pada 2018, Toyota terus terajui dunia perlumbaan maya. Dan tahun ini, Toyota GR Malaysia eRacing Championship dibuka dengan format lebih hardcore. Guna platform sim racing pro macam Assetto Corsa, RaceRoom dan iRacing.
Bermula Mei ini, sesi kelayakan akan bermula dan berakhir dengan finale penuh debaran. Dalam masa sama, Toyota Campus Tour akan singgah di universiti-universiti seluruh Malaysia. Bawa pengalaman perlumbaan maya terus ke student.
Yang menarik, eRacing kini sebahagian dari laluan pembangunan pelumba Toyota. Taj Izrin Aiman — juara empat kali GR GT Cup Malaysia dan juara Asia 2024 — kini secara rasmi menyertai program pembangunan pelumba Toyota!
Toyota bukan sekadar buat kereta — mereka bina peluang. Sama ada dalam litar sebenar atau dunia maya, misi mereka jelas. Semua orang patut ada peluang untuk berlumba, untuk maju, dan untuk jadi juara.
Kerana bila kita gerakkan dunia, kita gerakkan bersama.
Kalau anda rasa musim sebelum ni dah gempak, nantikan Vios Challenge dan GR eRacing 2025. Confirm penuh drama, aksi dan cerita-cerita best yang patut ditonton (atau dialami sendiri kalau kau berani!).
Dari Toyota Gazoo Racing 2025
Baca Juga UMW Toyota Buktikan Kepercayaan Pengguna Masih Utuh
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.