PROTON hari ini memperkenalkan PROTON X50 2024 yang menampilkan peningkatan terkini pada model SUV segmen-B. Ini menandakan satu lagi langkah maju dalam komitmen jenama terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan.

Sejak dilancarkan pada tahun 2020, PROTON X50 telah menjadi kisah kejayaan bagi syarikat dengan lebih daripada 110,000 unit telah dijual. Mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV terlaris di Malaysia sepanjang empat tahun lepas. 

PROTON X50 Terima Naik Taraf, Harga Kekal
X50 – Warna Kelabu

Meneruskan Legasi Keselesaan PROTON

Meneruskan legasi pendahulunya, PROTON X50 2024 menetapkan standard baharu dengan peningkatan produk yang mengambil kira maklum balas dari pelanggan. Antara peningkatannya adalah kadar bising, getaran & kekasaran (NVH). Kini, SUV ini menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan lancar. 

Terdapat lebih daripada 20 bahagian telah diperbaiki untuk penebat bunyi bising jalan, memberikan suasana dalaman yang lebih baik. Ruang simpanan belakang elektronik telah ditambah untuk varian Premium dan Flagship bagi kemudahan operasi.

Peningkatan Evolusi Meningkatkan Pengalaman Pengguna

Unit kepala infotainment (IHU) 10.3” pada PROTON X50 2024 telah dinaik taraf dengan unit pemproses dual quad-core baharu yang menyediakan kelajuan but yang lebih pantas dan masa pemuatan yang lebih cepat. 

Ini membenarkan operasi yang lancar untuk pelbagai aplikasi secara serentak pada latar depan dan latar belakang tanpa risiko sebarang gangguan. Ia juga menampilkan arahan suara “Hi PROTON” yang popular dan aplikasi PROTON Link, yang membolehkan enjin dihidupkan dan kabin disejukkan dari jarak jauh.

PROTON X50 Terima Naik Taraf, Harga Kekal
Panel tengah dengan tambah baik sistem elektornik

PROTON X50 2024 menyediakan kombinasi ideal antara keselamatan dan kemudahan dengan Kamera 360 Definisi Tinggi baharu yang memaparkan imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah. 

Ads

Apabila memberikan isyarat, paparan pandangan 3D persekitaran akan muncul untuk mengurangkan titik buta bagi kawalan penukaran lorong yang lebih selamat, dan ciri keselamatan ini berfungsi sehingga kelajuan lebuh raya 150km/j.

Pecutan Berkuasa Dengan Keselamatan Terunggul

Di tengah-tengah SUV B-segmen ini adalah enjin suntikan terus turbocharged 1.5 liter dengan output kuasa 177 PS dan 255Nm tork, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan. 

Gabungan ini memberi SUV ini mencapai masa pecutan 0-100km/j dalam hanya 7.9 saat. Keselamatan terdapat dalam bentuk 6 beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), 8 Sistem Bantuan Pemandu Peringkat 2 (ADAS) dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

PROTON X50 Terima Naik Taraf, Harga Kekal
Pintu Kargo Elektronik

Menghargai Pelanggan Dengan Tawaran Yang Ditingkatkan

Pemasangan produk terkini ini kepada SUV ini memberikan nilai tambahan RM6,000 kepada pembeli, tetapi PROTON mengekalkan harga SUVnya. Mereka turut memperkenalkan Pakej Early Bird terhad. Pakej ini menawarkan rebat sehingga RM8,500 kepada 5,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan pembelian baharu mereka pada 31 Julai 2024.

Ads

Bersama-sama dengan pakej faedah yang komprehensif yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. PROTON X50 baharu dilengkapi dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan dan 6 kali perkhidmatan buruh secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Proton atau hubungi pengedar Proton terdekat. 2024 PROTON X50 kini boleh ditempah dalam talian di [Proton](https://www.proton.com/en/purchase/register-interest) dan di bilik pameran PROTON yang sah.

Harga atas jalan (OTR) tanpa insuran:

Ads
VarianSemenanjung MalaysiaMalaysia Timur
Proton X50 1.5T StandardRM86,300RM88,300
Proton X50 1.5T ExecutiveRM93,300RM95,300
Proton X50 1.5T PremiumRM101,800RM103,80
Proton X50 1.5 TGDi FlagshipRM113,300RM115,300

 

2024 PROTON X50 boleh didapati dalam lima pilihan warna yang menarik; Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, dan Passion Red.

Baca: PROTON Buka Pusat Pemasangan Cermin Gelap Di Tanjung Malim

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI