Dalam menyambut ulang tahun ke-25 model GT3, Porsche memperkenalkan 911 GT3 baharu dengan dua varian menarik.
Versi sporty litar dan varian Touring Package yang lebih santai tetapi tetap mewah. Kedua-duanya dirancang untuk memberikan pengalaman memandu terbaik, baik di jalan biasa mahupun di litar perlumbaan.
Enjin Berprestasi Tinggi
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin boxer 4.0 liter aspirasi semula jadi yang menghasilkan 510 PS dan tork maksimum 450 Nm.
Dengan gear akhir yang 8% lebih pendek, model ini mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat (dengan transmisi PDK) dan mencapai kelajuan maksimum sehingga 313 km/j (dengan transmisi manual). Sistem ekzos baharu memenuhi piawaian emisi terkini tanpa mengorbankan bunyi enjin.
Reka bentuk luaran GT3 menonjol dengan spoiler baharu, diffuser, dan lampu Matrix LED yang memberikan pencahayaan optimum serta penampilan yang lebih moden.
Suspensi gandar depan dwilengan dilengkapi trailing arm berbentuk titisan air untuk meningkatkan daya turun dan penyejukan brek. Porsche turut menambah baik keseimbangan aerodinamik agar kekal stabil walaupun dalam situasi brek mendadak.
Ciri-Ciri Baharu pada Touring Package
Ads
Untuk kali pertama, Touring Package tersedia sejak pelancaran. Varian ini mengekalkan gaya klasik tanpa spoiler tetap. Menggantinya dengan spoiler boleh lipat dan elemen reka bentuk aerodinamik baharu.
Di bahagian dalam, Touring Package menawarkan pilihan tempat duduk belakang untuk meningkatkan kesesuaian harian. Serta kemasan kulit mewah yang mengangkat aura elegan.
Porsche 991 GT3 2025
Reka Bentuk Ringan untuk Pengendalian Maksimum
911 GT3 baharu berpegang kepada falsafah rekabentuk ringan, dengan penggunaan roda aluminium yang lebih ringan, bateri litium-ion, dan komponen CFRP (plastik bertetulang gentian karbon).
Dengan pakej Weissach atau Lightweight, model ini kehilangan sehingga 13 kilogram, menjadikannya hanya seberat 1,420 kilogram.
Ads
Pakej Individu untuk Pilihan Peribadi
Porsche menawarkan beberapa pakej eksklusif untuk kedua-dua model GT3. Pakej Weissach memberikan sentuhan premium dengan penggunaan CFRP pada banyak bahagian, termasuk roll cage pilihan.
Sementara itu, Lightweight Package menambah elemen seperti panel pintu ringan dan roda magnesium. Bagi pencinta litar, pakej Clubsport tersedia secara percuma, termasuk roll cage keluli dan tali pinggang enam mata.
Ruang kokpit 911 GT3
Pengalaman Memandu dan Teknologi Terkini
Di bahagian dalam, kabin dilengkapi panel instrumen digital dengan mod “Track Screen” yang memaparkan maklumat penting seperti tekanan tayar dan suhu minyak. Bucket seat sport baharu menawarkan reka bentuk ringan dengan fungsi lipat untuk akses mudah ke tempat duduk belakang (pilihan Touring). Pilihan kerusi Adaptive Sports Seats Plus turut tersedia untuk keselesaan maksimum.
Jam Tangan Eksklusif untuk Pemilik
Sebagai tambahan, pemilik 911 GT3 boleh memiliki jam tangan khas 911 GT3 Chronograph, hasil kerjasama Porsche Design. Dibina daripada titanium ringan, jam tangan ini menyerlahkan elemen reka bentuk GT3, menjadikannya simbol gaya dan prestasi di pergelangan tangan.
Ads
Kesimpulan
Porsche 911 GT3 baharu membawakan gabungan sempurna antara kuasa, reka bentuk inovatif, dan fungsi harian. Sama ada untuk memecut di litar atau berpeluang menikmati jalan berliku. Ia adalah jentera yang memenuhi pelbagai keinginan. Porsche terus membuktikan mengapa GT3 kekal sebagai ikon dunia automotif selama 25 tahun.
Bermaz Motor telah mengumumkan pembaharuan terkini untuk model Mazda3 segmen C tahun 2023 untuk pasaran di Malaysia.
Terdapat empat varian berbeza ditawarkan dengan enjin 1.5 liter Skyactiv-G tidak diteruskan untuk pasaran tempatan. Ia secara tidak langsung bermakna, Mazda3 2023 hanya tersedia dengan enjin 2.0 liter Skyactiv-G yang menghasilkan 162 hp dan daya kilas 210 Nm.
Di antara ciri peningkatan menerusi model ini termasuklah pengecasan tanpa wayar Qi, slot USB-C pada konsol tengah, sokongan Android Auto dan juga Apple Carplay tanpa wayar. Skrin infotainment model ini juga diperbaharui menjadi 10.25 inci untuk pengalaman yang lebih baik.
Kredit Foto: Mazda
Varian Ignite Edition juga datang dengan peningkatan audio iaitu sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, untuk pengalaman audio yang lebih baik.
Bagi aspek keselamatan, varian High dan High Plus Mazda3 2023 turut dilengkapi dengan lebih banyak fungsi iActivsense, seperti Cruising & Traffic Support (CTS), yang sebelumnya hanya tersedia pada varian Mazda3 2.0L Ignite Edition.
Bermaz Motor juga menawarkan tujuh pilihan warna yang berbeza, termasuk Soul Red Crystal, Machine Gray, Polymetal Gray, Platinum Quartz, Deep Crystal Blue, Jet Black, dan Snowflake White Pearl.
Kredit Foto: Mazda
Berikut adalah harga jualan untuk model Mazda3 2023 di Malaysia:
Mazda3 2.0L High Sedan – RM156,059.00
Mazda3 2.0L High Plus Sedan – RM166,059.00
Mazda3 2.0L High Plus Liftback – RM166,059.00
Mazda3 2.0L Ignite Edition – RM175,059.00
Semua model Mazda3 dilengkapi dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau had perbatuan 100,000 km, serta pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau had perbatuan 100,000 km. Pakej ini meliputi alat ganti, pelincir, dan kos buruh.
1 of 20
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Projek revolusioner pertama dalam negara yang melibatkan penggunaan cat bercahaya dalam gelap kini sedang dilakukan di Jalan Sungai Lalang (B19) di Hulu Langat, Selangor oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, projek penerangan inovatif ini membantu meningkatkan keselamatan pemandu dengan memanfaatkan pantulan cahaya pada pembahagi jalan.
Teknologi yang digunakan untuk mencipta pantulan cahaya daripada lampu kenderaan adalah suatu inovasi dalam bidang kejuruteraan jalan. “Dengan memanfaatkan ciri pemantulan cahaya kuning dan menggunakan High Intensity Prismatic Sheet, kaedah pencahayaan ini diperkemas lagi dengan ciri phosphorescence yang mengandungi elemen pigmen phosphors, memancarkan cahaya yang dapat dilihat setelah menerima sumber tenaga, sama ada dari cahaya matahari atau lampu kenderaan. Cahaya ini kelihatan pada waktu malam,” jelas beliau dalam perkongsian di Facebook.
Dalam satu lawatan bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ke lokasi tersebut pada Rabu malam, Mohd Sany mengucapkan terima kasih kerana Hulu Langat dipilih sebagai tempat untuk projek revolusioner ini.
Namun begitu, RTM melaporkan bahawa Alexander menyatakan Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melakukan kajian menyeluruh serta menilai kos projek ini dengan lebih teliti kerana melibatkan perbelanjaan yang besar.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Voxan kembali menjadi tumpuan dunia apabila motosikal elektrik mereka berjaya memecahkan empat rekod kelajuan di Salt Flats, Bonneville, Utah.
Projek yang merupakan hasil kerjasama antara pengeluar Perancis, Voxan, dan pelumba Louis-Marie Blondel.
Rekod ini memperlihatkan keupayaan motosikal elektrik yang semakin mencabar dominasi motosikal konvensional.
Kelajuan Luar Biasa Tanpa dan Dengan Fairing
Rekod kelajuan tersebut dicatatkan dalam dua kategori iaitu motosikal dengan fairing dan tanpa fairing melalui permulaan ‘flying start’ untuk jarak satu kilometer dan satu batu.
Blondel berjaya membawa motosikal tanpa fairing ke kelajuan 168.712mph bagi jarak satu kilometer.
Dengan pemasangan fairing, kelajuan maksimum meningkat kepada 180.065mph, menjadikan ia rekod tertinggi daripada empat pencapaian.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Rekod Kelajuan untuk Jarak Satu Batu
Selain itu, untuk jarak satu batu, motosikal berkuasa 107bhp ini, yang menggunakan teknologi Lithium-ion dan motor axial flux magnet kekal, berjaya mencapai 168.593mph tanpa fairing, dan 180.035mph dengan fairing.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan motosikal elektrik untuk beroperasi pada kelajuan tinggi, sama ada dalam konfigurasi aerodinamik atau terbuka.
Ulang Tahun Ke-15 Kerjasama Voxan dan Venturi
“Empat rekod dunia baharu ini adalah hadiah hebat sempena ulang tahun ke-15 kerjasama kami,” ujar Gildo Pastor, Presiden Kumpulan Venturi yang memiliki Voxan.
Ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi kedua-dua pihak dalam perjalanan mereka membangunkan motosikal elektrik berprestasi tinggi.
Sejarah Rekod Kelajuan Voxan Bersama Max Biaggi
Kerjasama antara Voxan dan Universiti Ohio State pertama kali mendapat perhatian global pada tahun 2021 apabila Max Biaggi, juara dunia sebanyak enam kali, memecahkan beberapa rekod kelajuan motosikal elektrik menggunakan model Wattman dari Voxan.
Biaggi, dengan kehebatannya, mencatatkan purata kelajuan dua hala melebihi 283mph dan dalam satu sesi, beliau memecut sehingga 292.2mph.
RW-5: Generasi Terbaru dengan Prestasi Lebih Hebat
Kini, motosikal Voxan RW-5, hasil pembangunan daripada Wattman yang digunakan Biaggi, terus membuktikan bahawa masa depan motosikal prestasi tinggi semakin cerah dengan teknologi elektrik.
Voxan bukan sekadar membuktikan kemampuan, tetapi turut menetapkan penanda aras baharu untuk motosikal elektrik di masa akan datang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Cycle & Carriage terus memperluas rangkaian selepas jualan mereka dengan pembukaan pusat servis khas untuk kenderaan Peugeot di Batu Caves.
Langkah ini dimeterai melalui kerjasama...