Kereta

Mercedes-AMG SL 63 S E Performance Tampil Dengan Prestasi Hibrid Terkini!

Share

Meluncur dengan ‘nafas baru’ di jalan raya, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance menampilkan gabungan elegan grand tourer (GT) dan kekuatan hibrid yang memukau.

Terpancar dari belakang yang dinamik, enjin V8 4.0 liter yang selalu dipuja oleh peminat model ini kini dipasangkan dengan motor elektrik canggih dan bateri kuasa tinggi.

Hasilnya? Kuasa yang mencapai 805 hp dan daya kilas sebesar 1,420 Nm, menjadikannya sebuah kereta berprestasi yang mencengkam jiwa.

Mampu memecut dari statik ke kelajuan puncak dalam hanya 2.9 saat, pencapaian yang sungguh membanggakan. Namun, SL 63 S E Performance tidak hanya mengenai kecekapan, ia juga memperkenalkan inovasi di dalam dunia hibrid dengan kemampuan memandu tanpa bunyi enjin sejauh 13 km, menawarkan kesinambungan antara kecekapan bahan api dan prestasi yang luar biasa.

Di belakang stereng, pengalaman pemanduan diperkaya dengan teknologi canggih. Sistem pacuan 4MATIC+ menakluki segala keselesaan, sementara sistem stereng gandar belakang aktif memastikan keseimbangan setiap kali roda bergerak. Gabungan ini diperkuat dengan kehadiran sistem gantungan AMG Active Ride Control yang responsif pada setiap belokan.

Kredit Foto: Mercedes-Benz/Careta

Namun, kehebatan SL 63 S E Performance tidak terhenti di situ. Dilengkapi dengan spoiler hadapan yang dapat diaktifkan, ia mengurangkan tekanan angin yang memendapkan bahagian hadapan kereta, mencipta kesan aerodinamik yang terbaik. Tidak lupa juga, spoiler belakang yang boleh diaktifkan, meneruskan warisan kecanggihan untuk meningkatkan kesan aerodinamik secara menyeluruh.

Kemampuan ini juga diperkuat dengan keunggulan pada sistem brek. Sistem brek seramik karbon dengan pelbagai fungsi, termasuk brek regeneratif dan mod pemanduan pedal tunggal, menyokong prestasi SL 63 S E Performance. Semua ini disertakan dengan rekaan rim aloi AMG berukuran 20 inci, memberikan kombinasi prestasi dan rekaan yang memukau.

Meninjau ke dalam kabin, tempat duduk sporty yang ergonomik memberikan keselesaan maksimum, sementara pilihan naik taraf ke tempat duduk jenis bucket turut tersedia. Lapisan kulit Nappa berkualiti tinggi dan paparan MBUX yang dikhaskan untuk model AMG adalah antara faktor unik yang lain.

Melalui program Manufaktur Mercedes-Benz, penampilan luaran dan dalaman kenderaan boleh dimodifikasi mengikut cita rasa setiap pembeli. Dari titisan air hujan yang meluncur di atas hud enjin hingga ke butiran dalaman yang rapi, setiap SL 63 S E Performance adalah hasil karya seni yang dihasilkan dengan penuh usaha.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan