Mercedes-AMG telah mendedahkan CONCEPT AMG GT XX. Sebuah coupe empat pintu elektrik yang menandakan model produksi pertama berasaskan platform prestasi tinggi elektrik baharu mereka, AMG.EA.
Dengan tiga motor axial flux dan pek bateri voltan tinggi baharu, GT XX menghasilkan lebih 1,000 kW (bersamaan 1,360 hp). Serta mampu mencecah kelajuan maksimum lebih 360 km/j.
Kuasa Pantas, Cas Sepantas Kilat
Dibangunkan bersama jurutera Mercedes-AMG dan kepakaran dari pasukan Formula 1 di Brixworth. GT XX mampu mengecas semula sejauh 400 km dalam hanya lima minit.
Ini kerana teknologi penyejukan sel bateri secara langsung dan seni bina bateri baharu berasaskan sel silinder NCMA. Bersama dengan penyejukan berasaskan minyak voltan tinggi.
Ads
Rekaan Agresif dengan Sentuhan Masa Depan
Secara visual, GT XX tampil garang dengan siluet fastback yang rendah dan cat oren “sunset beam” yang bercahaya. Panel lampu belakang pula mampu memaparkan animasi masa nyata. Manakala pemegang pintu tersembunyi dan roda aero aktif menambah elemen futuristik.
Bahagian dalam kabin direka untuk fokus pemandu, dengan komponen struktur yang terdedah. Kulit bio dari tayar GT3 kitar semula. Pad tempat duduk bercetak 3D dan dua skrin lebar yang condong ke arah pemandu. Tiada tingkap belakang dipasang, menekankan pendekatan prestasi sepenuhnya.
Ads
Inovasi Aero & Sistem Penyejukan Termaju
Setiap elemen GT XX dibina untuk prestasi tinggi dan kecekapan masa depan. Roda aero aktif mampu terbuka untuk penyejukan brek dan tertutup untuk mengurangkan seretan.
Sistem penyejukan terus pada sel bateri memastikan kuasa maksimum dapat diulang semula tanpa mengurangkan prestasi.
Belum Diumumkan untuk Produksi
Setakat ini, Mercedes-Benz masih belum mengesahkan sebarang rancangan produksi untuk model GT XX. Namun, konsep ini memberikan gambaran jelas tentang masa depan kenderaan elektrik berprestasi tinggi dari AMG.
Sebelum balik ke kampung, pemeriksaan kereta adalah langkah penting yang tidak boleh diabaikan menjelang musim perayaan.
Minggu ini umat Islam dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tarikh sebenar mungkin jatuh sama ada pada hari Jumaat atau Sabtu, satu perkara yang hampir pasti ialah ramai yang akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari lebaran bersama keluarga.
Setiap kali musim perayaan, lebuh raya utama di seluruh negara biasanya akan dipenuhi kenderaan kerana ramai memilih untuk memandu pulang ke kampung. Dalam keseronokan merancang perjalanan dan berkumpul bersama keluarga, keadaan kenderaan juga tidak boleh dipandang ringan.
Pemeriksaan asas sebelum balik ke kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat. Langkah mudah ini boleh membantu mengelakkan kerosakan, kelewatan, atau situasi yang tidak diingini ketika berada di tengah jalan.
Berikut ialah enam perkara penting yang wajar diperiksa pada kereta anda sebelum memulakan perjalanan jauh sempena musim perayaan.
Tayar merupakan komponen paling penting kerana ia bersentuhan secara langsung dengan permukaan jalan. Sebab itu, antara perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum balik ke kampung ialah keadaan tayar kenderaan anda.
Pastikan bunga tayar masih tebal dan tidak terlalu haus. Tayar yang sudah botak boleh mengurangkan cengkaman pada jalan, terutama ketika hujan atau ketika membrek secara mengejut.
Selain itu, tekanan angin tayar juga perlu diperiksa supaya berada pada tahap yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan. Tekanan yang tidak sesuai boleh menjejaskan kestabilan kereta dan meningkatkan risiko tayar rosak ketika perjalanan jauh.
Jangan lupa untuk menyemak tayar simpanan. Walaupun jarang digunakan, tayar simpanan sangat penting jika berlaku kecemasan di lebuh raya.
Minyak enjin atau minyak hitam berfungsi melincirkan komponen dalaman enjin supaya ia dapat beroperasi dengan lancar. Pemeriksaan bahagian ini juga sangat penting sebelum balik ke kampung kerana enjin akan bekerja lebih lama sepanjang perjalanan jauh.
Jika paras minyak terlalu rendah atau minyak sudah terlalu lama tidak ditukar, enjin boleh mengalami kehausan melampau dan berisiko rosak. Periksa paras minyak menggunakan dipstick dan pastikan ia berada pada tahap yang sesuai.
Jika kenderaan anda sudah hampir dengan jadual servis seterusnya, lebih baik lakukan penukaran minyak enjin lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah ketika memandu.
Sistem penyejukan memainkan peranan penting untuk memastikan enjin tidak terlalu panas. Ketika perjalanan jauh, enjin akan beroperasi untuk tempoh yang panjang, lebih-lebih lagi jika kenderaan terperangkap dalam kesesakan trafik.
Atas sebab itu, paras air radiator atau coolant perlu diperiksa dengan teliti sebelum balik ke kampung. Pastikan cecair penyejuk mencukupi dan berada pada tahap yang disarankan.
Jika anda mengesan sebarang tanda kebocoran pada hos, radiator, atau tangki simpanan coolant, masalah itu perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jangan tunggu sehingga kereta overheat di tengah jalan.
Brek ialah komponen keselamatan paling penting pada sesebuah kenderaan. Jika sistem brek tidak berada dalam keadaan baik, risiko kemalangan boleh meningkat terutama ketika memandu dalam trafik sesak atau ketika perlu berhenti secara mengejut.
Antara tanda yang perlu diberi perhatian sebelum balik ke kampung ialah bunyi luar biasa ketika membrek, pedal brek terasa terlalu lembut, atau kereta seperti mengambil masa lebih lama untuk berhenti.
Jika ada mana-mana simptom ini, sebaiknya lakukan pemeriksaan di bengkel terlebih dahulu. Menangguhkan pemeriksaan brek boleh mengundang risiko yang lebih besar ketika perjalanan jauh.
Cuaca di Malaysia tidak menentu dan hujan boleh turun pada bila-bila masa. Wiper yang berada dalam keadaan baik sangat penting untuk memastikan pandangan pemandu kekal jelas sepanjang perjalanan.
Getah wiper yang keras, koyak, atau sudah tidak mencengkam cermin dengan baik boleh menyebabkan kesan kabur pada cermin hadapan. Jadi, ini juga antara perkara yang patut diperiksa sebelum balik ke kampung.
Selain itu, isi cecair pencuci cermin secukupnya supaya habuk, lumpur, atau kotoran pada cermin depan dapat dibersihkan dengan mudah sepanjang pemanduan.
Lampu hadapan, lampu brek, lampu isyarat, dan lampu kecemasan perlu dipastikan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan jauh. Lampu yang rosak boleh menjejaskan keselamatan, terutama ketika memandu pada waktu malam atau dalam keadaan hujan lebat.
Pemeriksaan lampu hanya mengambil masa beberapa minit, namun kesannya sangat besar kepada keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain. Ini antara langkah mudah yang sering dipandang remeh sebelum balik ke kampung.
Perjalanan pulang ke kampung ketika musim perayaan selalunya melibatkan jarak yang jauh dan tempoh pemanduan yang panjang. Oleh itu, melakukan pemeriksaan asas pada kereta sebelum balik ke kampung merupakan langkah yang sangat penting.
Pemeriksaan tayar, minyak enjin, radiator, brek, wiper, dan lampu kenderaan dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan atau masalah di tengah perjalanan. Dengan persediaan yang betul, perjalanan pulang ke kampung akan menjadi lebih lancar, selamat, dan menenangkan untuk semua penumpang.
ZONTES Malaysia kini menjadi buah mulut peminat motosikal tempatan selepas pelancaran model terbaru itu, ZONTES 368G. Ia telah mencatatkan lebih 1,300 tempahan dalam tempoh hanya seminggu sejak pengumumannya dalam pasaran tempatan.
Dengan harga asas RM28,800, skuter adventure ini terus menarik perhatian rakyat Malaysia yang mencari kenderaan serbaguna untuk kegunaan harian atau pengembaraan ringan.
Model ZONTES 368G ini adalah Completely Knocked Down (CKD) dan dipasang di kilang CKD tempatan di Jitra, Kedah. Dengan spesifikasi berkualiti tinggi seperti tangki bahan api yang besar serta ciri keselamatan yang meluas, skuter ini menawarkan nilai hebat pada harga yang berpatutan.
Unit pertama dijangka dihantar kepada pembeli pada Mac 2025, memastikan setiap pemilik menerima produk yang memenuhi standard tertinggi.
Buat masa ini, peminat boleh melihat lebih dekat model ini dan membuat tempahan di mana-mana pengedar sah ZONTES di seluruh negara.
Bagi mereka yang ingin melihat sendiri kecanggihan skuter ini, ZONTES Malaysia akan mengadakan siri jelajah seluruh negara dari 3 Januari hingga 6 April 2025. Lokasi pertama bermula di Dewan Amanjaya, Kedah, sebelum menjelajah ke negeri-negeri lain. Berikut adalah jadual roadshow:
Skuter ini dilengkapi dengan pelbagai ciri moden, antaranya:
ZONTES juga memperkenalkan aplikasi pintar untuk mengawal dan mendapatkan maklumat skuter anda dengan mudah.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ZONTES 368G, anda boleh melayari laman web rasmi mereka dizontesmalaysia.com atau hubungi terus ZONTES Distribution (M) Sdn. Bhd. di Jitra, Kedah.
Dengan kemunculan Futa, Ducati menerokai dunia E-Road iaitu basikal dengan perincian bantuan pedal. Ducati memilih nama Futa sebagai penghormatan kepada lengkungan pusingan di antara Emilia Romagna dan Tuscany yang menjadi sebahagian daripada warisan penting dalam sejarah Ducati.
Futa bukan sekadar basikal bias kerana ia mencerminkan semangat sejati Ducati dengan fokus kepada reka bentuk, inovasi dan keseronokan. Ia juga memberikan kombinasi sempurna antara keselesaan dan prestasi yang luar biasa. Produk generasi terkini ini direka khas untuk menakluki jarak dan kecerunan yang di luar jangkaan.
Edisi Terhad Futa juga tersedia dengan hanya 50 unit bernombor dihasilkan. Mereka yang mencari kelengkapan standard yang lebih canggih, basikal ini juga lebih ringan, iaitu 12.2 kg untuk saiz M.
Carbon Fibre Frame
Bingkai karbon fibre monocoque pada Futa dibina dengan geometri sukan yang memfokus kepada kecekapan, sambil mengambil kira aspek aerodinamik dan kelajuan.
Rangka belakang yang padat dengan sarung yang rendah, memberikan keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan rintangan aerodinamik. Segi tiga belakang yang rigid secara lateral memastikan penghantaran kuasa yang cekap kepada roda dan juga meningkatkan tindak balas basikal. Permainan warna livery yang menggabungkan kelabu dan hitam dengan sentuhan merah Ducati menonjolkan lagi rekaan bingkai ini.
Teknologi Berkemampuan Tinggi
Aplikasi FSA, boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan Android, membolehkan penunggang melihat statistik pemanduan, status bateri, dan status cas secara cepat dan mudah. Pengguna juga boleh memuat turun kemaskini perisian serta berhubung dengan pusat servis FSA di seluruh dunia. Bateri FSA 250Wh terletak secara sempurna dalam tiub bawah, dengan pilihan untuk memasang pengembang jarak tambahan 250Wh.
Pengendalian yang intuitif dan selesa diperolehi dengan pemilihan pengendali karbon UD yang boleh disesuaikan dalam tiga posisi. Ini membolehkan penunggang menukar kelajuan dengan mudah. Selain itu, basikal ini turut merangkumi kerangka karbon dan brek cakera 160 mm yang kuat dan modular.
Pemegang handle dalam serat karbon menawarkan keselesaan yang tinggi dengan lengkungan ke hadapan 10°, memudahkan penunggang untuk mendapatkan kedudukan yang selesa untuk bernafas.
Roda yang kukuh dan berkualiti memberi kecekapan kayuhan yang baik, terutama semasa memecut basikal. Tayar Pirelli Cinturato Velo “tubeless ready” (35×700) menjanjikan cengkaman yang baik, keselesaan, dan ketahanan.
Harga bagi basikal ini bermula dari RM38,655 untuk model asas, namun basikal ini secara rasmi hanya berada di beberapa pasaran negara termasuk Indonesia, Eropah, UK, US, Filipina, Switzerland & Australia.
Ducati Futa bukan sahaja melangkah ke hadapan dalam pengalaman E-Road, tetapi juga memberikan keseronokan, prestasi, dan kecemerlangan yang dijangka daripada sebuah basikal canggih yang memenuhi cita rasa pengguna.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Hyundai Buka Cawangan Baharu di Petaling Jaya
Hyundai Motor Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran tempatan dengan pelancaran pusat jualan di Petaling Jaya, hasil kerjasama...