Honda Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa model baharu Honda HR-V kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar sah Honda seluruh negara.
Serta melalui platform atas talian rasmi Honda Malaysia. Dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun 2025, model ini kembali sebagai antara model paling digemari dalam kategori SUV B bukan nasional. Serta model jualan tertinggi Honda dari Januari hingga Mei 2025.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2015, HR-V telah memberi impak besar dalam segmen SUV di Malaysia dan menjadi pilihan utama rakyat dengan lebih 169,000 unit terjual setakat Mei 2025.
HR-V terus menarik minat pelanggan di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan gabungan reka bentuk bergaya, ruang dalaman praktikal serta prestasi boleh dipercayai.
Reka bentuk baharu HR-V tampil dengan gaya lebih segar dan yakin dari setiap sudut, menjadikannya pilihan menarik untuk peminat SUV. Model HR-V e:HEV RS hadir dengan ciri baharu seperti:
Teknologi e:HEV bukan sahaja menawarkan kecekapan bahan api yang luar biasa, malah memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Enjin 1.5L e:HEV menjana 131PS dan 253Nm. Menawarkan pecutan lancar serta responsif.
HR-V juga menawarkan tiga mod pemanduan – Econ, Normal dan Sport – untuk keselesaan di bandar mahupun perjalanan jauh.
Bagi mereka yang gemarkan pemanduan lebih bertenaga, HR-V baharu turut tersedia dengan enjin 1.5L DOHC VTEC Turbo yang menghasilkan 181PS dan 240Nm. Serta enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang memberikan pemanduan lancar dan efisien dengan 121PS dan 145Nm.
Dari segi keselamatan, HR-V dilengkapi teknologi Honda SENSING yang kini ditambah baik dengan Adaptive Driving Beam dan Active Cornering Light. Ciri-ciri ini menambah keyakinan pemanduan dan menjadikan HR-V sebuah SUV pintar yang lengkap dan selamat.
Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Phoenix Orange Pearl yang menyerlah dan Crystal Black Pearl yang elegan. Memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan mengikut gaya peribadi masing-masing.
Pelanggan boleh membuat tempahan HR-V Baharu di laman prebook.honda.com.my atau melalui aplikasi HondaTouch. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Honda berdekatan, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
Dari Honda Malaysia
Baca juga Selamat Tinggal Honda Civic Type R
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.