Kereta

GWM TANK 500 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

Share

GWM Malaysia kembali menghangatkan pasaran automotif tempatan dengan pengenalan satu lagi jentera serba boleh yang padat dengan gaya dan teknologi – GWM TANK 500 HEV. 

SUV hibrid premium ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat dan tempahannya kini sudah dibuka kepada umum. Kalau anda sedang mencari SUV yang bukan sahaja tampan di mata, tapi juga mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan jalan – ini mungkin jawapannya.

Prestasi Jualan Model Sebelumnya

Melihat kepada kejayaan TANK 300 sebelum ini. TANK 500 HEV dibangunkan sebagai jawapan untuk mereka yang mahukan lebih daripada SUV biasa. Ia padat dengan kuasa, kemewahan dan inovasi – satu kombinasi yang sukar ditandingi dalam pasaran semasa.

Di bawah bonet, TANK 500 HEV dikuasakan enjin turbo 2.0-liter 4-silinder yang digandingkan dengan sistem hibrid dan transmisi automatik 9-kelajuan. Hasilnya? Kuasa gabungan sebanyak 346 PS dan tork maksimum 648 Nm. Angka yang cukup garang untuk sebuah SUV bersaiz penuh. 

Ia juga datang dengan sistem pacuan semua roda (4WD) pintar lengkap dengan M-Lock. Serta 11 mod pemanduan termasuk mod off-road seperti TANK Turn dan Off-Road Cruise Control. Pendek kata, nak redah bandar atau hutan – dua-dua boleh!

Dimensi Kenderaan

Dari segi saiz, TANK 500 HEV ini bukan calang-calang. Panjangnya mencecah 5,078 mm, lebar 1,934 mm dan tinggi 1,905 mm. Cukup besar untuk memuatkan tiga baris tempat duduk yang selesa untuk tujuh orang. Dan jangan risau tentang keselesaan, sebab bahagian dalamannya memang kelas atasan.

Bayangkan anda duduk di kerusi balut kulit NAPPA, dengan audio Infinity mengalunkan muzik kegemaran. Sambil duduk di tempat duduk hadapan yang ada fungsi urut dan pengudaraan. 

Malah, ada pemijak sisi elektrik untuk memudahkan naik turun. Ini bukan sekadar SUV – ini ruang santai bergerak.

Ciri Keselamatan

Dari sudut keselamatan pula, GWM tidak berkompromi. Enam beg udara, struktur badan yang kukuh, serta teknologi bantuan pemanduan tahap L2+ menjadikan TANK 500 HEV ini bukan sahaja selesa tetapi juga selamat. 

Ia juga dilengkapi dengan ‘transparent chassis’. Fungsi unik yang membolehkan anda melihat keadaan bawah kereta semasa memandu off-road. Memang canggih!

Untuk penampilan luar pula, anda boleh pilih antara tiga warna bergaya – Crystal Gray, Hamilton White, atau Sun Black. Mana satu pun, semuanya menaikkan aura premium jentera ini.

Harga anggaran bagi TANK 500 HEV adalah di bawah RM350,000. Ia boleh didapati secara eksklusif di 14 pengedar GWM di seluruh negara. Termasuk di lokasi popular seperti Glenmarie, Setia Alam, Sungai Besi, USJ, Butterworth, dan Johor Bahru.

Kalau anda jenis kaki kembara tapi tetap mahu kekal bergaya dan selesa. Inilah masa untuk jadi antara yang terawal memiliki SUV hibrid premium yang bakal mengubah cara kita lihat dunia off-road. Untuk info lanjut atau nak buat tempahan, layari saja gwm.com.my.

Dari GWM Malaysia

Baca Juga GWM Malaysia Anjur ‘Raya Bersama GWM’ – Rumah Terbuka, Hadiah Lumayan & Promosi Hebat!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan