SUV hibrid terbaharu dari Great Wall Motor (GWM) Malaysia, GWM HAVAL H6 HEV telah mencipta kejutan di pasaran tempatan. Ini selepas mereka mencatat lebih 1,500 tempahan hanya dalam sebulan selepas pelancaran.
Malah, sebanyak 200 unit pertama model pemasangan tempatan (CKD) ini telah berjaya dihantar ke pelanggan di seluruh negara. Menunjukkan permintaan yang sangat tinggi untuk SUV ini.
Komited untuk membawa kenderaan berkualiti yang berpatutan ke pasaran tempatan. Syarikat ini memperkukuh kedudukannya melalui strategi “long-termism” yang berasaskan empat tonggak utama – ‘Locally Built’, ‘Locally Operated’, ‘Locally Cultivated’, dan ‘Supply Chain Integrated’.
Dengan pendekatan ini, GWM bukan sahaja berupaya memenuhi selera pengguna Malaysia. Malah, mencapai prestasi cemerlang di peringkat global dengan jualan sebanyak 122,700 unit dalam suku ketiga 2024. Menunjukkan peningkatan tahunan hampir 40%. Setakat ini, jenama HAVAL telah mencapai 9 juta jualan kumulatif di seluruh dunia.
Ramai peminat SUV menyatakan kelebihan dari aspek kecekapan bahan api dan kuasa yang ditawarkan oleh enjin turbo 1.5L hibridnya. Model ini memadukan tenaga elektrik dan petrol, menghasilkan kuasa maksimum 243 PS serta tork 530 Nm.
Dengan teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT), SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.7 saat.
Menjadikannya sesuai untuk pemanduan harian yang lancar, ditambah pula dengan keupayaan untuk mencapai jarak sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh!
Di pasaran Malaysia, GWM HAVAL H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800, dengan lima pilihan warna yang menarik – Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black.
Bagi peminat SUV yang mengutamakan gaya dan prestasi, ini adalah satu pakej yang sukar untuk dilepaskan.
Sebagai penghargaan kepada pelanggan awal, GWM Malaysia turut menawarkan beberapa promosi menarik. Bagi pembelian pada tahun 2024, pemilik berhak menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun termasuk alat ganti dan kos buruh.
Selain itu, pemilik GWM sedia ada boleh menikmati rebat tambahan sebanyak RM3,000 untuk pembelian HAVAL H6 HEV. Tawaran waranti juga cukup mengagumkan, termasuk waranti enjin selama 10 tahun atau 1 juta kilometer. Waranti sistem hibrid 8 tahun atau 1 juta kilometer dan waranti penuh kenderaan selama 7 tahun atau 200,000 km.
Seorang pemilik GWM HAVAL H6 HEV baru-baru ini berkongsi pengalamannya di acara GWM Family Day. Menyatakan bahawa prestasi model ini benar-benar menepati jangkaan beliau setelah mendengar reputasi SUV ini di China.
“Sangat sesuai untuk perjalanan harian saya dengan satu tangki penuh yang boleh membawa saya hingga 1,000 km,” kata beliau. Tawaran waranti yang panjang dan penyelenggaraan percuma turut menambah keyakinan beliau untuk memilih HAVAL H6 HEV sebagai kenderaan utama.
Dengan sambutan yang menggalakkan, GWM HAVAL H6 HEV jelas menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna yang mencari SUV yang berkuasa, praktikal dan efisien. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan. Layari laman web rasmi GWM Malaysia untuk maklumat lanjut dan promosi eksklusif.
Dari GWM Malaysia
Baca Juga GWM HAVAL H6 HEV – SUV Hibrid Terkini dari RM139,800
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.