Pada 22 hingga 23 Jun 2024, KL Base Kuala Lumpur akan menjadi pusat tumpuan penggemar permotoran dengan penganjuran program BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024.
Acara ini akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam. Dianjurkan oleh Kelab MUSC Motorsports yang berdaftar dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk acara drag racing, autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, karnival makanan dan konsert turut diadakan.
Poster rasmi Core Autofest
BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024 akan menjadi perhimpunan gergasi permotoran terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, menggabungkan elemen sukan dan rekreasi yang sihat.
Ads
Antara segmen menarik yang akan diadakan termasuk acara drag racing, “test n tune”, CORE Autofest bagi autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, Brew & Camp Autofest untuk peminat Camper Malaysia. Tidak ketinggalan, akan diadakan juga perhimpunan kelab-kelab kereta dan motosikal serta konsert kumpulan rock terkenal, XPDC.
Program ini menyasarkan penyertaan 1,000 peserta dan dihadiri sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung dari seluruh negara dan luar negara. Ini termasuk peserta dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Pameran motosikal pelbagai kelas
Selain menyediakan ruang promosi dan jualan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan. Program ini juga diharapkan dapat membantu merancakkan sektor pelancongan domestik melalui kehadiran ribuan pengunjung dari luar Kuala Lumpur dan negara-negara jiran.
Ads
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan menyaksikan festival permotoran terbesar di Malaysia ini!
Bersiap sedia, Malaysia! Musim baharu GT World Challenge Asia powered by AWS bakal membuka tirai hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang. Segalanya nampak seperti permulaan yang penuh aksi untuk tahun yang mungkin paling kompetitif dalam sejarah siri ini.
Sebanyak 33 jentera GT3 akan berentap, termasuk 32 pasukan penuh musim dan satu penyertaan khas perlumbaan-ke-perlumbaan. Dan angka ini sama seperti perlumbaan pembukaan musim lalu, menjadikan Sepang sebagai medan klasik pembuka tirai.
Antara nama yang mencuri tumpuan ialah juara bertahan Bob Yuan, Leo Ye Hongli dan pasukan Origine Motorsport. Trio dari China ini turun dengan kombinasi yang sama seperti musim lalu. Dengan misi menjadi pasukan pertama yang menjuarai gelaran keseluruhan dua kali dalam sejarah GT World Challenge Asia.
Namun, jalan mereka bukan mudah. Barisan pelumba tahun ini dipecahkan kepada tiga kategori utama. Pro-Am, Silver dan Silver-Am, masing-masing menampilkan bakat-bakat luar biasa. Ramalan siapa bakal juara? Hampir mustahil.
Bagi peminat sukan permotoran global, hujung minggu ini cukup istimewa. Eropah juga akan membuka musim GT mereka di Circuit Paul Ricard, menjadikan semua empat siri GT World Challenge – Asia, Eropah, Amerika dan Australia – berjalan serentak. Di Sepang, tujuh jenama gergasi tampil: Audi, BMW, Corvette, Ferrari, Lamborghini, Mercedes-AMG dan Porsche.
Semua aksi boleh disaksikan secara langsung di saluran YouTube rasmi SRO GT World pada hari Sabtu dan Ahad, dengan dua perlumbaan berdurasi 60 minit yang menandakan permulaan musim ke-7.
Menariknya, Yuan dan Ye tidak pun menang di Sepang tahun lalu. Sebaliknya, kemenangan dibahagikan antara Lu Wei, Franky Cheng, dan Adderly Fong dan ketiga-tiga mereka kembali pada 2025!
Lu Wei, misalnya, mendominasi sebahagian besar musim lalu, sebahagian besarnya hasil prestasi mantap di Sepang. Tahun ini, beliau bakal digandingkan dengan pelumba kilang Porsche, Bastian Buus – satu kombinasi yang pasti akan memberi saingan sengit kepada rakan sepasukan mereka sendiri.
Cheng dan Fong pula kekal dalam keluarga Phantom Racing, namun tidak lagi sepasukan. Cheng kini bergandingan dengan James Yu dalam entri Silver yang menggunakan Audi. Manakala Fong berpindah ke salah satu Porsche dalam pasukan sama.
Porsche turut membawa pasangan yang cukup berbisa – juara keseluruhan 2023 dan juara Pro-Am Anthony Liu kini bergandingan dengan bintang muda Dorian Boccolacci, yang menyerlah dalam penampilan sulung di Okayama tahun lalu.
Mercedes-AMG tidak mahu ketinggalan dengan menyenaraikan dua pemandu kilang: Jayden Ojeda dan Ralf Aron. Kini bergandingan dengan Zhou Bihuang – pemenang perlumbaan 2024.
BMW pula bangkit semula menerusi pasukan Plus Racing dan Team KRC yang kini menggunakan jentera baharu Evo-spec M4. Corvette juga tampil dengan dua kereta melalui pasukan JMR. Kini bersama GM selepas berpisah dengan Mercedes-AMG.
Yang menarik, pasangan diraja tempatan Putera Jefri dan Putera Abu Bakar Ibrahim turut menyertai barisan ini, disertai oleh Alexander Sims dan Jordan Love.
Ferrari pula diwakili oleh Winhere Harmony Racing, serta dua juara Am Class — David Tjiptobiantoro dan Christian Colombo. Kini mempertahankan kejuaraan mereka daripada cabaran pasukan seperti AMAC, Andrew Macpherson, Ben Porter, dan tiga pesaing lain.
Lamborghini? Diterajui oleh Absolute Corse, jentera Huracan ini bakal cuba mengulangi kejayaan 2024 bersama VSR, yang mencatat kemenangan keseluruhan pertama sejak 2018.
Nissan mungkin tidak layak menyumbang mata global, namun menerusi 5ZIGEN, mereka masih berbahaya. Yu Kanamaru kembali bersama rakan baharu Motoki Katami.
Pendatang baharu, Uno Racing, membawa Audi ke pentas Sepang. Manakala bekas juara GT4, Reinhold Renger, akhirnya membuat debut GT3 bersama Elegant, lapan tahun selepas penampilan terakhirnya!
Dan ya, satu penyertaan khas – Ferrari dari Absolute Corse – menambah warna pada perlumbaan pembuka ini.
Diskaun Tanpa Tuntutan, atau lebih dikenali sebagai NCD (No Claim Discount), adalah perkara yang sangat penting pada kenderaan dan juga duit poket anda. NCD berfungsi sebagai insentif kepada pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan terhadap polisi insurans mereka sepanjang tempoh tertentu.
Ganjaran ini merupakan pengurangan premium yang perlu dibayar semasa pembaharuan polisi, dengan kadar diskaun yang meningkat setiap tahun sehingga mencapai puncaknya pada 55%.
NCD diberikan secara automatik kepada pemegang polisi insurans kenderaan semasa mereka memperbaharui polisi mereka. Bermula dengan tiada diskaun pada tahun pertama, pemilik kereta boleh menikmati diskaun sebanyak 25% pada tahun kedua, meningkat secara berperingkat sehingga 55% pada tahun keenam dan seterusnya, selagi mereka tidak membuat sebarang tuntutan insurans.
Sekiranya tuntutan dibuat, NCD sedia ada akan terjejas. Contohnya, jika anda memiliki NCD 30% pada tahun ketiga dan terlibat dalam kemalangan yang memerlukan tuntutan insurans, NCD anda akan dikembalikan ke 0% pada pembaharuan berikutnya. Namun, terdapat pengecualian seperti kemalangan di mana pihak anda tidak bersalah (no-fault damage), yang mungkin tidak mempengaruhi status NCD anda.
Pembelian tambahan perlindungan cermin (windscreen cover) memungkinkan anda untuk membuat tuntutan kerosakan cermin tanpa mempengaruhi NCD anda. Tanpa perlindungan ini, tuntutan kerosakan cermin akan mengurangkan NCD anda.
NCD boleh dipindahkan ke kenderaan lain jika pemilik menjual kenderaan lama dan membeli yang baru. Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan pemindahan NCD, sama ada melalui pembatalan polisi, penggunaan NCD dari polisi yang telah tamat, atau pengeluaran NCD untuk kegunaan pada kenderaan baru.
Jika NCD tidak digunakan dalam tempoh setahun selepas anda menjual kenderaan, nilai NCD tersebut akan mula berkurangan setiap tahun sehingga habis. Ini menunjukkan kepentingan mengaktifkan NCD dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kerugian diskaun yang telah diperoleh.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan mengadakan acara pandu uji off-road pada 20 dan 21 Julai 2024, di M4TREC, sebuah pusat latihan dan pengalaman 4WD di Semenyih.
Acara ini diadakan bersempena dengan pelancaran terbaru GWM TANK 300 di Malaysia. SUV off-road ini yang diimport sepenuhnya (CBU) ditawarkan pada harga kompetitif RM 250,000 di atas jalan tanpa insurans.
Datang dalam empat warna menarik, Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black, dan Pearl White.
Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri halangan dan cabaran yang direka khas untuk menunjukkan kemampuan GWM TANK 300. Selain itu, peserta boleh menerima latihan daripada jurulatih pakar tentang cara menghadapi apa jua rupa bumi lasak semasa pengembaraan luar mereka.
Terdapat beberapa halangan hebat di pusat tersebut yang boleh diatasi oleh orang ramai dengan GWM TANK 300. Seperti Jambatan Kayu, Axle Twister, Ridge Crossing, Trek Kayu, Turun Bukit, Mendaki Bukit dan lain-lain.
Selain itu, semua peserta yang datang untuk pandu uji akan menerima hadiah eksklusif barangan GWM. Untuk memastikan tempat anda untuk pengalaman pandu uji off-road ini, RSVP sekarang di https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9.
Tambahan lagi, GWM menawarkan kepada 300 pelanggan pertama GWM TANK 300:
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.gwm.com.my atau hubungi talian bebas tol GWM 1-800-8-GWM (496).
KTMB tambah 26 perjalanan tren Hari Raya 2026 sebagai langkah proaktif menampung lonjakan permintaan penumpang menjelang Aidilfitri.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan 26...