Kereta

BYD Tampilkan SUV Terbaru, Fang Cheng Bao 5 Dengan 677 HP & Teknologi PHEV

Share

BYD kini menjadi salah satu sub-jenama serba baharu yang dikhaskan untuk SUV off-road. Jadi, beberapa bulan lepas kita dah tahu pasal debut model pertama di bawah sub-jenama ni, iaitu Leopard 5 atau lebih dikenali sebagai Bao 5.

Kalau nak tahu, nama “Fang Cheng Bao” ni sebenarnya merangkumi gabungan antara ketepatan (Fangcheng = formula) dan kelenturan (Bao = harimau bintang). Macam cool je bunyi, kan?

Maklumat terkini daripada Car News China mengatakan yang SUV Bao 5 ni dibina atas platform Dual Mode Off-road (DMO) Super Hybrid Platform. Jadi, saiz dia tak main-main, panjang 4,890 mm, lebar 1,970 mm, tinggi 1,920 mm dengan wheelbase 2,800 mm.

Kredit Foto: Careta.my

Cerita pasal kemampuan off-road dia pun tak kurang hebatnya. Sudut pendekatan dia 35 darjah, sudut pelepasan 32 darjah, dan tinggi bebas tanah 220 mm. Suspensi dia pulak pakai double-wishbone untuk gandar depan dan belakang. Tetapan macam pro off-roader betul!

Lebih menarik kuasa dia datang dari dua motor elektrik (271 hp depan, 382 hp belakang) dan enjin turbo 1.5 liter (181 hp). Bao 5 mempunyai 16 mod pemanduan yang boleh dipilih mengikut situasi. Jadi, total kuasa yang dia boleh keluarkan ialah 677 hp dan tork 760 Nm. Kalau nak pecut dari 0-100 km/jam, dia boleh buat dalam masa 4.8 saat je.

Yang menariknya, dia punya sistem plug-in hybrid dengan bateri LFP 31.8 kWh. Pengecasan pantas DC 100 kW pula membolehkan dia cas dari 30-80 peratus dalam masa 16 minit. Tambahan ada fungsi pengecasan kenderaan-ke-kenderaan (V2V) dan vehicle-to-load (V2L) 6 kW.

Nak tahu lagi, dengan tangki bahan api sebesar 85 liter, Bao 5 boleh cover jarak sehingga 1,200 km. Jadi, road trip jauh-jauh tu takde masalah!

Kredit Foto: Careta.my

Tidak habis disitu, dalam kabin dia ada dua skrin besar masing-masing 12.3 inci, skrin tengah 15.6 inci, butang kawalan di konsol tengah, tempat duduk kulit Nappa, dan sistem audio DEVIALET dengan 18 pembesar suara.

Kerangka dia pula mempunyai 96% keluli berkekuatan tinggi, 10 kali lebih kuat berbanding kerangka standard industri. Keselamatan pun tak kurang penting, dengan 11 beg udara dan teknologi ADAS Tahap 2+ untuk semua varian.

Kalau nak bawa balik ke Malaysia, harga jualan dia di China bermula dari 289,900 yuan (RM189,154). Bila Bao 5 ini dilancarkan, BYD kini ada tiga sub-jenama premium, termasuklah Denza, Fang Cheng Bao, dan YangWang. Memang strategi yang menarik dari jenama China ni.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan