Kerajaan Umum Bekalan NGV Akan Ditamatkan Mulai 1 Julai 2025

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan keputusan penting kerajaan mengenai masa depan penggunaan bahan api gas asli mampat (NGV) bagi kenderaan di Malaysia. 

Bermula 1 Julai 2025, mana-mana kenderaan NGV tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan di jalan raya Malaysia. Langkah ini bertujuan bagi meningkatkan keselamatan pengguna dan masyarakat amnya.

Selain itu, kerajaan memutuskan bahawa PETRONAS akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat hingga penamatan penuh mulai tarikh tersebut. Keputusan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor utama. Terutamanya keselamatan pengguna kenderaan NGV. 

Kerajaan Umum Bekalan NGV Akan Ditamatkan Mulai 1 Julai 2025
NGV Bakal ditamatkan pada Julai 2025 – Foto Careta

Jangka Hayat Tangki NGV

Sejarah penggunaan NGV menunjukkan kemuncak pemasangan kit kenderaan NGV berlaku antara tahun 1995 hingga 2014. Kebanyakan kenderaan NGV kini menghampiri fasa akhir hayat tangki mereka, iaitu sekitar 15 tahun. Jika tangki ini tidak diganti, risiko kegagalan fungsi dan kemalangan maut akan meningkat.

Di samping itu, terdapat pengguna yang melakukan ubah suai berbahaya dengan menggunakan silinder gas LPG, yang tidak sesuai dan boleh menyebabkan letupan. LPG hanya mampu menahan tekanan rendah berbanding tangki NGV yang direka khas untuk tekanan tinggi. 

Ads

Selain kos penggantian komponen NGV yang tinggi, alat ganti tulen NGV semakin sukar diperoleh di pasaran. Situasi ini mendorong segelintir pengguna menggunakan tangki terpakai atau ubah suai tidak diiktiraf. Ini boleh mengancam nyawa mereka dan orang sekeliling.

Kerajaan Umum Bekalan NGV Akan Ditamatkan Mulai 1 Julai 2025
Anthony Loke memerhati terminal NGV di Stesen minyak PETRONAS – The Malaysian Reserve

Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV

Sehubungan dengan ini, kerajaan memperkenalkan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk membantu pemilik kenderaan NGV beralih kepada bahan api lain. Program ini merangkumi tiga pakej:

  1. Pakej Bantuan One-Off untuk Pemandu Teksi NGV
    Pemandu teksi NGV yang layak akan menerima bantuan e-baucar bernilai RM3,000 melalui aplikasi Setel. Bantuan ini hanya terbuka kepada pemandu berdaftar yang aktif antara 1 Januari 2024 hingga 30 September 2024. Pemandu yang mendaftar selepas 30 September 2024 tidak layak memohon. Pembayaran akan dilakukan dalam masa 15 hingga 30 hari bekerja selepas permohonan berjaya.

  2. Pakej Menanggalkan Kit NGV
    Pemilik kenderaan dwi-bahan api NGV yang berdaftar dengan JPJ layak mendapat pakej ini. Semua kos penanggalan akan ditanggung sepenuhnya, dan proses ini hanya boleh dilakukan di bengkel berdaftar. Pakej ini terbuka kepada kenderaan aktif yang didaftarkan antara 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2024.

  3. Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV
    Pakej ini menyediakan pembayaran one-off berdasarkan nilai semasa kenderaan NGV tunggal. Pemilik perlu menyerahkan kenderaan mereka untuk dilupuskan di fasiliti berlesen AATF dan membatalkan pendaftaran di JPJ. Proses ini bertujuan mengelakkan salah guna dan ubah suai haram.

Permohonan untuk pakej bantuan ini boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi, www.peralihanngv.com, dengan tarikh tutup seperti berikut:

Ads
  • Bantuan Pemandu Teksi NGV: 31 Disember 2024
  • Bantuan Kenderaan Dwi-bahan Api: 30 April 2025
  • Bantuan Kenderaan Bahan Api Tunggal: 31 Disember 2024

Selepas 1 Julai 2025, bekalan runcit NGV akan dihentikan sepenuhnya di Malaysia. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang tersebut atau hubungi khidmat pelanggan di Mesralink, 1 800 88 8181.

Dari Careta

Ads

Baca Juga Kerajaan Perkenal RUU Baru Lindungi Pemandu E-Hailing, Penghantar Motosikal

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI