Automotif

Kenapa Harga Helmet Boleh Mencecah Puluhan Ribu Ringgit?

Share

Di Malaysia, kita ada budaya unik dari peminat sukan permotoran dua roda, apakah itu? Budaya membeli dan mengumpul helmet yang edisi khas, edisi terhad dan helmet yang mendapat permintaan tinggi namun tidak diteruskan produksi.

Roda Panas pada suatu tempoh lalu pernah menjengah ke kedai FT Garage Helmet di Klang untuk mengupas jawapan dari pakar helmet di kawasan Klang dan mungkin pakar helmet di semenanjung (sebab cawangan mereka se-Malaysia).

Terima kasih kepada brother Satte Fummi (nama timangan) sebab banyak kongsikan sejarah, perangai orang Malaysia beli helmet dan harga helmet yang kadang-kadang tak masuk dek akal.

Ini apa yang kami borak..

Hos: Dua tiga tahun dulu, pernah viral orang jual helmet sampai RM80,000, kami nak tahu kenapa sampai tinggi tu, apa special-nya helmet tu ?

Fummi: Ini saya punya pendapat lah, ini bukan jawapan mutlak, jadi, saya punya pendapat kenapa helmet tu jadi RM80,000…Kalau nak tahu harga asal helmet tu mula-mula keluar tak sampai harga macam tu pun, asal-asalnya harga masih standard (RM2-3K). Tapi masa tu orang tak terfikir pun helmet ni boleh pergi jauh…

Jadi, kenapa helmet tu boleh cecah harga begitu adalah 

1) kuantiti tak banyak, boleh kira satu dunia berapa je ada helmet ni, ditambah dengan permintaan yang tinggi

2) salah satu bentuk pelaburan, tak mustahil lagi 2 tahun akan datang helmet yang RM80K boleh jadi RM100K 

3) Nilai sentimental yang ada pada helmet tersebut..bergantung kepada tuan sebelumnya punya penjagaan dan penggunaan

 

Hos: Kita sebagai orang biasa macam mana nak tahu helmet yang kita beli ada unsur-unsur pelaburan dalam tu?

Fummi: Okay bang saya mula masuk FT Garage ni tahun 2015, kalau ikut peringkat awal, kebanyakkan orang yang beli helmet tak terfikir pun untuk melabur sebab kebanyakan diorang beli, memang untuk dipakai…

Dia yang membuatkan ia jadi pelaburan selepas 2-3 tahun helmet tu berhenti produksi, tiba-tiba harga helmet tu mahal. Saya ambil contoh harga J-Stream, dalam keluarga Shoei dia antara produk yang paling rendah ketika kami jual tahun 2016. Masa tu harga RM1,450, tapi bila dia berhenti produksi harga dia naik 4-5 kali ganda. 

Contoh seperti J-Stream biru, maroon, kelabu, putih, harga dia sama je tidak kira warna pun tapi bila dia berhenti produksi, penjual mula letak harga ikut warna. Warna asas macam hitam, putih harga dia murah, katakan dah berhenti produksi harga akan jadi lebih kurang RM2,500 atau RM3,000. Untuk warna lain, dia boleh mencecah harga sampai RM3,000-RM5,000.

Pada alaf baru ni, ramai rider-rider dah tahu, tak kira jantina dan umur, ramai yang dah sedar beli helmet berjenama seperti Arai, Shoei ni memang boleh buat pelaburan. Sebagai contoh, helmet rakan kami, Arai GP2 ni, sementara produksi helmet ni diteruskan, harga semasa lebih kurang RM2,750 ke RM2,950 tapi bila berhenti produksi, harga boleh mencecah RM3,000-RM5,000 sebab barang dah tiada tapi permintaan ada. 

Kredit Foto: Faris Pitbrakes

Saya ambil contoh helmet ni (Arai Speed King), helmet ni biasa je, kalau pakai pun belum tentu boleh terbang, tapi kita boleh tengok harga dia berapa…RM8,950…ye dia ada kira-kira dan sebab-musababnya kenapa harga jadi macam ni, jadi kalau saya nak explain pasal harga nanti boleh jadi 2-3 hari punya video, jadi saya berhenti di sini dulu…

Kesimpulannya, dari minat juga kita boleh menghasilkan rezeki yang melimpah-ruah jika kena pada masa dan produknya. Semoga ini memberi pencerahan kepada pembaca di luar sana mengenai sesetengah harga helmet yang bernilai puluhan ribu ringgit di pasaran Malaysia ini. 

Baca: Gracshaw Lancarkan Topi Keledar Edisi Terhad Gennex Inspirasi Karakter Komik DC

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan