Ketika SUV mendapat pujian, kereta sedan masih berdiri dengan kukuh sebagai pilihan utama bagi peminat automotif yang mencari prestasi dan kelincahan. Audi S3 Saloon dan Sportback, yang kini memasuki generasi keempat, tetap setia kepada warisan sedan yang kuat dengan prestasi tinggi.
Audi baru-baru ini berkongsi sepuluh perkara menarik mengenai S3 2024 yang menjadikan kereta ini pilihan yang menarik bagi peminat sedan berprestasi.
Kuasa dan Tork yang Lebih Tinggi: Enjin 2.0 liter TFSI empat silinder menghasilkan kuasa sebanyak 333 ps dan tork 420Nm, memberikan peningkatan prestasi pecutan dan ketangkasan. Dengan daya kilas maksimum pada julat 2,100 hingga 5,500 rpm, S3 mampu mencapai 0-100 km/j dalam 4.7 saat.
Penalaan Enjin yang Dioptimum: Pengecas turbo yang dalam keadaan bersedia memastikan penghantaran kuasa yang lebih responsif, manakala injap pendikit yang dibuka dalam peringkat tujah turut meningkatkan prestasi.
Tetapan Transmisi yang Lebih Sporti: Kotak gear S tronic tujuh kelajuan membolehkan S3 dipercepat dengan lebih pantas, dengan masa penukaran gear yang dipendekkan dan kelajuan enjin ditingkatkan dalam separa injakan.
Pemisah Daya Kilas (Tork): Dilengkapi dengan pemisah daya kilas, S3 dapat meningkatkan kelincahan dan kestabilan dengan pembahagian daya kilas secara aktif di antara roda belakang.
Mod Pemanduan Audi Baharu: Mod Dynamic Plus menjanjikan dinamik pemanduan yang tinggi dengan penghantaran tujahan yang maksimum kepada roda belakang pada bahagian luar.
Kamber Negatif yang Lebih Besar: Audi memasang galas pangsi pada ampaian McPherson depan, membolehkan bukaan roda depan dengan kamber negatif yang lebih besar, menyumbang kepada cengkaman dan dinamika yang lebih tinggi di selekoh.
Stereng Progresif yang Dioptimumkan: Stereng progresif memberikan rasa pemanduan yang lebih langsung dan kejat pada sudut tengah, meningkatkan ketepatan dan maklum balas pemandu.
Breksa yang Lebih Berkuasa: S3 dilengkapi dengan cakera depan yang lebih besar, meningkatkan prestasi pembrekan dengan angkup brek omboh berkembar pada bahagian depan.
Tayar Prestasi Tinggi: Dengan tayar baharu saiz 19 inci, S3 menjanjikan cengkaman tinggi dan kestabilan di atas permukaan kering serta prestasi yang baik pada julat kelajuan.
Kawalan Penstabilan: Mod Sport ESC S3 dirancang untuk dinamika maksimum dengan peningkatan dalam campur tangan ESC, ciri-ciri cengkaman, dan nyah pecut.
Dengan gabungan keunggulan prestasi dan inovasi terkini, Audi S3 2024 meneruskan warisan sedan yang cekap dan dinamik, memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada peminat sedan berprestasi.