Automotif

Raja ‘Supercharged’ Kembali! Apa Yang Baharu Pada Kawasaki Ninja H2 2027?

Share

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali Ke Eropah: Patuh Euro5+, Kuasa Berkurang Namun Hadir dengan Naik Taraf Baharu

Kawasaki Europe secara rasminya mengumumkan kembalinya jentera supercharged ikonik mereka, Kawasaki Ninja H2 2027, ke pasaran Eropah dan United Kingdom (UK).

Ini merupakan kali pertama model flagship tersebut kembali ke benua berkenaan sejak dihentikan jualannya pada tahun 2020 akibat peraturan emisi yang ketat.

Kepulangan semula jentera ini dijayakan menerusi rombakan teknikal yang membolehkannya memenuhi piawaian emisi terkini Euro5+.

Patuh Piawaian Euro5+

Bagi mematuhi undang-undang emisi yang semakin ketat, Kawasaki terpaksa mengurangkan sedikit angka prestasi maksimum pada Ninja H2 2027 berbanding generasi terdahulu.

Baca Juga: Penggunaan “Dummy Buckle” dan Kesannya Terhadap Keselamatan Pengguna Kenderaan

Meskipun begitu, ia masih sebuah jentera yang amat berkuasa di atas jalan raya.

  • Output Kuasa 2027: Menjana 197 hp pada 11,000 rpm (meningkat kepada 206 hp bersama sistem Ram Air) dan tork maksimum 99.5 lb-ft pada 8,500 rpm.

  • Perbandingan Model Terdahulu (2026): Mampu menghasilkan 240 hp pada 11,500 rpm dan tork 104.9 lb-ft pada 11,000 rpm bersama Ram Air.

Walaupun berlaku penurunan kuasa, perubahan ini membolehkan Ninja H2 sah untuk dijual dan ditunggang semula di Eropah.

Bagi peminat tegar yang mahukan prestasi ekstrem tanpa had, Kawasaki kekal menawarkan Ninja H2R khusus untuk litar lumba yang mampu menjana kuasa melebihi 306 hp (sehingga 321 hp dengan Ram Air).

Rombakan Enjin Berkembar daripada Platform Z H2 SE

Untuk memastikan enjin 998cc 4-silinder selari ini melepasi piawaian Euro5+, jurutera Kawasaki telah melakukan rombakan menyeluruh pada komponen dalaman.

Antara perubahan penting termasuklah rekaan semula pada badan trotel (throttle bodies), omboh, kepala silinder, aci engkol (crankshaft), aci sesondol (camshafts), serta reka bentuk impeller baharu untuk unit supercharger.

Sistem ekzos turut direka semula dengan saiz paip baharu, susunan ruang pra-ekzos (pre-chamber) yang diperkemas, serta peredam bunyi (silencer) yang lebih panjang dan nipis.

Menariknya, strategi pengubahsuaian enjin dan nisbah gear ini sebenarnya diadaptasi daripada enjin Z H2 SE

yang telah sedia patuh emisi. Langkah ini merupakan cara paling efisien bagi Kawasaki untuk meluluskan semula Ninja H2 di bawah persijilan EPA dan CARB.

Naik Taraf Angkup Brek Brembo Hypure & Kokpit Digital

Walaupun reka bentuk luaran kekal mengekalkan identiti asal dengan skema warna Mirror Coated Spark Black dan rangka trellis hijau, Ninja H2 2027 menerima beberapa naik taraf mekanikal dan elektronik yang signifikan:

  • Brek Brembo Hypure: Ninja H2 menjadi model Kawasaki pertama yang dilengkapi dengan angkup brek monoblok Brembo Hypure, menggantikan unit Stylema terdahulu. Angkup baharu ini menawarkan kecekapan brek yang lebih ringan, tegar, dan tindak balas yang lebih linear.

  • Kluster Instrumen Baharu: Ruang kokpit kini menampilkan gabungan takometer analog dan skrin paparan TFT digital (seperti pada model Ninja H2 SX). Skrin ini menyokong dua mod paparan serta memudahkan kawalan bantuan elektronik seperti kawalan cengkaman (traction control), mod kuasa pelbagai tahap, dan cruise control.

  • Suspensi Kelas Atas: Kekal menggunakan sistem suspensi berprestasi tinggi menerusi fork hadapan KYB AOS-II 43mm dan penyerap hentak belakang Öhlins TTX36.

Penawaran Varian, Harga, dan Pasaran Global

Buat masa ini, pelancaran rasmi Ninja H2 2027 baru sahaja bermula di pasaran UK dengan tawaran dua pilihan varian utama:

Varian Ciri Khas Utama Anggaran Harga (UK)
Ninja H2 (Standard) Kemasan asal Mirror Coated Spark Black £28,600
Ninja H2 Carbon Upper cowling gentian karbon (CFRP) £31,350

Selepas pasaran UK dan Eropah, Kawasaki Motors Corp. U.S.A. dijangka akan membuat pengumuman rasmi bagi pasaran Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, adakah model Ninja H2 bakal menembusi ke pasaran Asia dan ianya masih menjadi tanda tanya. Untuk pasaran Malaysia setakat ini hanya ditawarkan model Kawasaki Ninja H2 SX dan untuk model H2 masih boleh dimiliki melalui pasaran recond.

Baca Juga : Kawasaki KLE500 Rasmi Dilancar, Harga Bermula RM32,900!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi