
JETOUR Malaysia terus memperkukuhkan kehadirannya dalam segmen kenderaan tenaga baharu apabila secara rasmi membuka tempahan bagi JETOUR T2 i-DM, model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) pertama jenama itu untuk pasaran tempatan sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.
Model yang membuat penampilan awam sulungnya di Malaysia ini turut diberikan harga anggaran bermula RM168,888, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung dan bakal pelanggan melihat lebih dekat SUV elektrifikasi yang bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Kehadiran T2 i-DM hadir tepat pada masanya ketika permintaan terhadap kenderaan hibrid dan elektrifikasi terus meningkat dalam kalangan pengguna Malaysia yang mahukan gabungan prestasi, kecekapan bahan api serta kebolehgunaan harian.
Dibangunkan berasaskan platform T2 yang telah dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu, varian i-DM mengekalkan karakter SUV lasak yang menjadi identiti model tersebut sambil memperkenalkan teknologi plug-in hybrid yang lebih canggih.
Ia menggunakan enjin 1.5 liter TGDI Dedicated Hybrid System yang digandingkan dengan sistem dwi-motor elektrik serta transmisi hibrid tiga kelajuan (3DHT).
Hasil gabungan tersebut membolehkan T2 i-DM menghasilkan kuasa keseluruhan 265kW dan tork maksimum 610Nm, memberikan prestasi yang mengagumkan tanpa mengorbankan aspek kecekapan tenaga.
Salah satu tarikan utama T2 i-DM ialah keupayaannya menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya melebihi 100 kilometer, sesuai untuk kegunaan harian.
Apabila digabungkan dengan enjin petrol, SUV ini dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 1,200 kilometer, menjadikannya pilihan menarik untuk pemanduan jarak jauh mahupun perjalanan rentas negeri.
Selain itu, T2 i-DM turut menyokong pengecasan AC dan DC, memberikan fleksibiliti lebih baik kepada pengguna yang ingin beralih kepada kenderaan elektrifikasi.
Dari sudut keselamatan dan teknologi, JETOUR tidak berkompromi apabila melengkapkan T2 i-DM dengan pelbagai ciri moden termasuk:
Gabungan ciri ini bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan, malah memberikan pengalaman pemanduan yang lebih yakin dan selesa.
Selain T2 i-DM, pengunjung KLIMS 2026 turut berpeluang melihat G700 Concept Car yang membuat kemunculan awam pertamanya di Malaysia.
Booth JETOUR juga menampilkan keseluruhan rangkaian SUV mereka termasuk:
Menariknya, model T1, T2, VT9 dan Dashing turut disediakan untuk sesi pandu uji sepanjang pameran berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi penyertaan mereka di KLIMS 2026, JETOUR Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi eksklusif kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa pameran.
Antaranya:
Dengan pembukaan tempahan T2 i-DM, JETOUR dilihat semakin serius dalam meneroka segmen elektrifikasi tempatan. Jika harga anggaran RM168,888 ini dikekalkan semasa pelancaran rasmi nanti, T2 i-DM berpotensi menjadi antara SUV PHEV paling menarik dalam kelasnya.
Hyundai Malaysia Lancar IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N di KLIMS 2026, Bawa Era…
Proton e.MAS 7 Premium Tawar Jarak Pemanduan Lebih Jauh dan Keselesaan Premium PRO-NET, anak syarikat…
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Buat Debut Serantau di KLIMS 2026, Pelancaran Malaysia Disahkan Suku…
