Automotif

Jaguar Perkenal Kereta Konsep Type 00, EV Baharu dengan Rekaan Inovatif

Share

Pengumuman Jaguar Type 00

Jaguar kini telah melangkah ke era baharu dunia automotif dengan memperkenalkan konsep inovatif mereka, Jaguar Type 00.

Konsep ini menjadi penanda aras kepada rekaan masa depan bagi model elektrik sepenuhnya.

Dengan harga jangkaan melebihi £120,000, Type 00 mempersiapkan Jaguar untuk meneroka semula dunia kenderaan elektrik (EV).

Kredit Foto : Website autocar

Gaya Rekaan Baharu untuk Jenama Bersejarah

Tumpukan perhatian kepada Jaguar Type 00 (Zero Zero), sebuah coupé konsep yang memperkenalkan gaya rekaan baharu untuk jenama berusia 90 tahun ini.

Type 00 menjadi penanda awal kepada koleksi EV Jaguar yang bakal berada di bilik pameran bermula 2026.

Direka sebagai model coupe dua pintu dengan siluet yang mengingatkan kita kepada model Jaguar E-Type 1961.

Kredit Foto : Website autocar

Inspirasi Klasik dan Ciptaan Baharu

Walaupun Type 00 hanya berfungsi sebagai prototaip dan tidak mungkin tidak akan dihasilkan secara langsung.

Namun, model ini memberi gambaran jelas tentang reka bentuk model pengeluaran jenama ini yang bakal menjadi saingan kepada Porsche Taycan.

Kredit Foto : Website autocar

Platform JEA dan Keupayaan Teknologi

Menerusi platform baharu yang dipanggil JEA, model pertama yang bakal diperkenalkan akan memiliki jarak pemanduan sejauh 430 batu dengan kemampuan pengecasan pantas – 200 batu hanya dalam 15 minit.

Ini mencadangkan bahawa model tersebut akan menggunakan bateri berkapasiti lebih daripada 100kWh.

Teknologi ini bukan sahaja menjadi penghubung antara rekaan masa lalu dan masa depan, tetapi juga memenuhi keperluan pengguna moden yang menginginkan prestasi tinggi dan kemudahan pengecasan yang pantas.

Rekaan Avant-Garde yang Berani

Jaguar Type 00 direka dengan garis-garis panjang dan tegas yang memberikan imej proporsi mewah, sesuatu yang cukup sinonim dengan Jaguar.

Permukaan modernisnya direka secara minimalis, dengan lengkungan-lengkungan ramping yang memberi impak visual yang bold.

Kredit Foto : Website autocar

Bahagian hadapan Type 00 hadir dengan rekaan “Strike Through” 16-bar yang menjadi ciri hiasan utama menggantikan gril tradisional.

Bonet panjangnya pula mempunyai jalur yang mengalir hingga ke cermin depan, menjadikannya penanda baharu kepada identiti Jaguar.

Konsep Reka Bentuk yang Moden dan Lestari

Kaca tingkap Type 00 juga menggarap tema rendah, dengan bumbung yang rata dan panel belakang yang “fast” tanpa tingkap belakang, menyerupai rekaan Jaguar XJS sebelum ini.

Sementara itu, bahagian dalamannya hadir dengan konsep moden dan lestari – menggunakan tekstil sustainable seperti Kvadrat dan tidak lagi menggunakan kulit.

Kredit Foto : Website autocar

Bahagian konsol tengah dihiasi dengan veneer batu semula jadi, Travertine Stone, yang dipadukan dengan elemen tembaga yang melintang sepanjang kabin.

Keberanian dan Kebijaksanaan dalam Rekaan

Ketiadaan tingkap belakang dan penggunaan cermin sisi digital menunjukkan usaha Jaguar untuk membawa sesuatu yang lebih canggih dan praktikal.

Kredit Foto : Website autocar

Pintu dihedral dengan engsel hadapan menambah keunikan pada konsep ini.

Manakala skrin pandang belakangnya yang dapat meluncur secara senyap memberikan pengalaman yang lebih dramatik dan mengurangkan keperluan kepada cermin sisi luaran.

Prestasi Aerodinamik yang Baik

Reka bentuk Type 00 yang rendah juga dihasilkan bagi memastikan prestasi aerodinamik yang baik, walaupun bahagian hadapannya yang agak tegak mungkin tidak memberi kelebihan besar dalam ujian terowong angin.

Kredit Foto : Website autocar

Namun, Jaguar berpendirian bahawa kreativiti rekaan yang “fearless” adalah lebih penting daripada semata-mata mengejar reka bentuk yang diterima pakai oleh kebanyakan EV masa kini.

Jaguar Menuju Masa Depan

Model pertama dari generasi baharu Jaguar yang dijangka tiba pada tahun 2026 akan menjadi EV pertama sejak pelancaran I-Pace pada tahun 2018.

Kredit Foto : Website autocar

Kenderaan ini diharapkan akan membawa jenama ini ke tahap yang setanding dengan Porsche Taycan, dengan penekanan pada gaya GT klasik.

Komitmen Jaguar dalam Segmen Mewah

Selain GT, dua lagi model yang bakal menyusul adalah SUV mewah dalam gaya Bentley Bentayga dan sebuah sedan mewah untuk bersaing dengan Mercedes S-Class.

Ini menunjukkan komitmen Jaguar untuk tidak hanya kembali ke pasaran, tetapi juga untuk bersaing dalam segmen mewah yang lebih eksklusif dan berprestij.

Kesimpulan: Sebuah Permulaan Baharu

Type 00 bukan sahaja membuktikan keberanian jenama ini untuk memecahkan norma lama, malah menandakan permulaan yang serba baharu untuk jenama ini.

Jaguar kini bukan lagi cuba untuk menyaingi BMW atau Audi dengan model arus perdana.

Sebaliknya, mereka mensasarkan pasaran yang lebih eksklusif, dengan pengguna yang menghargai rekaan berbeza, inovatif, dan bebas daripada konvensi biasa.

Kredit Foto : Website autocar

Komitmen CEO JLR Adrian Mardell

Adrian Mardell, CEO JLR, menegaskan bahawa “tiada kejayaan untuk JLR tanpa Jaguar” .

Ia menunjukkan betapa pentingnya langkah ini kepada masa depan jenama tersebut.

Dengan rekaan dan teknologi yang revolusioner, Jaguar Type 00 tidak sekadar hadir sebagai sebuah kenderaan konsep.

Harapan untuk Masa Depan

Jaguar kini memulakan satu perjalanan baru dengan harapan untuk sekali lagi diingati sebagai jenama yang mampu mencipta kereta paling menarik di dunia.

Baca Juga : Jaguar Perkenal Identiti Baharu – Era Serba Elektrik

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi