Italjet Dragster 700 Twin Dari Motor Valley Itali

Dunia motosikal sekali lagi digegarkan dengan kemunculan model baharu dari Itali iaitu Italjet Dragster 700 Twin.

Dibina di Motor Valley Itali, Dragster 700 hadir dengan enjin kembar selari yang dipadankan bersama rangka paling radikal pernah dihasilkan. Gabungan kejuruteraan dan rekaan agresif menjadikan ia motosikal yang unik wujud di jalan raya.

Edisi Terhad Italjet Dragster 700 – Sold Out!

Sementara itu, Dragster 700 Twin Limited Edition telah pun habis ditempah. Model ini tampil dengan nombor siri khas, cat eksklusif dan komponen lebih ‘hardcore’ seperti:

Italjet Dragster 700 Twin Dengan Komponen Öhlins, Brembo & Akrapovič
Kredit Foto : Website italjet
  • Warna Hitam-Emas dengan grafik Limited Edition

  • Suspensi belakang & steering damper dari Öhlins

  • Sistem ekzos Akrapovič

  • Kaliper brek Brembo untuk prestasi perlumbaan

  • Penutup klac CNC Ducabike dengan tingkap lutsinar

Harga edisi ini bermula dari €14,900 (RM76,000+ anggaran).

Italjet Dragster 700 Twin Dengan Komponen Öhlins, Brembo & Akrapovič
Kredit Foto : Website italjet

Edisi Premium Italjet Dragster 700

Bagi mereka yang mahukan keseimbangan prestasi, gaya dan penggunaan harian, Dragster 700 Twin Premium Edition ditawarkan dengan ciri teknikal hebat:

Ads
Italjet Dragster 700 Twin Dengan Komponen Öhlins, Brembo & Akrapovič
Kredit Foto : Website italjet
  • Dua pilihan warna garang: Hitam-Kuning atau Merah-Putih

  • Sistem ekzos Akrapovič untuk bunyi serta prestasi lebih padu

  • Suspensi Marzocchi depan dan belakang, ditala untuk kawalan yakin

  • Sistem brek Brembo untuk kuasa henti maksimum

  • Kamera terbina bagi rakaman perjalanan serta keselamatan tambahan

Italjet Dragster 700 Twin Dengan Komponen Öhlins, Brembo & Akrapovič
Kredit Foto : Website italjet

Enjin masih sama seperti semua model Dragster 700,  twin-cylinder yang cukup berkuasa  tetapi bezanya terletak pada komponen, kemasan dan pengalaman tunggangan.

Edisi Gresini – DNA Lumba Jalanan

Bagi peminat Moto2, Italjet turut menawarkan Dragster 700 Twin Gresini Edition dengan livery rasmi pasukan Gresini Racing.

Ads
Italjet Dragster 700 Twin Dengan Komponen Öhlins, Brembo & Akrapovič
Kredit Foto : Website italjet
  • Warna perlumbaan ikonik Gresini

  • Ekzos Akrapovič

  • Suspensi belakang & steering damper Öhlins

  • Brek Brembo spesifikasi lumba

  • Penutup klac CNC Ducabike

Edisi khas ini dijual pada harga €15,900 (RM81,000+ anggaran), lebih tinggi sedikit kerana kompleksiti cat rasmi serta lesen perlumbaan.

Harga & Ketersediaan

  • Premium Edition: €13,990 (RM71,000+) – deposit €500, mula dihantar 2025

  • Limited Edition: €14,900 (RM76,000+) – sudah habis ditempah

  • Gresini Edition: €15,900 (RM81,000+) – penghantaran bermula September/Oktober 2025

Bagaimanapun, harga akhir mungkin berbeza mengikut cukai serta duti import di setiap negara.

Ads

Italjet Dragster 700 Twin membuktikan motosikal bukan sekadar kenderaan, tetapi karya seni bergerak. Dengan kombinasi jenama komponen hebat seperti Öhlins, Brembo, Marzocchi, Akrapovič, Ducabike ia hadir sebagai simbol kuasa dan gaya.

Baca Juga : MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI