Automotif

Italjet Dragster 559 Twin Curi Tumpuan Di EICMA 2023

Share

Jenama Italjet amat sinonim dengan rekaan skuter berkonsepkan futuristik. Terbaru,  Italjet menampilkan jentera terkini mereka, Dragster 559 Twin di EICMA 2023.

Reka bentuk Dragster yang terkenal dengan rekaan radikal yang menampilkan rangka motosikal yang terdedah dan estetika yang menarik perhatian, sekali lagi tampil dengan reka bentuk skuter yang mengagumkan.

Kredit Foto : Facebook Pandulaju

Jentera ini dikuasakan oleh enjin berpendingin cecair, dwi-silinder dan menghasilkan kuasa sebanyak 58.3 kuasa kuda dan 55 Nm tork, menjadikannya jentera paling berkuasa dalam keluarga Italjet.

Lebih mengagumkan mereka tidak lagi menggunakan sistem CVT konvensional seperti digunakan dalam skuter tradisional. Dragster 559 Twin hadir dengan kotak gear manual enam-kelajuan, ciri yang pasti akan menarik minat pengguna motosikal di luar sana.

Kredit Foto : Facebook Pandulaju

Kecanggihan mekanikal Dragster 559 Twin tidak berakhir dengan enjinnya. Rangka skuter ini memiliki fork depan terbalik 48-milimeter yang kuat digandingkan bersama dengan monoshock belakang yang berasal daripada teknologi MotoGP, menjanjikan pengendalian yang lebih lancar. Hadir dengan tayar Pirelli Diablo Rosso yang menjamin cengkaman dan kelincahan, dan kuasa cengkaman brek oleh dua brek Brembo hadapan dan belakang.

Kredit Foto : Facebook Pandulaju

Jadi, adakah jentera ini sebuah moped atau skuter? Penulis akan kongsikan dengan lebih tepat spefisikasi jentera ini selepas ianya dilancarkan dipasaran kelak.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.