Automotif

Honda Type R dan EDIFICE, Kolaborasi Jam Tangan Untuk Peminat Honda Type-R!

Share

Honda Type R dan EDIFICE: Kolaborasi Jam Tangan yang Menggabungkan Kelajuan dan Gaya

Dalam dunia automotif, nama Honda Type R tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dikenali sebagai simbol keunggulan prestasi dan ketangkasan, model Type R telah berjaya menawan hati peminat kereta di seluruh dunia.

Khas buat peminat tegar Honda Type R, inilah jam tangan eksklusif hasil kolaborasi antara Honda Type R dan EDIFICE.

Diinspirasikan sepenuhnya oleh kehebatan model kereta Type R, jam tangan ini membawa semangat prestasi tinggi terus ke pergelangan tangan anda.

Semangat Perlumbaan Honda Type R

Kerjasama EDIFICE dan Honda Type R ini bukan sekadar jam tangan, tetapi penghormatan kepada nilai ‘true essence’ dan ‘the senses’ dalam pembangunan Type R.

Inspirasi pereka utama Type R mendorong reka bentuk jam tangan ini, mencerminkan semangat perlumbaan Honda melalui warna, bahan, dan kemasan yang teliti.

Warna “Championship White”, yang sinonim dengan Type R, turut menghiasi jam tangan ini.

Warna putih ikonik yang melambangkan semangat cabaran F1™ diaplikasikan pada cincin dail, mengingatkan pemiliknya kepada keunggulan model Honda Type R.

Lencana “Red H” yang Ikonik: Lambang Jiwa Perlumbaan

Jam tangan ini juga menampilkan lencana ikonik “Red H” yang menghiasi kereta Type R sejak kemenangan sulung Honda RA272 dalam Grand Prix Mexico pada tahun 1965.

Lencana ini terletak di tengah dail dengan bentuk tiga dimensi yang elegan, mendekatkan pemiliknya kepada sejarah dan semangat perlumbaan

Rekaan Dail dengan Sentuhan Type R

Pada bahagian asas dail, terdapat corak sarang lebah yang diinspirasikan daripada reka bentuk gril hadapan kereta Type R.

Dail kecil pada kedudukan jam 9 pula menampilkan motif meter Type R terdahulu, dengan penanda merah dan putih serta jarum berwarna kuning, yang memberikan rasa autentik kepada rekaan jam tangan ini.

Warisan Type R Terpahat pada Gelang Jam

Bukan sekadar dail berinspirasikan kereta, gelang jam ini diperbuat daripada kulit putih asli dengan cetakan kod model Type R, dari NSX NA1 (1992) hingga Civic FL5 masa kini.

Bahagian bawah gelang menggunakan material Alcantara dengan jahitan merah, memberikan rasa mewah dan sporty seperti kabin Type R.

Logo Type R yang Memberi Inspirasi

Logo “Type R” terukir pada gelung logam dan bahagian belakang jam, manakala butang penetapan masa disertakan tanda “R” .

Kesemua elemen ini menampilkan semangat Type R yang melambangkan nilai eksklusif dan keanggunan model Type R.

Reka bentuk gelang dengan dua gelung berwarna perak dan hitam juga mengingatkan kepada plat nombor siri yang dipasang pada kereta Type R.

EDIFICE Honda TYPE R Edition: Kombinasi Sempurna untuk Peminat Automotif

Dengan harga RM2,399, EDIFICE Honda TYPE R Edition dalah simbol penggabungan kelajuan, gaya, dan ketelitian.

Bagi anda yang memiliki model Honda Type R, sudah pasti jam tangan ini akan melengkapkan koleksi peribadi anda.

Baca Juga : Senarai Honda Type R Bermula Daripada Honda NSR-R Sehingga Honda Civic FL5

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi